arjuna love uols

Saturday, September 15, 2012

Banyakkan Bersabar


Sebuah hadis Rasulullah SAW ‘seorang isteri boleh masuk ke mana-mana pintu syurga yang disukai’ jika taat kepada suami, ‘Wah…senangnya orang perempuan nak masuk syurga’...

Kita meminta jodoh, meminta rezeki yang lebih banyak, meminta anak, meminta kerja yang baik, meminta dapat sambung belajar, dan baaaaaanyaak lagi yang kita minta.. Dan jangan lupa meminta satu perkara terbaik yang ALLAH boleh bagi pada hambaNYA, iaitu kesabaran.. 'tidak ada pemberian yang lebih baik dariNYA melainkan kesabaran' Bersabar bukan duduk saja tau, tapi memuhasabah bagaimana kita boleh perbaiki situasi di masa akan datang. Bersabar mencari jalan keluar. Bersabar mengubah diri kita agar lebih kuat dan positif dengan ujian ALLAH. Bersabar menunggu kemudahan setelah kesusahan.

Bahtera ini digerakkan oleh nakhoda, dan isterilah pembantunya. Siapakah yang kita pilih sebagai nakhoda, bagaimana pula diri kita mempersiapkan ilmu dan iman untuk bersama dengan nakhoda... Kita tak mahu asyik menyalahkan nakhoda tanpa mengenali dan mengakui kelemahan diri sendiri...

Kita kadang menyangka hidup ini mudah dan indah sebegitu saja. Hingga kita tersentap bila ALLAH menguji dengan sesuatu yang tak dijangka, jauh sekali kita yang meminta. Sesungguhnya dunia yang ALLAH hamparkan kepada kita ini adalah medan ujian. Medan bertempur. Medan menitisnya darah dan air mata. Medan menuntut pengorbanan jiwa, tenaga dan air mata..

Wahai diri ku dan teman pembaca yang dikasihi....Bersyukurlah, bersabarlah dalam mencari bahagia dan menjadi juara di sisi Tuhan ! Teruskan berberbuat baik, bertaubat, jangan putus asa dengan rahmat ALLAH untuk mencari kebaikan dan melakukan perubahan...!

Banyakkan ingat mati sebab ujian kita yang sebenar bermula di bawah tanah enam kaki. Mampukah kita memelihara diri dari azab pedih seksa kubur? Mampukah kita terselamat dari seksa neraka? SALAMULLAH LOVE UOLS

Friday, September 14, 2012

Menjadi diri sendiri

Status FB seorang sahabat-Apepun yang terjadi,tetap jadi dirimu sendiri...Mungkin ade yang x suke,tapi setidaknya kamu tak hidup dalam kepura-puraan~ :)
Bila terbaca status FB seorang sahabat tentang menjadi diri sendiri aku teringat masa mula2 buat blog dulu. Perkara ini dah lama aku bincangkan.Jenuh bila asyik mencari identiti sendiri bila mula-mula berblogging dulu. Itu yang aku selalu buat dulu dan satu hari tu baru sedar yang menjadi diri sendiri dalam blog lebih baik dan selesa.Persoalannya identiti apa yang aku nak cari??
Seriously tak salah pun menjadi diri sendiri tapi persoalannya adakah diri kita sudah cukup sempurna untuk menjadi diri sendiri?? Adakah diri kita lebih hebat dari orang lain dimuka bumi ini sehingga tak mau mengambil pandangan mereka?? Ada masanya kita perlu menjadi diri sendiri tapi bila menyentuh bab agama dan akhlak serta peribadi kita tak boleh lepas tangan dari mengambil pandangan orang lain disekeliling kita.
Aku dah bosan dengar alasan macam ni
"biarlah aku menjadi diri aku sebab aku tau aku bukanlah orang yang baik"
"bro sekurang2nya I tak hipokrit ok"
Kadang2 kita tau diri kita tak sempurna tapi kenapa kita tak berazam untuk berubah menjadi yang lebih baik?? Mengapa kita perlu kekal menjadi kita yang belum cukup sempurna?? Tanya pada diri sendiri "adakah aku cukup sempurna untuk menjadi diri aku" Kalau belum jom sama2 kita memperbaiki menjadi insan yang lebih sempurna supaya kita boleh berbangga dengan diri kita suatu hari nanti.
Ingatlah " Jangan pernah memaksa diri berubah menjadi 'orang lain' kerana ingin nampak lebih sempurna. Jadilah diri sendiri. Itu akan membuatkan diri kita lebih yakin plus super duper cantik/kacak "
Be confident!! Like urself first bfore u like anyone else ok ppl bear that in mind.jadi sendiri lebih baik daripada tiru-tiru.To me i like to be who i am which i like to be simple. In opinion, simple is the best policy senang kan tak payah susah-susah tiru orang dan tak ada orang nak kutuk. Hehehe, sebenarnya adalah orang kutuk mungkin sebab terlalu simple tapikan itu adalah lebih baik daripada terover-over dan tak reti.Senang cerita jadilah diri anda sendiri tp jangan lupa mengambil pandangan orang lain kalau itu untuk kebaikkan kita, love yourself and find ur own identity..
PS-menjadi diri sendiri sungguh osem LOVE UOLS

Thursday, September 13, 2012

Jangan Bersedih ,pilihlah jalan untuk bahagia


Sesungguhnya, kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan dan emosi-emosi lain hanyalah sementara. Bagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti.

Aku teringat satu kata-kata "Ketika kebahagiaan datang, kesedihan menunggu di depan pintu. Begitupun sebaliknya, ketika kesedihan datang, kebahagiaan menunggu di depan pintu"...aku sangat percaya pada kesabaran dari kecil sampailah ke dewasa, apabila kita bersabar semua akan kembali sediakala dan sedikit demi sedikit sesuatu masalah yang kita hadapi akan selesai .

Bila kita sedih, kita mudah lupa yang sebenarnya kita ada mempunyai perasaan untuk gembira. Kenapa kita mesti ketepikan perasaan gembira?? bukankah mempunyai pelbagai perasaan adalah perkara terindah...

Tuhanku...Aku ingin menghibur dari dihibur...Aku ingin mengasihi dari dikasihi...Mencintai dari dicintai...Kerana dengan memberi aku menerima...Dengan memaafkan aku dimaafkan...Dengan cinta aku bangkit kembali & Dengan cinta aku hidup abadi...Dan bermulalah bicara untaian kata antara hati dan perasaan...Diri ku hanya insan biasa..terkadang kesilapan sentiasa berlaku..terkadang kebaikkan sentiasa membawa tuah..tapi tak bererti diri ini..boleh melakar sejuta senyuman dihati..sayang anda semua :))

Bahagia tidak datang secara percuma



Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga memang menjadi keinginan seorang wanita.Kalau ditanya pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya mahu menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Kata pujangga "perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.Adakalanya mereka seperti ibu yang menyaji kasih, menghidangkan sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya."
Wanita yang cemerlang, peribadi yang terbilang, akhlak yang perawan sememangnya tidak lain dan tidak bukan dibentuk daripada si lelaki yang tidak putus-putus membantu mereka dalam menentukan hala tuju karektor yang ingin dibina. 

Oleh itu, memilih suami adalah penting kerana secara tidak langsung ia menentukan bagaimana karetor diri yang akan terbina kelak. Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.Wallahualam..

Aku selalu merenung masa depan dan juga kematian


Kadang-kadang pada waktu malam,sebelum melelapkan mata,aku selalu memandang siling sambil berangan-angan.Seperti remaja yang perasan dirinya kanak-kanak manja.Hmmm.Kadang-kadang aku fikir masa depan,kadang kadang aku fikirkan kematian.. Duduk termenung aku memandang jauh berfikir akan manusia berfikir akan masa depan berfikir akan dosa dan pahala.Tiada apa yang istimewanya. Hanya insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan sama seperti anda semua.




Tidak salah mahu kaya Allah mahu kita berusaha.Namun jika hanya kaya wang namun amalan miskin atau tiada apakah semua harta itu boleh menemani kita di sana.Ketika sebujur badan kaku dilepaskan di liang lahad adakah malaikat akan bertanya berapa banyakkah wang kamu? berapa buahkah kereta kamu? atau dimanakah harta kamu disimpan? Tentu tidak.
Aku hanya mampu berdoa menadah tangan agar mereka mendapat hidayah agar mereka dapat merasa apa yang aku rasa agar Allah membuka hati mereka untuk melihat dan di ketika itu aku pasti barulah mereka sedar dan faham apa yang aku maksudkan dengan sayangkan Tuhan Itu dahulukan...SALAMULLAH LOVE UOLS


Tuesday, September 11, 2012

Aku tidak akan menyerah kalah



Kita tunggu dan lihat

Siapa itu kawan ? kawan adalah yang sentiasa menemani kita tetapi akhirnya akan meninggalkan kita bila sampai tahap kepuasan dalam hatinya. Siapa itu teman? teman adalah yang setia hadir disetiap susah dan senang kita tanpa tahu punca dan sebabnya, Dan… Siapa itu ‘sahabat’ ? sahabat lebih sama ertinya dengan ‘teman’ tetapi istimewanya sahabat adalah yang selalu menyelamatkan kita agar tidak memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh hidupan yang melalaikan kita dari landasan kebenaran..

aku tidak akan menyerah kalah kerana aku telah diundang bertempur disatu peperangan yang aku tidak tau mulanya daripada mana. Aku tersedar apabila dengan beraninya dia menikamku daripada belakang dan cuba untuk merampas apa yang sepatutnya menjadi milikku. Biasalah, hanya itu saja tindakan yang mampu dilakukan oleh insan pengecut sepertinya kerana dia tidak dapat memiliki keistimewaan setimpal dengan harga dirinya. Sedangkan setahu aku, aku telah memberinya peluang untuk bernafas, merasa tenteram, damai bahkan boleh menjadikan mimpinya kenyataan dan membangkitkan dia dari mimpi ngerinya sendiri.

Kesian melihatnya... menyatakan, merasakan dan membutakan orang dengan 'Keistimewaan' serta 'kesenangan' palsu yang dimilikinya kini. Aku mau lihat, sejauh mana dia boleh berlari kegarisan penamat sedangkan nafasnya tidak panjang untuk bertahan lagi, sepintar mana dia memainkan watak dari arahan lakonannya sendiri dan sedalam mana dia boleh menanam benih muslihatnya. Aku persilakan diatas semuanya sekalipun nyawaku telah menjadi ugutannya.
Akhir kataku, tidak ada sesuatu yang jahat itu kekal pada tempatnya kerana agama telah mengiktirafkan agar kita tau meletakkan sesuatu pada tempat, landasan, dan keadaan yang betul jika kita hidup bukan sebagai insan yang DAYUS !

Wallahua’lam...

org yg kita igt blm tentu igt kat kita juga!!




Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang-kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..

Apabila kita telah berjumpa dgn seseorang..yg kita syg..jgnlah kita mencari yg lebih baik dari itu..kita patut hargai org yg berada di depan kita sebaik2 nya..jgn kita menoleh ke blakang lg kerana yg berlaku ttp dah berlaku..semoga yg berlalu tidak berulang lg..dan ingatlah,org yang paling kita syg,itulah yg paling cantik dan paling baik..walaupun nk ikutkan byk lg yg cantik dan dan baik seperti yg kamu inginkan...last2 xdapat pape...;)

stulus manapun cinta kita pada seseorang..kalau dia bkn jodoh kita tetap bukan jodoh kita..berdoalah agar dpt jodoh yang baik2..pengakhiran cinta yang sedih mungkin ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu apa yg ALLAH akan berikan pada kita nanti.... INGATLAH..PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK..SEBALIKKNYA....

PS- to all,( hargailah kehadirannya..jgn bila hilang baru kita meratapi kehilangannya)
Powered By Blogger