arjuna love uols

Tuesday, October 2, 2012

Tidak Semua Orang Suka


Apa sahaja yang kita dilakukan akan ada yang tidak berpuas hati. Ada dua kemungkinan. Pertama kekurangan diri kita dan keduanya kerana kekurangan diri mereka. Manusia tidak sempurna. 


 Jika berlaku kepada diri saya, saya fikir ia hanyalah kerana kekurangan atau kelemahan diri. Namun saya terus belajar, bermuhasabah dan memikirkan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Akhirnya ia kembali kepada prinsip utama, mencari keredhaan Allah. 


 Saya tidak boleh lagi berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang penuh adab sopan santun kerana khalayak saya ada hadirnya dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Bila saya menulis di blog atau FB sbg cth::: “sungguh dermawan rakyat Malaysia,” ada rakan bukan rakyat Malaysia menulis dengan lemah-lembut, “Alhamdulillah ARB.. tentu sekali ramai yang menyumbang, mereka mungkin datang dari Brunei, Singapura dan Indonesia”. 


 Hati saya cepat terasa maksud ayat tersebut. 

Opps… tentu sekali saya terkhilaf. Saya mohon maaf! Terima kasih kerana menegur dengan cara yang sangat sopan. 

 Di sana-sini, terdapat khalayak yang tidak dapat saya layani sebagaimana kehendak mereka. Ada beberapa batasan dan halangan yang tidak mungkin dapat saya nyatakan. Itulah kekurangan diri saya. Namun jika ada yang menyatakan, “tidak semua yang suka” maka ia bermakna “ada yang suka”. Di sebelah mana kita menyaksikan kenyataan ini, ia tetap memberi motivasi untuk saya terus hadir bersama khalayak pembaca blog dan FB saya..LOVE UOLS

No comments:

Powered By Blogger