arjuna love uols

Thursday, September 13, 2012

Bahagia tidak datang secara percuma



Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga memang menjadi keinginan seorang wanita.Kalau ditanya pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya mahu menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Kata pujangga "perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.Adakalanya mereka seperti ibu yang menyaji kasih, menghidangkan sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya."
Wanita yang cemerlang, peribadi yang terbilang, akhlak yang perawan sememangnya tidak lain dan tidak bukan dibentuk daripada si lelaki yang tidak putus-putus membantu mereka dalam menentukan hala tuju karektor yang ingin dibina. 

Oleh itu, memilih suami adalah penting kerana secara tidak langsung ia menentukan bagaimana karetor diri yang akan terbina kelak. Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.Wallahualam..

No comments:

Powered By Blogger