arjuna love uols

Saturday, September 15, 2012

Tips elak sakit hati..sumbat telinga dengan kapas!!!!




Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.

Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan
dan dilayan memang tak akan habis-habis jadinya.

pernah tak korang melalui pengalaman dikhianati kawan sendiri..depan baik,tapi belakang mengata?

aku jenis berkawan dengan semua orang,tapi aku tak berapa suka ambil tahu hal peribadi orang..aku selalu pesan kat diri sendiri,berkawan jangan sampai tercerita aib orang..sebab tu kalau berbual,aku lebih suka bercakap general dari bercerita tentang orang..i don't believe in rumors..perkataan yang disampai2kan..orang ni kata gini,orang tu kata lain..manusia itu berbeza dan kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..kalau si A suka aku buat macam ni,mesti dia akan berkata yang baik..kalau si B tak suka,mesti dia akan berkata yang buruk2 tentang aku..makanya,kalau kita jadi pendengar,adakah kita akan percaya???..boleh jadi orang yang menyampaikan cerita itu adalah musuhnya..sebab tu aku kata,letak Allah no.1 dan dimana niat kita buat sesuatu..jadi,kalau ada orang mengata,serahkan semuanya pada Allah,Dia Maha Mengetahui....

"Layan orang gila akan jadi gila. Layan suka orang mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata, Lebih baik diam dan sabar. Nak lawan dan nak layan memang tak terlayan kita."

Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia...hehehe :))

p/s : orang yang selalu berkata tentang orang lain pada kita,suatu hari tidak mustahil dia boleh berkata tentang kita pada orang lain juga..SALAMULLAH LOVE UOLS


No comments:

Powered By Blogger