arjuna love uols

Monday, May 30, 2016

Sudah Ku Tahu



Seringkali aku menduga..Seringkali ini terjadi 

Segala rahsia sudah ku tahu..Rupanya aku tak dicintai 
Untuk apa kau buat ku begini..Segala apa yang telah ku lakukan 
Air mataku mengalir di pipi..Segala yang ku korbankan tuk dirimu 
Mengapa masih lagi ku..Berdiri ku menunggu cintamu 
Mengapa masih adamu..Menyakiti di siang malamku 
Aku terima cintaku dipersiakan..
Sayang Aku kau lupa..Aku kau luka 
Tanpa kau sedar..
Sayang Selamat tinggal 
Aku kan pergi..Buat selamanya 
Aku pasti kau bahagia tanpaku Selamanya..

Engkau adalah orang yang istimewa dalam hidupku, bersama kamu aku pernah melalui kehidupan. Bersama kamu aku tahu apa yang harus aku lakukan dan apa yang harus aku jalani. Kita pernah berjanji, yang kita akan terus bersama. Tapi hanya beberapa waktu kau berjalan meninggalkan aku, sakit dan pedih. Rasanya aku telah dikhianati oleh kamu. Kepercayaanku padamu kau hancurkan begitu saja. Alasan yang tak pernah masuk diakal diucapkan. Aku berfikir, ini memang keputusan kamu atau hanya caramu untuk pergi jauh dariku. 


 Aku juga tidak terlalu berharap kamu akan menjadi pendamping hidupku selamanya, tapi untuk saat ini, biarkan dan beri aku waktu untuk tetap merasakan hadirnya dirimu dalam hidupku, merasakan kehangatan yang kau berikan padaku.


Berpisah dan menjalani hidup masing-masing, itu memang tak mudah. Setiap kekecewaan pasti selalu munculnya penyesalan. Aku selalu menyesal jika mengingati dirimu, aku menyesal menyayangimu, aku menyesal terlalu mempercayaimu dan aku menyesal berjumpa dengan kamu. Mungkin aku bohong jika aku kata kan yang aku tidak lagi menyayangimu, sesungguhnya, aku masih menyayangimu, bahkan sangat menyayangi. Sebab aku bukan seperti kamu yang dengan mudahnya mendapatkan kenangan yang baru. 


Apakah perasaan ini salah dari awal kami berjumpa? Apakah tidak ada kesempatan buat orang-orang yang merasakan hal yang sama seperti aku? Apakah tak ada cara yang lebih baik selain saling melepaskan? Apakah harus seperti ini balasan yang diterima buat orang-orang yang menjalin hubungan dengan iman yang berbeza?” 

Sunday, May 22, 2016

Cantik,molek,lawa,cerdik,bagus,hebat dan sebagainya semua itu dijadikan oleh Allah

Cantik,molek,lawa,cerdik,bagus,hebat dan sebagainya semua itu dijadikan oleh Allah..apa yg kita nak ego sangat? Kita bukan tuhan yg blh menjadikan...abg nak pesan masa nak ego riak takabbur tu, igt2 kat Allah..selalu zikrullah dan igt kita ni manusia insan hina dina, yg tak sanggup ke nerakaNya tp blm tentu layak ke syurgaNya..bawa byk bersabar jgn byk nak melawan ckp, bykkan berdiam diri..kalau emosi egois tu meluap pegi ambil wudhu..InsyaAllah ego tu pandai le padam sendiri..ego tinggi manapun mati kita membusuk terburai dimamah tanah jd makanan cacing juga.. 

Kalau ada komen yang kita rasa tak puas hati, jawab komen dgn fakta bukannya emosi..kadang2 diam itu lebih baik dari berkata2..jgn cpt melenting dan membuat tanggapan tentang komen yg diberikan kecuali ianya jelas menghentam dan menjatuhkan kita..bergurau blh asal tak melebihi batas...jika kita membuat salah pohon kemaafan walaupun dari yg lebih muda...inilah tanda kematangan yg sebenarnya. 

Asalkan kita boleh minum dan tak pernah tipu org cukuplah...org lain nak hidup dengan menipu tu depa punya pasal..bila kena tanggunglah sendiri..Ingatlah ada perkara yg kita tak mahu terjadi tapi harus menerima..ada perkara yg kita tak mahu tahu tapi harus belajar dan ada perkara yg kita tak mahu kehilangan tapi terpaksa melepaskan... SALAMULLAH jangan kecam abang k.


Saturday, May 21, 2016

"hilangnya tongkat untuk berdiri"

kadang2 kita tak ada apa yg org lain ada..tapi kita ada apa yg org lain tak ada..hidup kita adalah apa yg kita ada..sentiasa belajar menghargai.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Intro kat atas tu saja je nak bagi korang semua baca hehehe...org sekarang kata baca dan hadam. Aku bukan nak cerita pasal apa yang ada atau apa yang takde cuma mungkin hari ni aku nak cerita tentang satu kata-kata "hilangnya tongkat untuk berdiri" (betoi ke ayat tu hehehe). Ayat tu aku terdengar dari sebuah drama tv baru-baru ni.

Ayat tu ada kena mengena dengan drama tv tu la. Hero kehilangan iseri yang dia sayangi (biasalah cerita melayu). Sakitkan bila kita kehilangan orang yang kita sayang?....sakit tak? sakit kan....maksud orang yg kita sayang tu semua dah tau, takkan aku nak terangkan lagi. Ada yang sakit kehilangan ibubapa, anak, adik beradik, suami, isteri, sahabat, kekasih (yg ni aku tak tau kena masukkan sekali ke) dan bila kita kehilangan orang yang terdekat dengan kita. Itulah kehilangan yang paling besar dan diibaratkan hilangnya tongkat untuk berdiri.

Kenapa tongkat?...sbb orang yang guna tongkat ni adalah orang yang tak mampu berdiri dengan sendiri, jadi tongkat adalah satu sokongan. Bagi aku sendiri ibubapa, isteri dan anak2 adalah tongkat yang penting dalam hidup aku. Kalau kehilangan mereka umpama hilanglah tongkat untuk aku berdiri (terutamanya wife aku dia memang banyak bagi sokongan). Sesiapa yang pernah merasa kehilangan insan yang mereka kasih pasti akan melalui pengalaman yang sedih.

Jadi hargailah tongkat sokongan kita kerana tanpa mereka kita tak mampu berada dimana kita sekarang. Sekian coretan kali ini sebab kat luar cuaca gelap nak hujan, aku nak sambung tidur cari ilham untuk tulisan lain kali ok..bye


Thursday, May 19, 2016

Erti sebuah Cinta

Hidup aku  makin lama makin busy..*perasan jer lebih.. Nak update blog pun takda masa..Banyak ajer story aku nak bercerita walaupun tak best..tapi masa pulak menjadi kekangannya..Rindu nak berblogging semula...Hooyeaahhh..!!! kali ini aku berblogging pun sebab aku baru teringat yang aku ada blog..Hahahhaha. 

bila kita cintakan sesuatu pasti kita akan rindu perkara atau benda atau insan yang kita cinta..bukan aku nak cerita pasal cinta tapi bila hati rindu nak berblogging ni pasti rindu itu disebabkan "cinta"..kita rindukan ibubapa kita sbb kita cintakan mereka, kita rindukan pekerjaan kita sbb kita cintakan apa yang kita lakukan. Tapi kita harus tahu semua cinta di dunia ini tak akan kekal abadi.


cinta
cinta pada dunia...dunia akan pergi...cinta pada harta...harta tak selamanya disisi...cinta pada manusia..manusia akan mati...tiada cinta yg kekal abadi kecuali cintakan Ilahi...








Powered By Blogger