Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama anak batu di tangan.Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya.
Dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam?Kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia,bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?
Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat.
Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya.
banggakah kita jadi melayu kerana melayu itu islam..
adakah melayu itu islam jika tidak mengamalkan ajaran islam...
yang sepatut lebih bangga adalah bangsa arab kerana...
Nabi Muhammad S.A.W adalah bangsa ARAB..
melayu akan hancur jika tidak mengamalkan ajaran ISLAM..
6 comments:
tersentuh hati rasanya..
remaja kt malaysia ni trutama melayu yg beragama islam..makin lama makin tk nampak keislamannya apa nk jadi???
Salam para sahabat,
Wahai remaja, kaulah harapan kami bagi menyambung kelangsungan survival agama dan bangsa ini.
Maka kuatkan semangat,tebalkan iman, cekalkan hati, jangan kau undur walau seinci.
Salam,
Remaja sekarang bukan setakat kene jaga diri dari gejala dadah, rempit dan lepak saja. Yang paling penting, kene jaga diri dari gejala hasutan-hasutan yang sering diluahkan dengan kata-kata fitnah dan gaya bahasa yang kurang sopan orang-orang pembangkang kerajaan.
Lumrah bagi sifat2 pembangkang adalah 'melawan' dan 'pembantah'. Jika diusul dengan perlakuan ia sering diselangi perlakuan melampau. Mudah nak cakap - melebih-lebih. Apabila diberi penerangan kepada mereka ia saja dibalas perkataan melawan yang akhirnya menjadi biadap.
Itu bukan budaya kita. Amalkan sikap 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan', jadi kita akan lebih terselamat dari pakatan fitnah jika tiada kemampuan untuk mengelak lagi. Terselamat kita dari menjadi penyebar fitnah. Terselamat kita dari satu catatan malaikat 'atid di sebelah kiri kita.
remaja kita tdk pernah lalui zaman susah menetang penjajah...
mereka telah menjadi lalai mengejar duniawi sahaja...
Salam para sahabat dan pencinta kedamaian.
Makanya jadikanlah ini sebagai satu TUGAS yg perlu kita TANGGUNG dan SELESAIKAN iaitu untuk MENYEDARKAN dan MENDIDIK ANAK-ANAK serta ANAK BANGSA kita.
hi every person,
I identified yeopperak.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.
I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://behindthescenesmi.info/bookmarks].[/url][url=http://behindthescenesra.info/bookmarks].[/url][url=http://sesmartthoughts.info/forum].[/url]
Post a Comment