arjuna love uols

Tuesday, September 25, 2012

Makhluk yg aku sayang adalah wanita


Setiap manusia mempunyai prinsip hidup masing-masing dan tidak terkecuali juga aku..bagi aku, prinsip utama yg aku pegang dari dulu sampai skrg adalah aku adalah aku bukan dia, kamu atau mereka..bagi aku, kenapa perlu jadi orang lain..lebih baik jadi diri sendiri asalkan kita dapat kepuasan dan kebahagiaan..aku x pernah kisah apapun pandangan orang lain terhadap diri dan hidup aku..aku juga x pernah kisah apapun org nak cakap tentang aku..kerana yang pasti hanya aku dan Allah swt sahaja yang tahu kebenarannya dan tau kenapa dan mengapa semua itu berlaku..

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling aku sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Aku bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi aku serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling aku sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.


Mengapa?


Jika yang lelaki bertanya, aku mungkin memahami. Tetapi jika perempuan, jika kamu yang bertanya, maka aku kehairanan.


Apakah kamu tidak tahu megapa aku sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?


Aku dari rahim seorang perempuan


Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksamana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.


Aku, dari rahim seorang perempuan juga.


Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.


Mengapa pula aku tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula aku tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"

No comments:

Powered By Blogger