arjuna love uols

Monday, September 17, 2012

Beza Suka dan Cinta


"Kadang-kadang ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahu. Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut. Tetapi kerana ALLAH tahu kita berhak lebih baik daripada itu"

namun kita harus bersyukur. mungkin kita tak dapat yang yang kita mahu, tapi ALLAH dah aturkan yang lebih baik untuk kita. 'Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan'. hidup ini juga terlalu singkat untuk kita bersedih, jadikan ianya sebaga sebagai kesempatan untuk kita bangkit dan hadapi masalah itu.

Beza Suka Dan Cinta
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.

Ya. jodoh itu adalah rahsia terhebat dan terindah yang ALLAH ciptakan untuk kita. mungkin anda jatuh cinta pada si dia. tapi adakah itu Jodoh anda? kita tak tau siapa jodoh kita sehingga tertulis oleh maha pencipta bila tiba saatnya. mungkin lepas ini, diam-diam lebih baik dari heboh sana sini. mudah-mudahan hubungan itu terjalinkan dengan niat ikhlas, tulus hanya kerana ALLAH. :)

No comments:

Powered By Blogger