"banyak antara kita yang tidur dengan lena masa hidup tapi akan terjaga dan sedar bila telah mati..hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari salah orang lain tapi untuk perbetulkan diri sendiri"
arjuna love uols
Tuesday, October 2, 2012
Tidak Semua Orang Suka
Apa sahaja yang kita dilakukan akan ada yang tidak berpuas hati. Ada dua kemungkinan. Pertama kekurangan diri kita dan keduanya kerana kekurangan diri mereka. Manusia tidak sempurna.
Jika berlaku kepada diri saya, saya fikir ia hanyalah kerana kekurangan atau kelemahan diri. Namun saya terus belajar, bermuhasabah dan memikirkan untuk menjadi manusia yang lebih baik. Akhirnya ia kembali kepada prinsip utama, mencari keredhaan Allah.
Saya tidak boleh lagi berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang penuh adab sopan santun kerana khalayak saya ada hadirnya dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Bila saya menulis di blog atau FB sbg cth::: “sungguh dermawan rakyat Malaysia,” ada rakan bukan rakyat Malaysia menulis dengan lemah-lembut, “Alhamdulillah ARB.. tentu sekali ramai yang menyumbang, mereka mungkin datang dari Brunei, Singapura dan Indonesia”.
Hati saya cepat terasa maksud ayat tersebut.
Opps… tentu sekali saya terkhilaf. Saya mohon maaf! Terima kasih kerana menegur dengan cara yang sangat sopan.
Di sana-sini, terdapat khalayak yang tidak dapat saya layani sebagaimana kehendak mereka. Ada beberapa batasan dan halangan yang tidak mungkin dapat saya nyatakan. Itulah kekurangan diri saya. Namun jika ada yang menyatakan, “tidak semua yang suka” maka ia bermakna “ada yang suka”. Di sebelah mana kita menyaksikan kenyataan ini, ia tetap memberi motivasi untuk saya terus hadir bersama khalayak pembaca blog dan FB saya..LOVE UOLS
Monday, October 1, 2012
Biar aku sendiri disini
Pada masa-masa begini, masa yang aku rasakan sunyi ini, aku sering isikan dgn kenangan dulu yang pernah menerjah jiwa dan minda aku. Ia sering kali tak pernah pergi walaupun aku puas menghalau nya, ia datang saat aku bersendiri,biarlah dia datang menemani aku, mungkin dari perspektif negatif ia jahat, tapi biarlah aku putarkan untuk ke arah positif pula, ia sudah cukup baik dan berguna sebagai panduan jalan selamat menuju perjalanan berliku yang bakal aku hadapi nanti, itu pasti aku akan ingat dan akan kuat ku semat dalam jwa dan mindaku.
setiap yang datang mungkin kita rasakan itu bebanan, tapi jika kita selongkarkan, kita pasti terjumpa ramuan dan ubat mujarab bila kita keperitan nanti.
Seringkali aku cuba menipu hati ini untuk terus bahagia dan tertawa sendiri, melangkah dengan penuh semangat untuk terus hidup di bumi Allah ini, cuba sedaya upaya lari dari masalah yang terus mencabul saban hari.
Pada saat aku memerlukan, ia terus hilang, aku terus fahami dan selami lautan hati aku, mungkin ia lari dari cinta ciptaan aku sendiri, biarlah aku berenang sendiri sampai ke pulau, walaupun bukan pulau kebahagian mungkin pulau kejayaan suatu hari nanti siapa tahu.
Cinta takkan datang sendiri jika tidak dicari
Jangan membiarkan peluang untuk menyatakan kepada seseorang bahawa anda mencintainya pergi begitu saja...ingatlah Cinta seharusnya saling melengkapi..Menerima seadanya baik dan buruk diri,Namun ia harus sentiasa tersemat di dalam hati,Selagi mana wujudnya langit dan bumi...
Lumrah pasangan kekasih yang sedang bercinta, kadangkala pasti ada pihak yang merajuk, terutamanya bagi kaum wanita. Telefon tidak berjawab, SMS tidak berbalas. Facebook pun dia deactivate. Pasti pening macam mana mahu memujuk si dia kan?
Tips Memujuk Kekasih(wanita) Merajuk:
Berikan hadiah bunga.
Hati seorang perempuan memang mudah cair bila anda menghadiahkan sesuatu untuknya kerana itu tandanya anda menghargainya. Si dia pasti akan suka walaupun pura-pura tak mahu terima pada awalnya..
Hadiah bunga lagi lengkap bila disertakan dengan bear dan coklat. Lagi lah si dia semakin cair....
Jangan salahkan perasaan cinta seseorang terhadapmu, karena ia akan menyeksakan..Sebaliknya, nikmatilah rasa cinta yang ada pada kamu untuk si dia..Itukan lebih baik....Kerana cinta itu tulus dan tiada siapa yang pernah memaksa anda menyintainya....
Cinta tak akan datang kalau tak dicari...Betul tak?...Apabila seorang gadis jatuh cinta kepada seorang lelaki,
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang. .
Cinta tak kenal siapa... Cinta itu buta...Itulah yang selalu dikatakan orang dan pujangga...
Tuesday, September 25, 2012
Makhluk yg aku sayang adalah wanita
Setiap manusia mempunyai prinsip hidup masing-masing dan tidak terkecuali juga aku..bagi aku, prinsip utama yg aku pegang dari dulu sampai skrg adalah aku adalah aku bukan dia, kamu atau mereka..bagi aku, kenapa perlu jadi orang lain..lebih baik jadi diri sendiri asalkan kita dapat kepuasan dan kebahagiaan..aku x pernah kisah apapun pandangan orang lain terhadap diri dan hidup aku..aku juga x pernah kisah apapun org nak cakap tentang aku..kerana yang pasti hanya aku dan Allah swt sahaja yang tahu kebenarannya dan tau kenapa dan mengapa semua itu berlaku..
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling aku sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Aku bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi aku serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling aku sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, aku mungkin memahami. Tetapi jika perempuan, jika kamu yang bertanya, maka aku kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa aku sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksamana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Aku, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula aku tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula aku tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"
“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"
Monday, September 24, 2012
Adakah anda faham makna CINTA dan RINDU
Ada ramai yang naaak sangat kekasih dia ucapkan yang dia menyintainya. Ada ramai sangat si isteri mahu si suami mengucapkan kata-kata cinta... selang sehari kut ya hehehe... ada girls yang ternanti-nanti, bila la boyfriend dia ni nak ucapkan, "I love you"
Girls kena lebih confident sikit ya... apabila penuh dengan keyakinan barulah lelaki akan lebih respect dan memandang tinggi kepada anda. Also, kena tahu tingkah laku dan perbuatan seseorang tu, apa maknanya... kena bijak untuk memahaminya...
Kalau dia cinta dan sayang kan you sure dia akan sanggup berkorban apa saja, sanggup bersusah payah, sanggup berjalan jauh demi untuk bersama, sanggup berhabis wang ringgit untuk anda just to be closed to you....
JIKA SEBALIKNYA... MEANS DIA TAK CINTA LAH... TAK PERLU TANYA LAGI - Takkan dia sayang kalau nak jumpa pun malas? Takkan dia rindu kalau nak call pun tak ada masa? Takkan dia cinta, kalau boleh tinggalkan anda tanpa berita?
Jadi selalu-selalu lah perhatikan...Apabila cinta masih mekar, masih hangat dan masih ada daya tarikan di antara anda berdua,..tak perlulah nak confirmation lagi... I'm very sure you all pun dapat rasa dan tahu.Jika anda masih belum faham, masih tak mahu terima hakikat yang sebenar, well itu bukan salah sesiapa, tetapi salah anda sendiri..
JIKA TIADA KEMESRAAN, JIKA TIADA KELEMBUTAN DALAM TUTURNYA, TIADA MENGGODA... maka tiadalah cinta lagi, tiadalah sayangnya... cakap pun mendatar, bahasanya pun kasar... takkan dia masih cinta jika begitu? IF benarlah dia masih cinta, tetapi kekasaran dan kehambaran itu lumrahnya... adakah itu yang anda mahu?
Cinta tidak perlu diucapkan, tetapi ia perlu dirasa dan dipamerkan...
Samalah juga dengan nyanyian, kalau penyanyi tu menyanyi tanpa 'FEEL' ...menyanyi bukan dari hatinya, adakah anda rasa macamana kesedihan atau kegembiraan lagu itu? Dengar pun tak best kan? ...tapi kalau best, memang feel habis lah dia belasah lagu tu, betul tak?
Same thing laa...jika hambar dan tawar je perhubungan itu maka ia TIADA CINTA...sebaliknya, jika ianya datang dari hati, dari jiwa yang hangat membara...maka tanpa sebarang ucapan kita akan dapat merasa ADA CINTA ...dan cintanya memang untuk kita. Okay? ...
"You don't need to tell me you love me... SHOW IT! make me FEELS IT!"
nak tanya lagi sekali.."ada yg rindu aku ke???" hahahaha if lepas ni aku jarang posting kat blog ni jangan rindu2 yea blh je melawat kat FB aku...maklumlah berblogger ni sekadar penuhi masa terluang je..btw love uols
Sunday, September 23, 2012
Bila kita rindu seseorang
Rindu aku tak? hahahaha perasanlah aku ni, "sapa la nak rindu kat kau" huhuhu
setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza...antara kata hati dan kata lisan, sangat berbeza....kata lisan selalunya menipu diri orang lain dan kekadang jugak menipu diri kita sendiri...kata hati lebih jujur......oleh itu, manusia selalu mengikut kata hati...
Sejujur mana pon kita, kadang-2 ia boleh menyakiti hati seseorang..Jadi, untuk tidak menyakiti hati seseorang, orang itu perlulah berfikir yang mana terbaik utk diri dia dan orang lain juga,,,
Sebanyak mana pon kata " SAYANG " yang diucapkan oleh lisan, tak semestinya dari kata " HATI " nya sendiri....menipu dengan perasaan sendiri? apa maknanya itu ? menjaga hati ?mungkin si dia ingin menjaga hati seseorang itu.. Tanpa dia sedar dia menipu dirinya sendiri...
apa nak buat bila rindu?? macam2 boleh buat kalau kita rindukan seseorang tu. boleh luahkan terus pada orang tersebut yang kita rindu kat dia. ada jugak yang pilih untuk pendamkan je perasaan rindu tu. ada jugak yang pilih untuk luahkan dekat blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang perasaan rindu yang dipendam tu. tapi bagi aku the best way bila rindu adalah luahkan pada Yang Maha Esa. caranya? berdoa.
kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha,
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”
kalau kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang dirindui tu dalam doa kita. bak kata orang dulu2, “ingat daku dalam doamu”..hehehehe...doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan. insyaAllah.
orang cakap kalau kita sukakan seseorang, lebih baik kita jangan bagitau pada dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia. betul ke? lagi 1. ada jugak orang cakap, kalau kita pendam perasaan pada seseorang, nanti dapat pahala.
tapi sampai bila perasaan harus dipendam ek? sehingga kita mendapat petanda bahawa ternyata memang dia adalah jodoh kita. luahkan perasaan kepada Allah SWT jauh lebih baik n lebih menenangkan jiwa. seriously.
bila kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain..bila kita rindukan seseorang, mungkin si dia merindui orang lain..bila kita mengharapkan seseorang sentiasa berada di sisi kita, mungkin si dia mengharapkan orang lain berada di sisi dia.
kesimpulannya....JUJURLAH dengan diri sendiri dan Orang lain juga.
Saturday, September 22, 2012
Allah selalu menguji kita
TINGG! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar cerita antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
SALAMULLAH LOVE UOLS
Subscribe to:
Posts (Atom)







