Di bawah Pohon Rumbia
Ada tanah
Ada rumput
Ada aku
Ada cengkerik
Hatiku tenang
Di sana ada jelapang padi
Milik ayahandaku
Di sana ada surau
Di sana ada rumah nendaku
Di sini ada aku
Terduduk
Tertiarap
Di bawah Pohon Rumbia ini
Termenung resah
Kerana di sana...
Di sana ada
Dato' Bendahara
Dato' Laksamana
Bertarung
Bergaduh
Kerana pohon rumbia ini
Yang di atasnya ada ...
ada apa...
3 comments:
Assalamualaikum,
Puisi ini mengisahkan negara Malaysia yg aman makmur yg diduduki oleh bangsa Melayu dan lain-lain kaum.
Malangnya bangsa Melayu sibuk bergaduh kerana nak merebut kuasa
tahniah sahabat ku lekir mike lah orang pertama yang memahaminya
Terima kasih Yeop Perak
Lekir amat menghormati Yeop Perak
Post a Comment