arjuna love uols

Friday, May 23, 2014

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada


cicak tak pernah komplen pada Allah knp makanan dia semua binatang yg terbang..kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yg panjang utk memudahkan dia makan..burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi2 kena terbang keluar tak tau nak makan apa..tapi burung pulang dgn kenyang dan mampu bagi makanan pada anak2nya..takda lagi kita dgr cerita burung bunuh diri malah pagi2 yg kita dgr burung tetap berkicauan..

cacing lagilah tanpa tangan tanpa kaki tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan..kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu..juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri..knp kita sbg manusia yg dicipta dgn penuh kasih sayang selalu sgt merungut!!!


# Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dgn sesuatu yg kita takkan mampu tanggung malah tiada satu ujian pun utk melemahkan..bersyukurlah dgn apa kita ada Alhamdulillah

Sunday, May 4, 2014

Bersyukur dan Redha lah

Ada masa kita kata tak apa. Tapi kita terluka. Ada waktu kita cuba lupa. Tapi kita sentiasa diingatkan. Ada kala kita rasa sudah redha. Tapi kita masih rasa derita. Ada ketika kita tak tahu kenapa. Tapi kita dibiar hampa. Sampai tahap ini kita cuma perlu yakin Allah ada menyediakan sebab atas segala sesuatu. Mungkin bagi kita itu kesedihan, sebenarnya petunjukNya atas sesuatu yang lebih baik untuk kita. Maka, terus berdoa dan yakinlah ketika itu kita sangat dekat dengan ALLAH.

Alhamdulillah syukur dpt kita bertemu lg.....slmt berhujung mggu dan slmt beristirehat disamping keluarga tercinta.....syukur alhamdulillah kerana kita diberi nikmat yg terbesar dan paling bernilai dalam kehidupan iaitu Islam ...lagi2 apabila dilahirkan sebagai seorang yg beragama Islam.. dan pesanan ikhlas dari saya jgn lupa jaga KESIHATAN diri....


 * Jangan bersedih tanpa mengadu pada Allah, dan jangan gembira sehingga terlupa perintah Allah...Jangan terburu-buru mendesak mahukan apa yang kamu pinta, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui masa yang terbaik untuk menunaikan permintaan kamu.Allah akan sentiasa menguji betapa layaknya kamu dengan apa yang kamu pinta




Friday, March 28, 2014

Apabila Rindu Menguasai Hati

Hidup aku  makin lama makin busy..*perasan jer lebih.. Nak update blog pun takda masa..Banyak ajer story aku nak bercerita walaupun tak best..tapi masa pulak menjadi kekangannya..Rindu nak berblogging semula...Hooyeaahhh..!!! kali ini aku berblogging pun sebab aku baru teringat yang aku ada blog..Hahahhaha.

Bila Hati Terlalu Rindu..Ada masanya kita lupa dengan apa yang kita katakan.Kita lupa tentang segalahnya.Bila hati terlalu rindu,kita lakukan apa yang kita tidak terfikir untuk lakukan.

Kuasa hati siapa juga yang tahu.Pernah tak anda merindui seseorang sehingga anda menangis?
Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tak.Bila berlaku situasi seperti ini, melihat gambar orang yang anda rindu pun sudah boleh membanjirkan rumah anda. Apatah lagi mendengar suaranya di corong telefon. Semakin kuat anda tersedu-sedan menahan tangis.
Pernah atau tidak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.

Rindu, bukan untuk orang yang jauh dari kita. Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2011 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa rindu.

Tuesday, September 10, 2013

8 AYAT MAUT PEREMPUAN...


1) OK..FINE!!

mereka akan selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betol dan mahu mengakhiri pertengkaran..so lelaki perlu diam..x perlu bersuare jika ingin meredakan keadaan..

2)BAGI SAYE 5 MINIT

hah!! ini memang selalu berlaku..lebih2x lagi nak bersiap keluar jalan2x..amboiiiii....bukan main lagi nak melaram...5 minit mereka tu bermaksud 5 jam..lelaki sempat pergi lepak kedai mamak,layan bola,pastu balik rumah...hahahahaha


3)TAK ADE APE2x
ayat ini menunjukkan perempuan sedang cuba untuk menyembunyikan sesuatu...mereka simpan perasaan marah dalam hati sebab x mahu memulakan pertengkaran..


4)PERGILAH BUAT!! TADI KATA NAK SANGAT!!!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran...perempuan sebenarnya x memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki,..so lelaki jgan lah buat yeee...


5)KELUHAN KUAT
Ini sebenarnya adalah satu ayat.. perempuan akan bertindak sebegini jika mereka merasakn x ada guna untuk bertengkar dan buang masa..


6)TAK APE LAH
ayat ini bermaksud mereka berfikir dalam2x tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat..


7)APE2x AJE LAH..(WHATEVER)
Ini adalah cara paling sopan perempuan menyatakan perasaan menyampah...huhu...jadi awas jika anda dapat ayat ini wahai lelaki...hohoho


8)TERIMA KASIH
Perempuan ucapkan "terima kasih" kepada anda..jangan persoalkan,jawab jee same2x...tapi kalau perempuan cakap"terima kasih banyak2x yee" itu bermaksud bukan terima kasih yee..tapi menyindir...so kaum lelaki jgan cakap sama2x yeee....hehehee...

Monday, September 2, 2013

Nak tahu wanita masih dara!!!



Rekahan Bibir

Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

Dahi Yang Berkedut

Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung

Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

Telinga

Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

Tumit

Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

Pipi

Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.
Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.
Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.
Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.

Telinga

Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.



Hidung

Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.
Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).

Mata

Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.
Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.
Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.
Namun begitu…
Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. ( tak caya tanya suami anda ).
Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.
Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,

Rambut Wanita

Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Hanya pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.

Thursday, August 22, 2013

Penjagaan Handphone umpama menjaga wanita


Tips Penjagaan Handphone

1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang.

Sunday, July 21, 2013

Wahai Lelaki


WAHAI LELAKI ! 
Andai WANITA itu JAGA AURATnya, maka KAU jagalah PANDANGAN MATA mu, Andai WANITA itu JAGA MARUAHnya, maka KAU jagalah NAFSU mu, Andai WANITA itu JAGA HATInya, maka KAU jagalah AKAL mu, Andai WANITA itu JAGA AGAMAnya, maka KAU jagalah PRINSIP mu, Dengan itu PERIBADI mu dan dia TERJAGA.. Dengan ALLAH meredhainya..WAHAI LELAKI ! Andai WANITA itu TERDEDAH dan MENDEDAH AURATnya, maka kau AWASI PANDANGAN MATA mu, Andai WANITA itu MERENDAHKAN MARUAH dirinya, maka BERWASPADA MENGAWAL NAFSU mu, Andai WANITA itu MENJAJA-JAJA HATInya, maka kau GUNAKAN KEWARASAN AKAL FIKIRANmu sebaiknya, Andai WANITA itu MENJUAL AGAMAnya  Lantas kerana itu dia MELAKUKAN KEMUNGKARAN, maka kau BIMBINGLAH, DAKWAHLAH, TARBIYAHLAH dia dengan BERHEMAH SEMAMPUMU. Semoga ALLAH meredhai & memberkati USAHAMU

"andai aku memberimu sebutir bintang jangan kau balas dengan memberiku bintang juga tapi sebarkanlah bintangmu seluas alam semesta semoga menjadi petunjuk didalam gelap gelita."
Powered By Blogger