arjuna love uols

Friday, November 7, 2008

KALAULAH AKU

kalaulah aku pohon merimbun,
akan kupayungi insan yang kerdil,
dari panas hujan dan embun...

kalaulah aku pohon berbuah lebat,
akan ku gugurkan buah manis dan lazat,
untuk insan kerdil yang memang berhajat...

kalaulah aku air mengalir tiada putusnya,
akan kubiarkan insan kerdil kehausan,
meneguk daku sepuas-puasnya...

dan...

kalaulah aku halilintar ganas,
akan kulibas semua insan kejam,
yang selama ini menindas,
agar hancur berkecai ditelan bumi...

alangkah bahagianya kehidupan,
kalau semuanya saling bergandingan,
tiada penindasan,
tiada pertelingkahan,
tiada penipuan...

kalaulah keamanan dan keadilan,
dapat ditegakkan,
nescaya bersinarlah cahaya kedamaian....

langkah sumbang sindirkan lantai,
binasa badan bicara tak terkawal,
pinggirkan ketuanan negara tergadai,
hilang maruah bangsa terjual...

tanah ini tanah melayu,
pedagang datang ingin berniaga,
serahkan budi bukan tanahmu,
pertahankan negara pertahankan bangsa.

3 comments:

Mohammad Roslan said...

Salam,

Bila teringatkan pohon, teringatlah pulak semasa menghadiri kursus "pengurusan dalam Islam":Seorang Ustaz muda pernah mengatakan, "kita perlu membina sebuah syarikat seperti menanam sepohon pokok,yang mana akarnya adalah pihak pekerja dan batangnya pulak sebagai pihak pengurusan kalau keduanya tegap maka tumbuhlah dahan-dahan dan akan menghasilkan buah yang lebat.Apbila buahnya ranum sudah pasti ia jatuh.Dengan ini pihak pekerja dan pihak pengurusan akan sama merasainya!.Bila mana akar je yang cantik ia akan jadi seperti pokok bonsai yang hanya sedap mata memandang dan kalau hanya batang sajantegap tetapi akarnya lemah tercabutlah pokok itu dari bumi!.Maka kalau kita ibaratkan pohon itu adalah parti UMNO kita perlu menjaga dan pulihkan akarnya dulu supaya akarnya boleh berpaut pada bumi dengan kuat, selepas itu barulah beri perhatian pada batangnya yang umpama badan pengurusan parti UMNO.maka suburlah pokok yang dinamakan UMNO.Tanpa akar yang kuat pokok itu tidak akan bertahan lama dan sentiasa menunggu masa untuk tumbang.Perubahan parti atau pun reform parti perlulah bermula dari ahli akar umbi parti dulu!.wassalam.

azlishukri said...

yoep, orang kuale..lama xberjumpa.

Arjuna said...

SALAM AZLI ORG KUALA KRIM SLM...YEOP SUKA MAKAN LAKSA KAT LEMBAH TU...

Powered By Blogger