arjuna love uols

Monday, October 1, 2012

Biar aku sendiri disini



Pada masa-masa begini, masa yang aku rasakan sunyi ini, aku sering isikan dgn kenangan dulu yang pernah menerjah jiwa dan minda aku. Ia sering kali tak pernah pergi walaupun aku puas menghalau nya, ia datang saat aku bersendiri,biarlah dia datang menemani aku, mungkin dari perspektif negatif ia jahat, tapi biarlah aku putarkan untuk ke arah positif pula, ia sudah cukup baik dan berguna sebagai panduan jalan selamat menuju perjalanan berliku yang bakal aku hadapi nanti, itu pasti aku akan ingat dan akan kuat ku semat dalam jwa dan mindaku.

setiap yang datang mungkin kita rasakan itu bebanan, tapi jika kita selongkarkan, kita pasti terjumpa ramuan dan ubat mujarab bila kita keperitan nanti.

Seringkali aku cuba menipu hati ini untuk terus bahagia dan tertawa sendiri, melangkah dengan penuh semangat untuk terus hidup di bumi Allah ini, cuba sedaya upaya lari dari masalah yang terus mencabul saban hari.

Pada saat aku memerlukan, ia terus hilang, aku terus fahami dan selami lautan hati aku, mungkin ia lari dari cinta ciptaan aku sendiri, biarlah aku berenang sendiri sampai ke pulau, walaupun bukan pulau kebahagian mungkin pulau kejayaan suatu hari nanti siapa tahu.

No comments: