arjuna love uols

Friday, October 24, 2008

DIMANA KEKUATAN MELAYU

Bermula dengan isu penyingkiran dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan parti pada September 1998 yang membawa kepada kewujudan gerakan refomasi dan penubuhan parti baru Parti Keadilan Nasional (KeADILan) untuk menentang Umno dan BN. Kemudian kedengaran pula laungan slogan Malaysian Malaysia oleh parti pembangkang, khususnya DAP.
Penentangan pemimpin Umno terhadap slogan itu membuktikan semangat asal penubuhan Umno - menentang Malayan Union (iaitu gagasan pemerintahan tajaan British yang cuba menghapuskan ketuanan orang Melayu dan Bumiputera) - tidak pernah luntur, malah terus kuat dan menebal.
Tentunya, tindakan itu bukan atas dorongan sentimen politik semata-mata tetapi nama aspirasi perjuangan mempertahan hak dan ketuanan masyarakat Melayu supaya mereka tidak menerima nasib seperti kaum pribumi di Australia atau penduduk kulit hitam di bawah rejim apartheid Afrika Selatan.
DAP yang melaungkan teriakan dan laungan Malaysian Malaysia sebenarnya mewarisi apa yang cuba ditonjolkan oleh People's Action Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew dari Singapura pada 1969, ketika ia masih dalam Malaysia - dengan suatu pendekatan memberi hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Jika ini dilakukan, bermakna ia menyanggah hak orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia, umpamanya seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sementara krisis dalaman Umno pula, penyingkiran Anwar tidak menggugat keutuhan parti secara keseluruhan. Berbanding isu ketika pemilihan pada 1987 apabila wujud Team A dan B - dengan pelbagai tohmahan didedahkan melampaui batas susila dan budaya orang Melayu, kemudian menyebabkan Umno diheret ke mahkamah, krisis kali ini sebenarnya lebih menjurus kepada personaliti individu semata-mata. Suara-suara sinis yang kedengaran mempertikaikan kewibawaan pimpinan parti akhir-akhir ini, sebenarnya cetusan daripada perasaan simpati segelintir rakyat terhadap hero mereka.
Natijah daripada pengalaman yang dilalui, harus dijadikan kekuatan untuk menjadikan Umno terus kekal sebagai wadah perjuangan yang sesuai bagi bangsa Melayu. Umno banyak berjasa kepada bangsa dan negara, justeru setiap mereka yang pernah bernaung di bawah panji perjuangannya jangan seperti kacang lupakan kulit.

Pemimpin tertinggi parti sering memperingatkan ahli mengenai wujudnya percubaan melakukan penjajahan bentuk baru oleh anasir luar yang memperalatkan konco-konco dalam negara ini. Sejarah ketika negara dijajah oleh British dahulu akan berulang jika Umno berpecah. Mengikut catatan sejarah, ia bermula apabila pembesar orang Melayu di Kedah dan di Perak berbalah sesama sendiri dan seorang daripada mereka meminta bantuan kuasa asing.
Jadi dengan senario sedemikian, seharusnya setiap ahli perlu waspada terhadap tindakan bekas ahli Umno yang kini berjuang menentang Umno dengan mendapatkan simpati daripada pemimpin negara luar serta masyarakat antarabangsa.
Secara perbandingan, parti pembangkang yang cuba mewujudkan satu benteng menentang BN, tiada tandingan dengan keutuhan tunjang Umno. Pas tidak mungkin mampu merubah keadaan. Bagi Umno, sejak awal lagi ia tidak berganjak daripada perjuangannya, berbanding Pas yang sehingga hari ini masih cuba menggunakan pendekatan agresif, fanatik dan tidak berasaskan gerakan nasionalisme serta double standard.
Hakikatnya, kekuatan Umno terletak pada kekuatan umat Melayu dan rakyat umumnya. Disebabkan nasib dan masa depan umat Melayu dan Bumiputera bergantung kepada Umno, maka ia perlu dipastikan tidak tergelincir daripada perjuangan asal. Obor perjuangannya perlu disemarakkan agar Umno terus dominan memerintah...

2 comments:

AbgTuah said...

Salam Yeop.

Kawan nak jadi yg pertama membuka komentar dilaman web Yeop.

Lama kawan perhatikan dan bangga dengan semangat Yeop iklas berjuangan demi agama dan bangsa. Teruskan Yeop usaha yg baik ini, tiada siapa lagi yg boleh diharapkan selainkan mereka yg masih mempunyai Jati diri yg kuat.

Arjuna said...

terima kasih tuah semoga kita beroleh kemenangan utk umat melayu dan islam

Powered By Blogger