arjuna love uols

Tuesday, September 11, 2012

Lelaki bodoh depan wanita cantik!!


Lelaki jadi bodoh depan wanita cantik? Peliknya kajian mereka. Tapi betul juga sebab ramai lelaki yang “kena kikis” dengan perempuan cantik. Apa nak semua kasi. Diri sendiri makan meggi hari-hari pun no problem. Last-last kena tinggal. Itu ya memang bodoh.
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,”sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai: “Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

No comments:

Powered By Blogger