arjuna love uols

Monday, December 3, 2012

harga cintamu


Bila derita adalah harga dari cintamu
biar aku menderita dalam cintamu
jika airmata adalah kelegaan akibat cintamu
biarkan ia mengalir melepaskan dahagaku

bila penantian adalah nama cintamu
biarku berdiam dalam bisuku
bila merana adalah bahasa cintamu
biar kujadikan ia penghias bibirku

bila rindu adalah pakaian dari cintamu
biarlah ku pakai seumur hidupku
bila kesetiaan adalah nafas dari cintamu
biar kubawa sampai ajal menjemputku

Kau hidupku
hidup di dalam nafasku
tersenyum dalam bahagiaku
menangis oleh kepedihanku

kau adalah jiwaku
biarkan aku mencintaimu, menantimu, merinduimu
seumur hidupku 
segenap hatiku
dalam kesetiaan oleh cintamu……..

Monday, November 26, 2012

aku gembira bila kau bersama dia



Di saat kau sedih hati aku pasti akan berbisik.." Tuhan.. bintang aku sedang bersedih..hanya kegelapan yang aku nampak dia wajahnya..cahaya yang dulunya dia tunjuk pudar terhalang dengan kesedihannya.."

Di saat aku melihat kau bersama orang lain hati aku berkata.."Tuhan.. kenapa jantung aku berdenyut dengan laju.. kenapa aku terasa seperti kejutan elektrik yang mengalir di dada ini.."

Di saat kau kelihatan gembira hati aku berbicara.." Tuhan.. kau kekalkanlah kilauan yang terpancar di bintang aku..agar sinarannya akan menerangi segala kegelapan yang wujud ini.."

Dan akan sampai masanya aku akan pergi. Pergi meninggalkan kau bintang.Kerna aku tahu kau bukan untuk aku. Kau akan dusta kau akan khianati aku.Aku akan lihat kau disebalik kamar aku. Sebelum aku pergi aku akan pastikan kau akan terus menyinar.

"aku tumpang gembira bila kau bersama dgn dia"

Terus terang jika ditanya pendapat aku lah kan? haha semestinya aku rasa macam..hey jantan! lembiknya kau nak berserah macam tu jer..nak lihat kekasih hati bahagia dengan orang lain lepas tu tumpang gembira..eeuuwww..kau tak payah nak berlagak suci, sebab paling-paling suci kau tu adalah suci dalam lumpur...bukan debu lagi dah..

kemon la guys, berjuang untuk dapatkan cinta hati itu adalah dituntut..kemon kemon..jika kau rasa kau lebih layak untuk si dia, apa kata korang tawan hati dia balik..

aku tak rasa korang dapat tumpang gembira dengan melihat kebahagiaan orang lain yang anda cintai bak mereka itu sedang menyulam cinta dengan labuci indah, sedangkan kita sebagai kain sakit dicucuk-cucuk, dikait-kait bagai..ada kaitan tak?..metafora yang berkesan sangat tak? tak kan..sebab sukati aku la nak letak hiperbola ke metafora apa pon..

jadi daripada dalam hati anda sakit melihat orang yang anda cinta bahagia bersama orang lain, baik melihat dia bahagia bersama kita, jadi segerakan pernikahan, tunjukkan yang anda serius dan tawan hati bapa dan ibu si dia dahulu sebelum anda tawan hati bakal isteri kamu itu, dan tolong jangan hipokrit dengan mengatakan aku bahagia melihat kau bahagia bersama si dia...piiiraaahhh...kau hengat kau bermain wayang ka??walahualam

Wednesday, November 21, 2012

biarkan pergi berlalu


Dia datang dan pergi macam tu je..bila satu hari dia melutut kat anda..dia kata dia menyesal curang dengan anda..Patut ke anda terima penyesalan itu dan menerimanya kembali dalam hidup anda?? tapi kena ingat satu perkataan ni "Kalau saya dah sayang kat awak jangan buat saya benci dekat awak, kalau saya dah benci kat awak jangan tanye kenapa saya tinggalkan awak.."


Ada orang kata cinta ni kalau disiram..lama2 suburlah..Tapi kalau diracun..lama2 matilah..Macam pokok juga sebab rasa cinta ni datang secara semulajadi dan bukannya paksaan atau dibuat2.. Kesilapan paling besar seorang lelaki adalah memberi peluang kepada lelaki lain untuk membuatkan kekasihnya tersenyum..rasanyalah kot...


Kadang2 belajar mencintai seseorang yang mencintai kita sepenuh hati itu lebih indah dari terkejar2 mencari cinta orang yang tak menghargai kita..Betul tak??..hehehe anyway hope entry ni takde yang terasa sbb hanya luahan hati seorang lelaki je..


LOVE PEACE FOR GAZA

Monday, November 19, 2012

Petua Menangani Cinta Jinak-Jinak Merpati




1. Jangan terlalu banyak berharap - Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar anda. Jangan mudah terus-menerus mengirim sms atau menelefonnya.

2. Kenali Isi Hatinya - Sebelum anda meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika anda mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.


3. Dekati Keluarganya - Biasanya seorang wanita jenis jinak-jinak merpati seperti ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan anda. Sebab itulah anda harus mendekatkan diri anda dengan keluarganya. Pasti anda akan menjadi pasangan hidupnya.

4. Lihat Bahasa Tubuhnya - Tidak semua wanita suka pada anda, atau mahu ikut cakap atau kemahuan anda. Anda harus memperhatikan bahasa tubuhnya. Misalnya, ketika dia berbual dengan anda. Anda pastikan samada dia menatap wajah anda terus-menerus atau tidak. Jika ya, itu bererti dia suka pada anda. Atau semasa berbincang, jarinya bermain-main gelas. Itu bermakna anda sudah hampir mendapatkannya. Itulah tandanya dia suka kepada anda.





semoga info ini dpt membantu..LOVE PEACE FOR GAZA

Sunday, November 18, 2012

berulangnya sejarah semalam


susahkah untuk setia?? mana janji2 yang ditaburkan dulu?? kalau tak yakin untuk ditepati kenapa perlu berjanji?? seronokkah bila mungkiri janji itu??

Realiti kehidupan jika kita bahagikan  baik dan jahat.Berbuat baik mendapat pahala.Berbuat jahat menjadi dosa.Begitulah jika di nisbahkan  cinta dan kasih sayang..ada ke saham dalam percintaan?Boleh ke di  masukkan kasih sayang dalam satu komoditi  lalu di perdagangkan untuk mendapatkan keuntungan?Muhasabah diriku selalu..Bunyinya mudah tapi sukar untukku laksanakan.


Kejayaan yang kukuh ialah akal,kemiskinan yang paling besar ialah kebodohan,keburukan  yang buruk ialah terpesona  dengan keindahan diri sendiri dan semulia-mulia manusia bila ia memiliki akhlak yang baik..jadikanlah masa lalu sebagai perisai atau senjata  kekuatan untuk  menghadapi hari depan!!


Cintaku tidak pernah mati...cintaku tidak pernah hilang...cintaku adalah hembusan nafas yang kuhela...cintaku kerana  mencintaiMU!! 


Ekspresi cinta dan kasih sayangku..nostalgia yang lama kusimpan.Walau kita melihat matahari yang sama,bernaung di langit yang serupa tetapi kita berbeza citarasa dan berlainan pendapat...

Friday, November 16, 2012

Maafkan aku andai tidak sempurna untukmu



dalam sujudku aku berdoa jika benar dia untukku baik untuk agamaku baik untuk kehidupanku
baik untuk keluargaku dekatkan hatinya dengan hatiku satukan kami dalam ikatan yang halal
ikatan yang cukup tinggi nilainya dalam agama ikatan yang menyatukan adam & hawa di syurga dan semoga ikatan ini juga akan kekal hingga syurga.

Rasa ingin bersahabat itu adalah satu lumrah dalam diri setiap insan...merasa ingin mengasihi dan dikasihi dalam bersahabat adalah satu kepastian kerana kita di dunia ini tidak keseorangan... tetapi adakah persahabatan dan ukhuwah itu disandarkan pada Dia yang punya segalanya atau sekadar mengikut nafsu yang menguasai diri?? adakah bersahabat hingga ke syurga itu hanya sekadar fantasi??

Andai aku tidak seperti menghargaimu, bukan bermaksud aku tidak sudi... bukan juga kerana kau tidak cukup baik untuk menjadi sahabatku... tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana ingin mengekspresikan perasaan kasihku... tidak cukup kuat juga untuk melontarkan kalam sayang
kepadamu walaupun aku tahu, "jika seseorang itu menyayangi sahabatnya, maka hendaklah dia memberitahu kepadanya bahawa dia menyayanginya" (riwayat Abu Daud)... tetapi ketahuilah bahawa setiap saat aku bersamamu sahabat, aku terasa seperti semua bebanku melayang daripada bahuku...

"Cinta Kepada Manusia Hanya Membuat Kita Merana Kerana Manusia Tidak Sempurna Dan Bersifat Sementara... Tetapi Cinta Kepada Yang-Esa Pasti Akan Kekal Selamanya..."

Terima kasih kpd sahabat blogger


Blog ini terhasil kerana aku ingin berkongsi cerita, pengalaman, pengetahuan dan apa sahaja; baik yang dialami diri sendiri mahupun orang di sekeliling. Kita mampu belajar dan memperoleh sesuatu daripada setiap makhluk di muka bumi ini dan setiap kejadian yang berlaku pasti ada yang tersirat di sebaliknya. Kerana itu aku memilih ILHAM BICARA kerana setiap objek, perkara dan kejadian itu memberi ilham untuk aku berbicara...

Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati.Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca.Namun takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa.Ukhuwah ibarat sebuah rumah, walau tak cantik, walau tak mewah, yang paling penting kita bahagia di dalamnya.persahabatan Itu Ibarat Tangan Dengan Mata, Dikala Tangan Kita Sakit Dan Terluka, Maka Mata Akan Menangis,,Dan Apabila Mata Menangis, Tanganpun Akan Menghapuskan Air Mata


terima kasih kepada sahabat2 blogger yang menjadi follower blog aku ni yang tak seberapa, selama ni aku ingat hanya syok sendiri tapi setelah mendapat feed back dari sahabat2 semua aku makin bersemangat untuk meneruskan bidang blogger ini, terima kasih sekali lagi kepada yang suka..yang tak suka dan yang tak berapa nak suka dengan aku, kepada yang sayang dan juga yang tak berapa nak sayang kat aku hehehehe anyway love uols

Monday, November 12, 2012

aku dan kamu siapakah kita



Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat.Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tidak ingin kita tinggalkan...Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru...


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

aku suka menulis,aku menulis untuk diri sendiri,untuk kepuasan hati dan untuk dikongsi pada yang sudi..aku mungkin berkias dalam untaian kata-kata..kadangkala sukar untuk kau fahami ertinya...aku menulis adalah cara bagiku untuk meluahkan rasa,melukis isi hati dan kurangkaikan kata-kata yang hanya seindah biasa...

apa yang terjadi bukan yang ku mimpikan namun aku tabahkan hati ini, tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaan ku betapa hebatnya kau di hati ini kenapa kau tak pernah fikirkan aku .

ku harap suatu hari kau kan mengerti siapa diriku disisimu ku tahu kau tak ingin begini tapi kau sanggup lakukannya. betapa hatiku hancur musnah berderaian tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaanku

Friday, November 9, 2012

sumber inspirasiku



Ketika bertemu seseorang, riak wajahnya terlebih dahulu terpancar. Sekiranya yang ditemui sedang menangis, kita pasti akan mengatakan bahawa orang itu sedang bersedih. Jika orang itu sedang ketawa, tentu sekali akan dikatakan dia sedang gembira. Hebat sekali Allah ciptakan komunikasi perasaan.

Mana mungkin manusia biasa seperti saya terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.

Seorang teman itu amat penting dalam kehidupan kita. Setiap saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka bersama. Tanpa mereka, siapalah kita. Sama-sama kita menjaga persahabatan kita semua. Jujurlah dalam bersahabat, ingatkan andai sahabat terlupa. Berusahalah untuk amanah andai di beri sesuatu tanggungjawab dari sahabat kita.

Seorang teman yang memahami airmata mu jauh lebih berharga daripada seratus teman yang hanya mempercayai senyuman mu....Jika aku menyakiti hati mu, bukan niat ku untuk menyakiti mu, bukan niat ku untuk melukakan hati mu, maafkan aku kerana aku masih tidak sempurna....

Kita amat memerlukan sokongan seseorang utk terus melakukan sesuatu dalam hidup kita, terutama sekali dalam bidang penulisan kalau tiada sumber yang menjadi inspirasi maka idea mungkin susah nak digali...miss uols sweet2 mehhhhh

Tuesday, October 23, 2012

Hidup kadang-kadang dalam sepi


Biar aku begini hidup dalam sepi kerana bagiku sepi itu adalah amat indah. Biarpun aku sunyi namun sunyi itu adalah ciptaan aku sendiri, dan tiada siapa-siapa yang akan terluka. Aku tidak sanggup lagi untuk terluka.  Cukuplah dengan apa yang aku alami selama ini. Biarlah mereka berkata aku mungkin hidup dalam dunia angan-anganku. Biarlah... sekurang-kurangnya aku tidak menyakiti hati insan lain yang suci.  

kadang-kadang aku rasa letih nak memahami orang sedang orang tidak memahami aku. mungkin ini anugerah Allah untuk aku, seakan-akan aku dapat memahami perasaan orang lain dan membaca fikirannya. kadang-kadang nak orang layan aku macam tu jugak. tapi bila fikir balik, ini ada kebaikan dan keburukannya bukan? 

kadang-kadang penat bila hanya tahu janji, tapi tidak menepati. sedang aku orang yang berpegang pada janji.

kadang-kadang penat bila hanya kita yang memberi, tapi orang lain hanya tahu menerima. sedang ucapan terima kasih itu lebih berharga daripada sebuah hadiah.kadang-kadang penat bila hanya kita yang menyayangi sedang orang lain disayangi.


bila fikir balik....mungkin kerana sesuatu, janji sukar untuk ditepati.mungkin kerana mengharapkan insan, kita lupa pahala keikhlasan milik Allah.mungkin kerana terlalu menyayangi sehingga tidak sanggup melepas pergi.



kita memahami orang lain, sukar untuk orang lain memahami diri kita..Kadang-kadang kita yang terlalu menjaga hati insan lain sehingga hati sendiri yang terluka..

Manusia selalunya mengharapkan pasangannya sempurna,walhal dalam tidak sedar dirinya juga banyak kekurangan..Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain, tetapi berusahalah memperbaiki kelemahan diri yang ada..Alangkah indahnya jika kita mendapat pasangan yang saling memahami antara satu sama lain, kerana bicara dari hati ke hati itu punya magik yang tersendiri..

Andai ku pergi, pergi ku tidak akan kembali lagi.  Sekali aku melangkah akan ku cuba untuk tidak menoleh kembali.  Aku harus kuat dan tabah. Dewasa mengajar aku untuk menilai.  Tidak mahu aku ulangi kesilapan dulu yang mana telah melukai hati ramai insan yang tidak berdosa. 



kadang-kadang, sometimes...


"kadang-kadang itu mungkin akan membuat kita tersenyum apabila difikirkan..."

Sunday, October 21, 2012

Aku dan kehidupan



disaat aku kesepian kau hadir dalam hidup aku dan saat aku memerlukan kau selalu disampingku, tapi kenapa sekarang amat berbeza sekali??. segala gelak tawa dan senda gurau mu seakan hilang, kau tak seperti dulu yang selalu mengisi kesepian aku, yang selalu ada disamping aku, kini aku merasa cinta ini hanya untuk dirimu.

aku tak tahu apakah aku perlu untuk terus bertahan bersamamu tapi yang aku tahu aku amat menyayangi dirimu, amat sayang, memang tak mudah untuk memiliki dirimu, aku tahu tapi kita pernah bersama, cuma cinta kita masih tak terucap, semuanya telah kita alami dan jalani, semuanya terukir dan takkan terganti dihati aku.

aku minta janganlah kau pergi, tetaplah berada disini bersama aku mengalunkan bahasa2 indah, mengisi jiwa yang merindukan kisah cinta kita berdua, saat2 manis itu tak pernah aku lupakan sentiasa ada disetiap langkah dan degupan jantung aku.

airmata ini menitis jua hanya kerana cintaku yang amat mendalam terhadapmu,tak tertahan membendungnya lagi biarpun selama ini telah lama aku pertahankan, sebenarnya aku amat takut kehilangan dirimu dan cinta amat amat bererti buat diriku.

ingatkah lagi tentang ayat2 cinta yang pernah kau bahaskan kepada diriku, masih terngiang2 lagi, masih terdengar lagi kau mengatakan "JIKA IA SEBUAH CINTA IA TIDAK HADIR KERANA PERMINTAAN NAMUN HADIR KERANA KETENTUAN"
hanya satu yang aku pinta padamu cintai aku dengan sepenuh hatimu seperti aku mencintai mu selalu, sayangi aku dengan setulus kasihmu seperti aku menyayangi dirimu.

SIAPAPUN AKU, AKU TETAP DISINI, KEHIDUPAN DAN CINTA TAKKAN TERPISAH KURUNGKAIKAN MENJADI SEKALUNG KATA2 INDAH DAN KISAH YANG INDAH UNTUKKU HAMPARKAN BUAT TATAPAN MU DIDALAM BAIT PUISI KIASAN BAHASA DARIKU

Friday, October 19, 2012

Kau segalanya


Kucoretkan warkah ini adalah untuk dirimu yang amat aku sayangi. Aku ingin kau mengetahui bahawa diri ini terlalu amat menyayangi dan mencintai dirimu.Namun aku tidak mampu untk melawan kententuan takdir. Aku tidak berupaya walaupun aku tahu kau juga amat menyintai diriku. Segalanya tak mungkin akan terlaksana, cinta yang kita bina hanya impian semata-mata dan tak mungkin akan menjadi kenyataan, dua hati kita tak mungkin bersatu.


"Di kala ini aku sendirian... sendirian memikul segalanya... Tak siapa yang memahami hati kecilku ini.. Memahami apa yang aku sedang rasakan... apa yang sedang aku alami. Fikiran ku sendiri bercelaru... aku tak mampu nak berfikir... tak mampu untuk menilai apa-apa lagi... Hatiku dah terlalu pedih... terlalu terseksa dgn peristiwa lepas... hingga ia telah meninggalkan kesan kelukaan yang teramat mendalam di sudut hatiku! Aku pasrah dengan apa yang berlaku. Aku ubati kelukaan aku yang sekian lama berdarah ini... Hingga ke hari ni... Luka hanya tinggal parut... . Kesan yang masih cuba aku padamkan dari hatiku yang pernah retak seribu.. 


Kau hadir umpama sang bintang yang menerangi malam yang kegelapan... menceriakan suasana malam yang makin lama makin suram... Begitulah kau dalam diriku.. Makin lama kau kukenali semakin kau sebati dalam diriku..Bayanganmu senantiasa segar di ingatan... Membuatkan aku resah gelisah setiap masa dan ketika... Berkali-kali aku cuba... cuba untuk menepis segala perasaan yang semakin membelenggu diriku ini... Aku cuba larikan diri... Lari dari perasaan aku yang semakin menebal... Tapi... Semakin aku lari... semakin sukar untuk aku melepaskan diri... Dan... Akhirnya aku kecundang... .Kalah dalam perjuanganku dengan perasaan...

Hanya kebahagiaan dan kegembiraan mu yang menjadi impian aku selama ini.kebahagiaan mu menjadi mimpi indah pada aku dan kegembiraan mu menjadi irama hidup aku.tidak rela pada jiwa aku menonton akan kesedihanmu,tidak sanggup untuk menjadi saksi akan kesedihanmu.aku rela menanggung segala kesusahan dan kesedihanmu  agar impian aku untuk melihat dirimu bahagia dan gembira tercapai dengan kesempurnaan.......

Thursday, October 18, 2012

Puisi Aku cinta padamu


takdir menemukan dua hati kemerahan
dan lalu menyimpulnya menjadi satu ikatan
lantas terbinalah sebuah mahkota cinta sejati
tementerai satu perjanjian ingin sehidup semati
di saat hati ini suram kekosongan
menagih kasih berpanjangan
merintih kasih tiada berteman
dikau hadir dalam bayangan
menyeri hati dalam kesepian
saat pahit dan manis kita kongsi bersama
riang dan tawa hanya kita berdua


terdetik dihati ini
ingin terus melafaz kata cinta sejati
padamu dambaan hati
teringat di masa itu kita duduk berduaan
kita berpegangan tangan
sambil kita ketawa riang
membuatkan hati ini menjadi tenang
dikala malam dan siang kau selalu ku terbayang
datang kearah ku sambil menyanyi lagu indah
ku nanti saat indah
saat kita bersama
di saksi bulan purnama
kita menjalin cinta

Wednesday, October 17, 2012

Belailah aku



Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia tergoda..


Wajahmu sentiasa kelihatan di tabir mataku ,kerana  ,Kamu selalu dihatiku …
Setiap hari aku sering merindukanmu ,kerana,Kamu sangat istimewa untukku …
Aku tidak pernah risau dikala jarak menjauhkan kita ,kerana ,Aku amat sayangkan kamu …
Aku ingin selalu melihat kau bahagia dan gembira tanpa airmata ,Kerana ,Setiap perbuatanmu , percakapanmu akan membuat hatiku tenang dan tersenyum …
Aku selalu impikan hidup besama kamu ,Kerana ,Aku cintakan kamu …
Aku ingin berterima kasih pada kamu ,Kerana ,Kamu sentiasa ada disisi ku ketika aku susah dan senang …
Kamu selalu memujuk aku ketika aku sedang bersedih ,Ketika aku buntu mengharungi dugaan hidup ,Dan ketika itulah juga kau ada disampingku …



orang kata bila bercinta ayat sume power2...bila clash ayat semua sadis2....bila gadoh ayat semua maki hamun...biaselah... hidup... kadang kala tak lepas dari melakukan kesilapan...tak lepas dari pergaduhan..tak lepas dari kejelousan..tak lepas dari prasangka...namun, perlu mendidik hati dari bertenang memohon pada Ilahi....

LOVE UOLS


Monday, October 15, 2012

Aku Umpama apa....


Senangnya angin lalu meniup dia dari aku tapi aku redha jika ini jalanku, akan aku laluinya dengan tabah, biar aku mencari sinar di penghujung jalan kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada tiupan angin..


Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku.  Temukanlah aku dengan tali itu.  Aku ingin terbang lagi.  Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati.  Agar tali itu tidak terputus lagi…

Ya, aku umpama layang-layang.  Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan.  Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat.  Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi… 

Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan.  Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula.  Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…ye aku umpama layang-layang!!!


Terlampau banyak perbezaan yang ketara....LOVE UOLS

Sunday, October 14, 2012

Cara Memikat




Cari masa yang sesuai. Kadangkala, secara tidak sengaja adalah "saat yang paling indah dalam kehidupan manusia". Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa 

ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

Jangan buang masa. Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

Lebih berkeyakinan. Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

Anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

Teruskan persahabatan. Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

Saturday, October 13, 2012

Memikat Wanita Idaman


Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.


Ada juga lelaki yang suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara dan hubungan anda akan kekal selama-lamanya.Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.


Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan bentuk tubuh yang tegap adalah lambang lelaki gagah. Namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.

Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak. Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.

Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punya ramai teman wanita. Tetapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.

Agak sukar sebenarnya mencari lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sikap pemimpin yang anda tampilkan mampu memperlihatkan anda mampu menerajui keluarga dengan penuh tanggungjawab.

Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

Jangan tidak tahu, bukan wanita sahaja yang cemburu, iri hati dan sebagainya sebaliknya ada juga lelaki begitu. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenali sikap diri yang mungkin menjauhkan diri anda daripada insan bergelar wanita.

Friday, October 12, 2012

Belaian Yg Manja


Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.


Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.


Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya..

Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah mencintai orang yang mencintai orang lain. Cara bercinta yang paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang, tetapi bersedia untuk kehilangannya. Jangan berkahwin dengan orang yang anda boleh hidup bersamanya. Tetapi, berkahwinlah dengan orang yang anda tidak boleh hidup tanpanya...LOVE UOLS

Thursday, October 11, 2012

Fahamilah diri ini



Bila saya selalu call, awak tak jawab,awak suruh saya memahami.Bila saya selalu SMS, awak tak jawab,awak suruh saya memahami.Saya buat semua itu untuk memahami awak,tapi akhirnya awak kata pula saya tak nak memahami awak.


Bagaimana saya hendak memahami awak,sedangkan saya tak tahu tentang masalah awak?dan awak pun tak pernah hendak bercerita tentang masalah awak.Tapi akhirnya awak kata lagi saya tak nak memahami awak.


Tapi bila saya tak jawab call awak,bila saya tak jawab SMS awak,bila saya hilang pergi jauh daripada awak,saya berharap awak pula yang akan memahami saya.



Bismillah. Singgah lagi di halaman "Blog chipsmore" ARB. He-He-He! Yalah, kan? Kalau diari akan ditulis hari-hari tetapi sebab ARB hanya menulis bila ARB rasa ingin dan perlu sahaja, maka eloklah kiranya ia digelar sedemikian rupa. Wah! Macam ahli bangsawan bunyi kata-kata ARB....Senyum... Alhamdulillah, semua perbuatan kita sebenarnya atas gerak dan keizinan dari Allah SWT semata...ARB nak berkongsi cerita tentang "memahami"..brp ramai antara kita yg faham dan memahami pasangan kita sama ada BF/GF atau wife/husband ???
Belajarlah memahami seseorang itu jika kita mahukan orang tersebut memahami diri kita... !!!!



Hidup ini indah namun tersangat singkat untuk dinikmati, diruang ruang yang ada kita hiasi dengan kasih sayang dan senyuman...belajar menghargai...belajar menghayati..agar jalan yang kita pilih tidak sesekali disesali...

LOVE UOLS

Tuesday, October 9, 2012

Makcik VS Vtec





nak cerita sikit pasal kes vtec ni..cerita seram nih


masa aku tgh dok membuang hajat dlm toilet sebuah kawasan rehat PLUS tiba2 telinga ni sayup2 tertangkap bunyi engine vtec dari jauh...pranngg....(drop gear-4)..praaannngg....(drop gear-3)...praanngg...(drop gear 2-1)
dengan tak sabar aku nak sgt ushar mamat mana yg memanaskan telinga aku pagi2 ni...



sambil menelan asap rokok aku dok lepak kat bonet kete aku yg sure mmg tak power ni...dlm 10 minit aku perasan pemandu honda ek9 vtec masuk dalam kete dia...start engine tekan mnyak dan sprint selaju2 yg boleh smbil melayan bunyi vtec dia...smpailah hilang dr pndangan...aku hnya dpt mlihat dan terkedu..rokok habis disedut angin saja...mata masih memandang dan telinga menangkap bunyi vtec dan otak masih memikirkan..sbb yg memandu tu makcik pkai tudung baya2 mak aku...tibe2 trpikir...lpas ni lau jmpa mkcik tu...aku nak minta tanda tangan dia dan merayu nak jd anak angkat dia hehehehe..agak2 apa jawapan makcik tu kohkohkoh




selamat pagi love uls

Friday, October 5, 2012

Adakah aku lelaki sejati



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang bidang, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya¦

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran¦

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan¦



Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan¦


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca¦


Sabar itu iman¦
Duit bukan kawan¦
Dunia hanya pinjaman¦
Mati tak berteman¦

Thursday, October 4, 2012

Ihklas itu rahsia dalam rahsia


Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.


Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.


Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama

silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..

Mana mood aku hilang ni!!!!!




ramai orang selalu cakap aku ni jenis happy2...
rupa macam takde masalah...gaya macam bahagia jer hari2...ada yg kata "dari gaya kau aku tahu kau tak pernah ada masalah" kohkohkoh

believe me...
aku pun ada banyakkkkkk masalah...
ada setengah2 masa aku rasa nak nangis je...
tapi bila aku in the mood nak sedih or nangis mesti orang disekeliling aku buat aku terpaksa simpan perasaan dalam hati...blh pulak dorg cakap "eh2 kau...ni apasal tiba2 diam jer...nak terbalik ke dunia ni"

ewah2..aku terbalik kan dunia kau nak???? hohohohoho

Ada sesiapa nampak mood aku? Entahlah, dia hilang tiba-tiba saja minggu ni. Tercicir agaknya di mana-mana. Pelik. Kalau ada nampak, tolong pulangkan kat aku ya! Ini semua mesti gara-gara terlalu penat, mood yang ada terus hilang, merajuk!*eyy, pantang betul aku dengan benda-benda merajuk ni* Dah beberapa hari, kehilangan mood. Hanya buat aku sugul dan termenung saja.

Nak menulis memang terasa susah sangat kalau mood takda. Ada sesetengah penulis berpendapat, jangan dihirau sangat tentang mood. Kalau belum start, memang langsung mood tak ada. Cuba dah start, hah! Tak sempat jari ni nak stop daripada ketuk keyboard!~ Tapi pada aku, memang kalau mood takda, tak jalanlah jawabnya kerja aku. 

*harus kena feeling-feeling dulu, baru boleh garap cerita, hehe*
Apa aku nak buat kalau mood aku hilang? *nak mencari? sah-sah tak jumpa kat tengah jalan okey!*
hahahaha anyway aku masih ingat lagi cara2 nak menaip kat blog nih..dan yg penting aku sayang korang semua..LOVE UOLS

Tuesday, October 2, 2012

Tidak Semua Orang Suka


Apa sahaja yang kita dilakukan akan ada yang tidak berpuas hati. Ada dua kemungkinan. Pertama kekurangan diri kita dan keduanya kerana kekurangan diri mereka. Manusia tidak sempurna. 


 Jika berlaku kepada diri saya, saya fikir ia hanyalah kerana kekurangan atau kelemahan diri. Namun saya terus belajar, bermuhasabah dan memikirkan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Akhirnya ia kembali kepada prinsip utama, mencari keredhaan Allah. 


 Saya tidak boleh lagi berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang penuh adab sopan santun kerana khalayak saya ada hadirnya dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Bila saya menulis di blog atau FB sbg cth::: “sungguh dermawan rakyat Malaysia,” ada rakan bukan rakyat Malaysia menulis dengan lemah-lembut, “Alhamdulillah ARB.. tentu sekali ramai yang menyumbang, mereka mungkin datang dari Brunei, Singapura dan Indonesia”. 


 Hati saya cepat terasa maksud ayat tersebut. 

Opps… tentu sekali saya terkhilaf. Saya mohon maaf! Terima kasih kerana menegur dengan cara yang sangat sopan. 

 Di sana-sini, terdapat khalayak yang tidak dapat saya layani sebagaimana kehendak mereka. Ada beberapa batasan dan halangan yang tidak mungkin dapat saya nyatakan. Itulah kekurangan diri saya. Namun jika ada yang menyatakan, “tidak semua yang suka” maka ia bermakna “ada yang suka”. Di sebelah mana kita menyaksikan kenyataan ini, ia tetap memberi motivasi untuk saya terus hadir bersama khalayak pembaca blog dan FB saya..LOVE UOLS
Powered By Blogger