Kita tunggu dan lihat
Siapa itu kawan ? kawan adalah yang sentiasa menemani kita tetapi akhirnya akan meninggalkan kita bila sampai tahap kepuasan dalam hatinya. Siapa itu teman? teman adalah yang setia hadir disetiap susah dan senang kita tanpa tahu punca dan sebabnya, Dan… Siapa itu ‘sahabat’ ? sahabat lebih sama ertinya dengan ‘teman’ tetapi istimewanya sahabat adalah yang selalu menyelamatkan kita agar tidak memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh hidupan yang melalaikan kita dari landasan kebenaran..
aku tidak akan menyerah kalah kerana aku telah diundang bertempur disatu peperangan yang aku tidak tau mulanya daripada mana. Aku tersedar apabila dengan beraninya dia menikamku daripada belakang dan cuba untuk merampas apa yang sepatutnya menjadi milikku. Biasalah, hanya itu saja tindakan yang mampu dilakukan oleh insan pengecut sepertinya kerana dia tidak dapat memiliki keistimewaan setimpal dengan harga dirinya. Sedangkan setahu aku, aku telah memberinya peluang untuk bernafas, merasa tenteram, damai bahkan boleh menjadikan mimpinya kenyataan dan membangkitkan dia dari mimpi ngerinya sendiri.
Kesian melihatnya... menyatakan, merasakan dan membutakan orang dengan 'Keistimewaan' serta 'kesenangan' palsu yang dimilikinya kini. Aku mau lihat, sejauh mana dia boleh berlari kegarisan penamat sedangkan nafasnya tidak panjang untuk bertahan lagi, sepintar mana dia memainkan watak dari arahan lakonannya sendiri dan sedalam mana dia boleh menanam benih muslihatnya. Aku persilakan diatas semuanya sekalipun nyawaku telah menjadi ugutannya.
Akhir kataku, tidak ada sesuatu yang jahat itu kekal pada tempatnya kerana agama telah mengiktirafkan agar kita tau meletakkan sesuatu pada tempat, landasan, dan keadaan yang betul jika kita hidup bukan sebagai insan yang DAYUS !
Wallahua’lam...
No comments:
Post a Comment