arjuna love uols

Thursday, September 20, 2012

Tanda lelaki merajuk


Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri~

Bagaimana tanda2 lelaki merajuk!!!

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan anda seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan anda.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan anda. Jika anda minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat anda geram tapi buat seolah-olah anda tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa anda atau face to face dengan anda. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, anda dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling buat anda rasa geram. Dah lah tak nak cakap ngan anda dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. anda jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan anda kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan anda mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara anda takut perasan marahnya lagi kuat…

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

Kalau anda perasan ada tanda2 ini pada suami/teman lelaki anda dah sah-sah la dia tgh merajuk dgn anda..so apa lagi guna la trick utk memujuk...oooo trick tu belum di kongsikan lagi,...tgu next posting yea..love uols

2 comments:

Anonymous said...

terbaeeekkk la~

amira halim said...

best juga blog ni??yang ni jew ka tanda2 dia??

Powered By Blogger