arjuna love uols

Saturday, July 12, 2014

Bercinta dengan suami orang???



Lihatlah apa kata mereka….
~ Kata gadis 1 : “Saya dah elak bro, dan try untuk in love dengan single man, tapi they all semua gelojoh, tak pandai ambil hati, jadi saya benci. So, everytime jumpa yang saya suka je, mesti lelaki tu dah berkahwin! …nak buat macamana?”
~ Kata gadis 2 : “Tak tahulah pasal apa, suami orang ni memang pandai take care lah bro. Tak macam lelaki-lelaki muda dan belum berkahwin ni semua. Kita pula yang kena take care of them, boring!”
~ Kata gadis 3 : “Awal-awal tu, tak tahu yang dia dah berkahwin. Tengok dia free je. Always have time for me. Call pun boleh anytime, sms pun dijawab setiap masa. Selalu jumpa…so kita ingat dia single la. Tak sangka pula dia dah berkahwin. Masa tahu tu, kita dah sayang dah kat dia bro…”
~ Kata gadis 4 : “Kalau isteri dia tak mahu suami cari lain, dia kena lah bijak menjaga suami. Masak setiap hari kat suami, supaya suami jangan makan luar je. Nanti isteri pun dia cari kat luar lah, terkenan dengan masakan orang luar!”
~ Kata gadis 5 : “Kami wanita ni cepat kesihan kan orang bro…kami kaum yang lemah, bila seorang lelaki datang meluahkan perasaan sedih mereka, rasa kecewa mereka dengan perkahwinannya…mesti kita rasa kesian punya bro. Sebagai seorang wanita, mestilah saya turut merasa sedih. Sudahlah si suami ni ‘tak dapat’ servis lama bro. Sebagai isteri kenalah bagi suami kepuasan yang diminta, kalau dia tak boleh…biar saya bagi, saya boleh bro!”
There you go…let’s play blaming game!! …now you nak salahkan mereka? How can you? You salahkan one girl, then suami you minat the other girl yang lagi cun punya and then you salahkan that girl pulak…
Nampak tak its not the girls fault? …its your husband, you sould blame the husband and maybe diri sendiri juga kerana membiarkan perkara ini berlanjutan sehingga si suami keluar mencari yang lain. Menyalahkan orang lain di dalam hal ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. You got no one to blame except YOU!
BUT…my advised here, jangan play the blaming game! Find the solution! Apa masalahnya yang sebenar? Mengapa suami anda berubah hati? Cari dan cari, then try so solve it!
Cari jalan penyelesaiannya… for example :-
  • Jika dia nak yang seksi, then seksi kan diri anda demi suami
  • Jika dia nak makan sedap-sedap dirumah then, masakkan dia yang sedap-sedap. Belajar masak!
  • Jika dia terlalu banyak masa terluang….penuhkan masa bersama dia, go for a holiday
  • Jika dia fikir ada wanita lain yang lebih cantik pada you, cantikkan diri you lebih pada wanita itu
  • Jika dia nak have sex…aihhh, sex pun tak nak ke? Bagi lah dia puas-puas!
The solution is, buatkan segala-gala lebih dari apa yang si suami mahu. Berikan dia satu pengalaman yang tidak pernah dialaminya, seolah-olah anda, suami isteri sedang HAVING AFFAIR!. Buatkan setiap hari ada berbagai-bagai perkara menarik yang tidak pernah anda lakukan bersama suami. Jadikan diri anda lebih baik dari mana-mana wanita yang pernah dia minati.
TAPI, kalau hingga ke tahap itu anda lakukan, then suami masih cari wanita lain… then you kena cari suami lain pulak lah, obviously suami you dah tak boleh terima you lagi, or maybe suami you memang jenis suka lebih seorang wanita… well, itu bukan salah sesiapa lah memang dah sah suami tu yang gatal!! hahahaha

Friday, May 23, 2014

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada


cicak tak pernah komplen pada Allah knp makanan dia semua binatang yg terbang..kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yg panjang utk memudahkan dia makan..burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi2 kena terbang keluar tak tau nak makan apa..tapi burung pulang dgn kenyang dan mampu bagi makanan pada anak2nya..takda lagi kita dgr cerita burung bunuh diri malah pagi2 yg kita dgr burung tetap berkicauan..

cacing lagilah tanpa tangan tanpa kaki tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan..kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu..juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri..knp kita sbg manusia yg dicipta dgn penuh kasih sayang selalu sgt merungut!!!


# Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dgn sesuatu yg kita takkan mampu tanggung malah tiada satu ujian pun utk melemahkan..bersyukurlah dgn apa kita ada Alhamdulillah

Sunday, May 4, 2014

Bersyukur dan Redha lah

Ada masa kita kata tak apa. Tapi kita terluka. Ada waktu kita cuba lupa. Tapi kita sentiasa diingatkan. Ada kala kita rasa sudah redha. Tapi kita masih rasa derita. Ada ketika kita tak tahu kenapa. Tapi kita dibiar hampa. Sampai tahap ini kita cuma perlu yakin Allah ada menyediakan sebab atas segala sesuatu. Mungkin bagi kita itu kesedihan, sebenarnya petunjukNya atas sesuatu yang lebih baik untuk kita. Maka, terus berdoa dan yakinlah ketika itu kita sangat dekat dengan ALLAH.

Alhamdulillah syukur dpt kita bertemu lg.....slmt berhujung mggu dan slmt beristirehat disamping keluarga tercinta.....syukur alhamdulillah kerana kita diberi nikmat yg terbesar dan paling bernilai dalam kehidupan iaitu Islam ...lagi2 apabila dilahirkan sebagai seorang yg beragama Islam.. dan pesanan ikhlas dari saya jgn lupa jaga KESIHATAN diri....


 * Jangan bersedih tanpa mengadu pada Allah, dan jangan gembira sehingga terlupa perintah Allah...Jangan terburu-buru mendesak mahukan apa yang kamu pinta, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui masa yang terbaik untuk menunaikan permintaan kamu.Allah akan sentiasa menguji betapa layaknya kamu dengan apa yang kamu pinta




Friday, March 28, 2014

Apabila Rindu Menguasai Hati

Hidup aku  makin lama makin busy..*perasan jer lebih.. Nak update blog pun takda masa..Banyak ajer story aku nak bercerita walaupun tak best..tapi masa pulak menjadi kekangannya..Rindu nak berblogging semula...Hooyeaahhh..!!! kali ini aku berblogging pun sebab aku baru teringat yang aku ada blog..Hahahhaha.

Bila Hati Terlalu Rindu..Ada masanya kita lupa dengan apa yang kita katakan.Kita lupa tentang segalahnya.Bila hati terlalu rindu,kita lakukan apa yang kita tidak terfikir untuk lakukan.

Kuasa hati siapa juga yang tahu.Pernah tak anda merindui seseorang sehingga anda menangis?
Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tak.Bila berlaku situasi seperti ini, melihat gambar orang yang anda rindu pun sudah boleh membanjirkan rumah anda. Apatah lagi mendengar suaranya di corong telefon. Semakin kuat anda tersedu-sedan menahan tangis.
Pernah atau tidak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.

Rindu, bukan untuk orang yang jauh dari kita. Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2011 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa rindu.
Powered By Blogger