“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"
"banyak antara kita yang tidur dengan lena masa hidup tapi akan terjaga dan sedar bila telah mati..hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari salah orang lain tapi untuk perbetulkan diri sendiri"
arjuna love uols
Tuesday, September 25, 2012
Makhluk yg aku sayang adalah wanita
“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"
Monday, September 24, 2012
Adakah anda faham makna CINTA dan RINDU
Sunday, September 23, 2012
Bila kita rindu seseorang
Rindu aku tak? hahahaha perasanlah aku ni, "sapa la nak rindu kat kau" huhuhu
Saturday, September 22, 2012
Allah selalu menguji kita
TINGG! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Friday, September 21, 2012
Cakap pasal takdir
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang,MEMBERI apa yang tidak dirancang,MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiah kemanisan dalam kegembiraan,menyemai benih keakraban,serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan mahupun dalam EPISOD percintaan.
Tak perlu terlalu lama menangisi yang telah pergi,sbb mungkin nanti kita akn bersyukur telah meninggalkan apa yang kita tangisi saat ini.Berusahalah untuk tidak menghitung kesulitan,sbb jika kita terlalu sgt menghitungnya,perkara yg mudah akan terlihat seperti biasa saja.Bagi aku jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan sesuatu dgn benar,sbb kadang2 setiap kesalahan akan membuat peribadi kita menjadi lebih baik...
Rencana Tuhan ni selalu berakhir dengan kebaikan..Dan jika yg kita terima belum baik, maka itu bukanlah yg terakhir..Dengan selalu berupaya menjadi ORANG BAIK dan melakukan yg trbaik, maka kebaikan akan selalu berada disekitar kita..
Thursday, September 20, 2012
Tanda lelaki merajuk
Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri~
Bagaimana tanda2 lelaki merajuk!!!
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan anda seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan anda.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan anda. Jika anda minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat anda geram tapi buat seolah-olah anda tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa anda atau face to face dengan anda. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, anda dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling buat anda rasa geram. Dah lah tak nak cakap ngan anda dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. anda jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan anda kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan anda mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara anda takut perasan marahnya lagi kuat…
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…
Kalau anda perasan ada tanda2 ini pada suami/teman lelaki anda dah sah-sah la dia tgh merajuk dgn anda..so apa lagi guna la trick utk memujuk...oooo trick tu belum di kongsikan lagi,...tgu next posting yea..love uols
Muzik dan Lirik lagu ni memang layan
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu
Lirik Lagu Bengang - Mantera
Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Terpaksa aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan menenggelamkan
Keakuan... aaa... aaa
( 1 )
Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya
( korus )
Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan
Jangan menguji tahap cemburu lelaki
GIRL : awak, saye nak bg tahu awk sesuatu..
BOY : ye syg,ape die ckp lah.
GIRL : Ex saya datang balik nakkan saya. Huwmm..mcm mana
BOY : ouh.. Awak masih sayang dia ke?
GIRL : Ermm.. Entah. Awk rasa??
BOY : kalau awk masih sygkn dia , awak pergi lah pada dia. im ok
GIRL : Awak tak tak cemburu ke ? Awak tak marah?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang sayu2) Buat apa sye nak marah awak syg. Mungkin dia boleh jaga awak dengan sempurna. Saya tahu kalau betul awk sygkan saya , awak takan Biarkan orang lain rampas awak dari saya. (tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) syg, saya tak inginkan yang lain, saya janji cinta saya hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)
KESIMPULANNYA
Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki, kerana ianya akan pendam sehingga menitiskan air mata. Air mata bg lelaki amat bermakna, tp ianya akan tewas jika hatinya diluka.
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda
Wednesday, September 19, 2012
Asal dan perginya cinta adalah milik Allah

Walaupun sesuatu yang engkau suka berada dalam genggamanmu, kadang kala terlepas juga. Seperti orang yang kita cintai seberapa kuat engkau mencintai, kalau memang tidak dijodohkan akan terlepas juga.
keikhlasan karena tiada yang tahu rencana Rabb...mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan...Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..SEBENAR-BENAR CINTA ADALAH APABILA KITA BAHAGIA MELIHAT DIA BAHAGIA WALAU KITA TAK BAHAGIA
Tuesday, September 18, 2012
Lelaki merajuk siapa yang pujuk

Wanita kuat merajuk dan suka dipujuk. Tapi adakah lelaki tak tau merajuk??
Kebiasaannya dan SELALUnya,bila disebut tentang merajuk ni,semua refer orang perempuan...semua nak tunjuk orang perempuan...jari dituding kena orang perempuan.Apa LELAKI ni tak merajuk eh?!.no no no.Kalau korang berfikir macam tu,sila ubah fikiran doblas kali!.meh meh meh kita tengok rajuk lelaki dan sebab-sebab mereka merajuk.
Lelaki merajuk kerana mahukan perhatian.
Seperti juga perempuan,lelaki juga merajuk kerana mereka mahukan perhatian.Kadang-kala mereka rasa perempuan ni (kekasih/isteri) kurang memberi perhatian kepada mereka kerana perempuan lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara lain.Contohnya,lebih menumpukan dengan kawan-kawan berbanding meluangkan masa bersama.
Lelaki merajuk kerana cemburu.
Mereka juga boleh cemburu malah lebih cemburu dari kaum perempuan!!!.itu realiti ok?.sila la encik lelaki jangan menyangkal kenyataan yang terang lagi bersuluh ini.Kaum lelaki ini mungkin cemburu melihat pencapaian perempuan yang melebihi mereka.Lantaran,lelaki sebegini akan merasakan mereka tidak berguna sehingga tahap keyakinan akan menurun.
Lelaki merajuk kerana ................
aduhh,apa lagi eh?.tapi lelaki tak boleh lari dari perasaan merajuk dan ingin dipujuk.Bagaimana pula nak memujuk mereka?!....
Biarkan mereka melayan rajuk mereka.
Bila kaum perempuan merajuk,amat jarang sekali dipujuk oleh teman lelaki.Kalau ada pun,sedikit je la dari golongan lelaki yang suka memujuk.So,bila lelaki merajuk,biarkan saja mereka bertenang untuk seketika agar mereka dapat memuhasabahkan diri sendiri.
Berikan mereka hadiah yang mampu buat mereka tersenyum.
Kadang-kadang tak perlu la berikan mereka hadiah yang mahal-mahal...Mungkin cukup dengan memberi senyuman manis seikhlas yang akan membuatkan tembok keegoan lelaki tu pecah.
Tapi ingat ye kawan-kawan,kalau lelaki merajuk then minta pujuk dengan cara 'seks' atau 'ringan-ringan',takyah pening kepala fikir camna nak pujuk,TERUS TINGGALKAN...suami-isteri takpe,dah halal.hikhikhik.
Tidak semua perempuan mahu dipujuk bila merajuk. Lagi dipujuk bertambah-tambahlah merajuknya. Perempuan macam ni, bagi dia masa untuk dia coolkan diri sendiri, dan autotreatkan hatinya.
Perempuan dan lelaki poket tebal
Tidak semua perempuan suka lelaki poket tebal, terutama lelaki yang poketnya mak bapak dia tolong tebalkan. Perempuan yang macam ni biasanya perempuan yang berdikari. Jangan dekati mereka dengan duit, mereka akan anggap kamu berlagak dan menganggap mereka perempuan mata duitan. Trylah berlagak tukang cop duit depan mereka, kalau nak tengok mereka bengang.
Perempuan suka lelaki hensem
Tidak semua perempuan berminat pada lelaki yang hensem. Sebab lelaki hensem susah nak jaga. Letih layan perasaan bimbang dan jeles bila ada perempuan lain datang dekat. Golongan perempuan macam ni akan cari lelaki yang ‘hensem’ hatinya. Nak tau macam mana rupa hati yang hensem? Belah dada pastu cek, ada tak bentuk hati tu berbentuk love. Ntah korang faham ke tak ni..hahahaa…
Majoriti perempuan tak suka lelaki yang hatinya 4 segigami.
Perempuan dan airmata
Tidak semua perempuan akan tunjukkan air mata bila sedih dan sakit hati. Perempuan yang tak mudah menangis memang ada, segelintir tak ramai (yang cengeng memang ramai). Mereka ni akan pergi cari tempat tersorok pastu menangis macam orang tak betul, kalau tak pun menangis dalam hati Bagi perempuan menangis itu semestinya, kalau tak takda nama dia perempuan.
Perempuan Queen Control
Tidak semua perempuan suka pada lelaki yang angguk-angguk (ikut cakap) dia, macam burung belatuk. Ramai je yang lebih tertarik pada lelaki yang arrogant, yang suka menentang, yang buat dia rasa geram (tapi tak melebihi had iaitu lelaki yang kekurang-ajaran sebab perempuan memang benci pada lelaki yang tak tau hormat perempuan sebagaimana perempuan menghormati mereka).
Perempuan dan pujian
Tidak semua perempuan suka dipuji. Yang ni tak suka lelaki bermulut manis. Jangan mengayat dengan perempuan macam ni, kamu awal-awal lagi akan dicop buaya. Perempuan macam ni mudah tertarik pada lelaki yang tak tunjuk caring secara depan-depan.
Bila perempuan diam
Tidak semua perempuan berdiam dan senyum itu tandanya dia bersetuju pada sesuatu keputusan. Diam-diam dia makan hati.
Perempuan macam lelaki jugak.
Tak suka didesak.
Tak suka dikongkong
Ada ego
Perempuan Tetap Perempuan
Sekuat-kuat perempuan tetap perlukan (sangat) lelaki dalam hidupnya. (makhluk berpasangan ciptaan Tuhan). Perempuan yang indipendent yang kata tak perlukan lelaki dalam hidupnya adalah hipokrit.
Sekeras-keras perempuan tetap hatinya kerak nasi.
Mengada-ngadanya perempuan, sengaja minta perhatian. :p
Perempuan sukar untuk faham lelaki sebagaimana lelaki selalu kata mereka sukar nak fahami perempuan. (sebab tu ada yang post entri tentang perempuan supaya lelaki boleh faham)Erkk! Oke..peace
Wanita yang menjadi idaman lelaki

2. Keanak-anakan -
3. Penuh Pengertian -
4. Menghargai -
5. Menjaga Penampilan -
6. Pandai Berbicara -
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri -
8. Menghormati Diri Sendiri -
9. Simpati dan Prihatin -
Monday, September 17, 2012
Beza Suka dan Cinta

namun kita harus bersyukur. mungkin kita tak dapat yang yang kita mahu, tapi ALLAH dah aturkan yang lebih baik untuk kita. 'Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan'. hidup ini juga terlalu singkat untuk kita bersedih, jadikan ianya sebaga sebagai kesempatan untuk kita bangkit dan hadapi masalah itu.
Beza Suka Dan Cinta
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.
Ya. jodoh itu adalah rahsia terhebat dan terindah yang ALLAH ciptakan untuk kita. mungkin anda jatuh cinta pada si dia. tapi adakah itu Jodoh anda? kita tak tau siapa jodoh kita sehingga tertulis oleh maha pencipta bila tiba saatnya. mungkin lepas ini, diam-diam lebih baik dari heboh sana sini. mudah-mudahan hubungan itu terjalinkan dengan niat ikhlas, tulus hanya kerana ALLAH. :)
Apa itu CINTA SAYANG SUKA dan MINAT

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional? tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya tali perut kita dah nak pecah…)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
Sunday, September 16, 2012
Orang yang mencintai KAMU

Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
Saturday, September 15, 2012
Tips elak sakit hati..sumbat telinga dengan kapas!!!!

Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.
Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan
