arjuna love uols

Wednesday, September 21, 2011

Mengikut sunnah Nabi s.a.w


Rasulullah SAW yang dijamin masuk Syurga pun tak pernah menengking orang suruhannya. Mengapa kita yang belum tentu kedudukan kita di Akhirat nanti dengan sewenang-wenang melakukannya? Bertaubatlah dan ikut cara Rasulullah SAW. Kalau anak bawah buat kesalahan pun tegurlah dengan bijaksana sebagaimana Baginda SAW ajar dan kenakan hukuman jika perlu. Bukan memarah-marah depan orang ramai dan menjatuhkan maruah atau aibnya. Ingatlah bahwa cara atau kaedah Rasulullah SAW adalah yang terbaik.

Bila berbicara tentang mengamalkan sunnah Nabi s.a.w., ramai orang mungkin akan mendabik dada telah mengamalkannya. Mereka telah berpakaian jubah, berserban, menyimpan janggut dan bersugi. Bagi mereka, itulah sunnah Nabi s.a.w..

Namun bila kita lihat sendiri akhlak dan tutur kata mereka, jauh daripada sunnah. Dengan mengamalkan budaya hisap rokok ketika waktu senggang, bertutur dengan kata-kata yang kesat dan biadab, mencela orang lain, berdegil dengan pendapat sendiri apabila telah terbukti salah dan sebagainya. Jelas sekali mereka telah menemui kegagalan.

Inilah antara kegagalan umat dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Oleh itu, jangan setakat mengamalkan sunnah perwatakan Nabi s.a.w. sudah mencukupi. Tetapi selamilah sunnah Baginda dengan mendalam. Dengan suluhan ilmu pengetahuan. Bukan atas dasar nafsu semata-mata seperti ingin dipuji kerana nampak alim dan sebagainya.

Saudara, sunnah Nabi s.a.w. itu sangat luas. Ia meliputi aspek politik/pentadbiran, ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. Namun pada skop budaya hidup sahaja seperti anjuran Nabi supaya bersedekah, berbuat baik dan sangat mesra kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga, dan golongan fakir miskin. Adakah kita sudah melaksanakannya dalam budaya hidup kita? Nampaknya usaha-usaha untuk menjejak sunnah Nabi s.a.w masih terlalu banyak yang terbengkalai...

Wallahu A'lam.

Tuesday, September 20, 2011

Lahirnya Majlis Bintang 12 PEMIMPIN


MISI, VISI DAN OBJEKTIF (B12) PEMIMPIN.

MISI ::: Melayu kearah ekonomi yang kukuh dan berfikiran cemerlang.

VISI ::: Mencapai tahap kejayaan dalam urusan ekonomi dan ahli fikir yang berwibawa.

OBJECTIVE :::

1. Mengumpulkan usahawan yang sedia ada didalam pelbagai perniagaan dan lapangan, untuk mengeluarkan module-module pengajaran kepada anak-anak melayu yang kurang berkemampuan di segi kewangan atau akedemik.

2. Membina pengusaha-pengusaha yang sedia ada kearah kemajuan dari segi networking yang teratur.

3. Mengemaskini pemasaran networking melayu untuk melayu, supaya hasil pengeluaran dan penjualan dapat di nikmati bersama.

4. Mengurangkan kuasa beli luaran yang merugikan pengusaha dan pengeluar Melayu.

5. Membina industri kecil-kecilan kea rah franchising yang lebih effective.

6. Mengeluarkan sijil-sijil pekerjaan berkemahiran yang berkualiti.

7. Menyatupadu orang-orang Melayu kearah perniagaan dan jaya diri.

Ini adalah secara ringkas MISI, VISI dan OBJECTIVE yang Pertubuhan P.E.M.I.M.P.I.N harap akan tercapai. Di masa akan datang kami harap dapat memantap lagi Objective kami. Semua ini akan di anggap mustahil oleh sesetengah pihak, tapi kami percaya dengan usaha, berkat Doa dan pemikiran positif bahawa kita akan berjaya. Kalau kita tak mulakan atau mencubanya, kita takkan tau keputusan di masa depan. Usaha untuk menjayakan ini bukan boleh di buat perseorangan tetapi dengan usaha saudara-saudara Islam ku dan Bangsa Ku, insyaallah kita akan berjaya. Di zaman sekarang Negara tidak lagi di takluk dengan peperangan tentera, banyak Negara di takluk dengan kuasa ekonomi. Jadi kita harus sedar bahawa kita kena bersedia diri dan bangsa kita kearah ekonomi yang kukuh. Insyaallah dengan sokongan orang-orang Melayu yang positif, kita dapat mencapai kearah Bangsa Melayu cemerlang di masa terdekat. Salam semua.


DGN TERBITNYA B12 SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA. DAN SAYA INGIN MEMOHON MAAF KPD SAUDARA2 SEPERJUANGAN SAYA YG MUNGKIN TERGURIS ATAS CARA SAYA MELAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH. SEBENARNYA SUDAH LAMA SAYA LIHAT KAUM KITA AGAMA KITA, BANGSA KITA DAN ORG2 SENEGARA KITA BERTELAGAH. JADI SAYA SEDANG MENCARI DAN MENGUBAH CARA2 LAMA YG MUNGKIN TIDAK BOLEH DI GUNA PAKAI. AGAMA TIDAK BOLEH DI UBAH TETAPI BUDAYA DAN ATUR CARA MANUSIA KITA BOLEH MENGUBAHSUAI MENGIKUT APA YG BAGUS DAN APA YG KURANG BAGUS. HARAP-HARAP SEMUA YG BERBAJU DAN TAK BERBAJU AKAN FAHAM DI SATU HARI KELAK. DGN MEMAHAMI, INSYAALLAH KEMUNGKINAN ADA LAH KE AMPUNAN DAN MAAF-MAAFAN. SALAM HORMAT DARI SAYA (pengasas Majlis Bintang 12 PEMIMPIN Paduka Ayahanda Blackdin)

Monday, July 11, 2011

KENANGAN DI KUALA LUMPUR

AHAD 10 JULAI 2011 ( 6 PAGI ) - LOKASI DI TERMINAL BAS PEKELING

PEMANDU BAS : Assalamualaikum
MAKCIK : Waalaikumsalam
PAKCIK : Waalaikumsalam
PEMANDU BAS : Nak kemana pakcik, makcik ?
MAKCIK : Kelantan
PAKCIK : Pengkalan Cepa
PEMANDU BAS : Disini tak ada bas ke Kelantan pakcik, di hentian Putra
MAKCIK : Tuan Hj ketua pas tu hantar kami sini
PAKCIK : Malam tadi, Hj tu kata sini ada bas Kelantan
PEMANDU BAS : Pakcik tidur sini ke malam tadi ?
MAKCIK : Ya atas lantai ni
PAKCIK : ( diam )
PEMANDU BAS : Astaghafirullahalazim ... kenapa macam ni
MAKCIK : kami taj tahu kami dibayar oleh budak2 pas tu di kg
PAKCIK : budak2 tu bagi RM100 seorang, bas free ke KL
PEMANDU BAS : Apa tujuan ?
MAKCIK : budak2 tu kata nak sambut Poknik
PAKCIK : poknik balik dari Mekah
PEMANDU BAS : Kenapa tak gi KLIA sambut ?
MAKCIK : Bas tu berhenti di tepi TOL gombak ja
PAKCIK : Kami di bawa jalan kaki ke kg baru
PEMANDU BAS : Untuk apa ?
MAKCIK : Sambut Poknik balik Mekah la
PAKCIK : Mula2 kata ada hotel, ada bas balik kelantan
PEMANDU BAS : Pakcik makcik ke perhimpunan bersih ke ?
MAKCIK : Bukan, kami ramai2 nak sambut Poknik
PAKCIK : Ramai datang sambut poknik semalam
PEMANDU BAS : Ada jumpa Poknik ke ?
MAKCIK : Budak2 tu kata, kapal terbang rosak
PAKCIK : Minggu depan baru Poknik balik
PEMANDU BAS : Pakcik dah kena tipu
MAKCIK : Tak la nanti sampai kg pas bg lg RM100
PAKCIK : Ramai lah yang datang nak sabut Poknik
PEMANDU BAS : ( tersenyum ) pakcik kena pergi ke hentian putra
MAKCIK : macam mana nak pergi ?
PAKCIK : Jauh ke ?
PEMANDU BAS : Naik teksi jer baru RM5 ...
MAKCIK : terima kasih
PAKCIK : Assalamualaikum
PEMANDU BAS : Waalaikummusalam

Monday, July 5, 2010

pANTUN HIBURAn

HIBURKAN HATI nan LARA

lebuhraya kota bersegi
tempat temasya dara teruna
hodohnya ketawa orang tak bergigi
ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkaltu
masuk kekamar bersesak sesak
alangkah geli rasa hatiku
melihat nenek bergincu berbedak

ditiup angin bunga semalu
kuncup daun bila berlaga
bercakap melayu kononnya malu
belacan setongkol dibedal juga

orang rengat menanam betik
betik disiram air berlinang
hilang semangat penghulu itik
melihat ayam lumba berenang

tanam jerangau di bukit tinggi
mati dipijak anak badak
melihat sang bangau sakit gigi
gelak terbahak penghulu katak

singapura dilanggar todak
kapal karam di tanjung peringin
orang tua beristerikan budak
mecam beruk mendapat cermin

bapa gergasi menebar jala
pegang tali melintuk lintuk
masakan pengerusi tak garu kepala
melihat ahli semua mengantuk

Friday, April 2, 2010

Bersabarlah dari Warisan

Bersabarlah dan bertawakallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami
Derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya Tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Sunday, January 17, 2010

Allah untuk Islam

SAYA amat bersetuju dengan laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Allah Untuk Islam - Sultan' pada 12 Januari 2010.

Raja-raja Melayu selaku Ketua Adat Istiadat dan Agama Islam seharusnya memainkan peranan yang lebih agresif dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah di negara ini.
Ini melibatkan kesucian serta kredibiliti agama Islam itu sendiri sebagai agama yang berpegang teguh pada konsep tuhan yang satu dan berbeza dengan agama-agama lain di dunia ini.
Membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam agama lain seolah-olah menyamakan Islam dengan agama tersebut.

Hal ini boleh mendatangkan masalah yang serius kerana ia melibatkan persoalan akidah dan pegangan umat Islam. Sebagai orang Islam, kita sedia maklum menyamakan Allah dengan entiti yang lain atau tuhan agama lain adalah salah. Hukumnya murtad!

Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak membiarkan pihak lain mempolitikkan isu ini untuk kepentingan mereka. Isu agama bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata kerana ia melibatkan akidah umat Islam.

Persoalan yang ingin dilontarkan kepada pihak gereja serta para penganutnya iaitu sanggupkah mereka menyamakan tuhan mereka dengan tuhan agama lain?
Rasionalnya, tiada agama yang menyamakan tuhan mereka dengan tuhan agama lain. Perkara ini secara tidak langsung amat menjengkelkan dan memberi gambaran seolah-olah agama Kristian tiada identitinya yang tersendiri.

Hal ini kerana tuhan merupakan pokok pangkal dalam sesuatu agama yang menjadi tonggak pegangan para penganutnya. Dalam Islam sendiri ada menyebut 'Awwaluddin makrifatullah' yang bermaksud "Awal (perkara asas) dalam agama adalah mengenal Allah".

Malah, perbincangan ringkas dengan seorang rakan beragama Kristian juga mendedahkan bahawa beliau agak kecewa dengan tindakan pihak Kristian Katholik yang terus mempertahankan penggunaan kalimah Allah ini.

Menurutnya di dalam ajaran agama Kristian sendiri terdapat banyak nama Tuhan yang sinonim dengan ajaran dan pemahaman agama tersebut. Namun, mengapa kalimah Allah juga yang dipilih?

Sedangkan kita secara umumnya telah sedia maklum bahawa kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu hanya dipraktikkan dalam agama Islam.

Diharap pihak Gereja akan dapat menimbangkan cadangan untuk menggugurkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka atas dasar memelihara kesucian kedua-dua agama serta demi kepentingan bangsa dan negara serta masyarakat Malaysia.


RONZI MOHD. YUSOFF
Sungai Dua, Pulau Pinang

Thursday, August 6, 2009

SAYA SAYANG EMAK

Mak Oh Mak
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata... memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku... . mak
Bila lapar, yang suapkan aku... . mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... . Mak
Bila bangun tidur, aku cari... . mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... . mak
Bila nak bermanja, aku dekati... . mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... . mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... . mak
Bila nakal, yang memarahi aku... . mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... . mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... . mak
Bila takut, yang tenangkan aku... . mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk erat... . mak
Aku selalu teringatkan ... . mak
Bila sedih, aku mesti talipon... . mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... .. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah... . mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... . mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... . mak
Bila ada masalah, yang paling risau... . mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... . mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... .. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... . mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... . mak
Yang selalu nasihat aku... . mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... .. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri... .
Bila seronok, aku cari... .pasanganku
Bila sedih, aku cari... . mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... .pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada... . mak
Bila bahagia, aku peluk erat... .pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... .. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa... .pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... . mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak yang ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya... ... ..
Tapi kalau mak sudah tiada... .. ... ..
MAKKKKK... RINDU MAK... . RINDU SANGAT... .

Berapa ramai yang simpan gambar emak dalam handphone mereka??
Berapa ramai yang bila bangun tidur ucapkan salam kepada emak??
Berapa ramai yang setiap hari bertanya khabar kepada emak??
Berapa ramai yang sanggup habiskan masa berjam-jam dihadapan komputer...tetapi berapa ramai yang sanggup luangkan masa seminit menatap wajah emak??
Walau dimana kita berada...walau siapapun kita..walau apapun pangkat kita..janganlah kita lupakan insan yang melahirkan kita kedunia ini...Tanpa insan yang kita panggil EMAK tak mungkin kita akan berada ketahap ini...
RENUNG-RENUNGKAN LAH SAHABAT...UCAPKAN KATA RINDU ANDA KEPADA EMAK SEKARANG SEMENTARA DIA MASIH ADA
Powered By Blogger