arjuna love uols

Tuesday, September 18, 2012

Lelaki merajuk siapa yang pujuk


Wanita kuat merajuk dan suka dipujuk. Tapi adakah lelaki tak tau merajuk??
Kebiasaannya dan SELALUnya,bila disebut tentang merajuk ni,semua refer orang perempuan...semua nak tunjuk orang perempuan...jari dituding kena orang perempuan.Apa LELAKI ni tak merajuk eh?!.no no no.Kalau korang berfikir macam tu,sila ubah fikiran doblas kali!.meh meh meh kita tengok rajuk lelaki dan sebab-sebab mereka merajuk.

Lelaki merajuk kerana mahukan perhatian.
Seperti juga perempuan,lelaki juga merajuk kerana mereka mahukan perhatian.Kadang-kala mereka rasa perempuan ni (kekasih/isteri) kurang memberi perhatian kepada mereka kerana perempuan lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara lain.Contohnya,lebih menumpukan dengan kawan-kawan berbanding meluangkan masa bersama.

Lelaki merajuk kerana cemburu.
Mereka juga boleh cemburu malah lebih cemburu dari kaum perempuan!!!.itu realiti ok?.sila la encik lelaki jangan menyangkal kenyataan yang terang lagi bersuluh ini.Kaum lelaki ini mungkin cemburu melihat pencapaian perempuan yang melebihi mereka.Lantaran,lelaki sebegini akan merasakan mereka tidak berguna sehingga tahap keyakinan akan menurun.

Lelaki merajuk kerana ................
aduhh,apa lagi eh?.tapi lelaki tak boleh lari dari perasaan merajuk dan ingin dipujuk.Bagaimana pula nak memujuk mereka?!....


Biarkan mereka melayan rajuk mereka.
Bila kaum perempuan merajuk,amat jarang sekali dipujuk oleh teman lelaki.Kalau ada pun,sedikit je la dari golongan lelaki yang suka memujuk.So,bila lelaki merajuk,biarkan saja mereka bertenang untuk seketika agar mereka dapat memuhasabahkan diri sendiri.


Berikan mereka hadiah yang mampu buat mereka tersenyum.

Kadang-kadang tak perlu la berikan mereka hadiah yang mahal-mahal...Mungkin cukup dengan memberi senyuman manis seikhlas yang akan membuatkan tembok keegoan lelaki tu pecah.

Tapi ingat ye kawan-kawan,kalau lelaki merajuk then minta pujuk dengan cara 'seks' atau 'ringan-ringan',takyah pening kepala fikir camna nak pujuk,TERUS TINGGALKAN...suami-isteri takpe,dah halal.hikhikhik.

Apa yang lelaki perlu tahu tentang perempuan???

Perempuan suka dipujuk

Tidak semua perempuan mahu dipujuk bila merajuk. Lagi dipujuk bertambah-tambahlah merajuknya. Perempuan macam ni, bagi dia masa untuk dia coolkan diri sendiri, dan autotreatkan hatinya.

Perempuan dan lelaki poket tebal

Tidak semua perempuan suka lelaki poket tebal, terutama lelaki yang poketnya mak bapak dia tolong tebalkan. Perempuan yang macam ni biasanya perempuan yang berdikari. Jangan dekati mereka dengan duit, mereka akan anggap kamu berlagak dan menganggap mereka perempuan mata duitan. Trylah berlagak tukang cop duit depan mereka, kalau nak tengok mereka bengang.

Perempuan suka lelaki hensem

Tidak semua perempuan berminat pada lelaki yang hensem. Sebab lelaki hensem susah nak jaga. Letih layan perasaan bimbang dan jeles bila ada perempuan lain datang dekat. Golongan perempuan macam ni akan cari lelaki yang ‘hensem’ hatinya. Nak tau macam mana rupa hati yang hensem? Belah dada pastu cek, ada tak bentuk hati tu berbentuk love. Ntah korang faham ke tak ni..hahahaa…
Majoriti perempuan tak suka lelaki yang hatinya 4 segigami.

Perempuan dan airmata

Tidak semua perempuan akan tunjukkan air mata bila sedih dan sakit hati. Perempuan yang tak mudah menangis memang ada, segelintir tak ramai (yang cengeng memang ramai). Mereka ni akan pergi cari tempat tersorok pastu menangis macam orang tak betul, kalau tak pun menangis dalam hati Bagi perempuan menangis itu semestinya, kalau tak takda nama dia perempuan.

Perempuan Queen Control

Tidak semua perempuan suka pada lelaki yang angguk-angguk (ikut cakap) dia, macam burung belatuk. Ramai je yang lebih tertarik pada lelaki yang arrogant, yang suka menentang, yang buat dia rasa geram (tapi tak melebihi had iaitu lelaki yang kekurang-ajaran sebab perempuan memang benci pada lelaki yang tak tau hormat perempuan sebagaimana perempuan menghormati mereka).

Perempuan dan pujian

Tidak semua perempuan suka dipuji. Yang ni tak suka lelaki bermulut manis. Jangan mengayat dengan perempuan macam ni, kamu awal-awal lagi akan dicop buaya. Perempuan macam ni mudah tertarik pada lelaki yang tak tunjuk caring secara depan-depan.

Bila perempuan diam

Tidak semua perempuan berdiam dan senyum itu tandanya dia bersetuju pada sesuatu keputusan. Diam-diam dia makan hati.

Perempuan macam lelaki jugak.
Tak suka didesak.
Tak suka dikongkong
Ada ego

Perempuan Tetap Perempuan

Sekuat-kuat perempuan tetap perlukan (sangat) lelaki dalam hidupnya. (makhluk berpasangan ciptaan Tuhan). Perempuan yang indipendent yang kata tak perlukan lelaki dalam hidupnya adalah hipokrit.

Sekeras-keras perempuan tetap hatinya kerak nasi.

Mengada-ngadanya perempuan, sengaja minta perhatian. :p

Perempuan sukar untuk faham lelaki sebagaimana lelaki selalu kata mereka sukar nak fahami perempuan. (sebab tu ada yang post entri tentang perempuan supaya lelaki boleh faham)Erkk! Oke..peace


1 comment:

Hana Sera said...

Law ade yg ta nanges tu bukan perempuan ? yang ta nanges tu bukan manusia kekeke

boys also do cry :P