arjuna love uols

Sunday, January 11, 2009

hancurnya hati seorang anak











Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibunya yang dalam keadaan kritikal
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi seseorang akan bangun membela nasibnya..

Ya Allah!!
Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,
maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... .
turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin,
hancurkanlah rejim zionis.. amin. ..."

(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil "
A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil
Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil
Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"

Wednesday, November 26, 2008

perjuangan blogger negara


tahniah yeop ucapkan kepada semua blogger pembela negara.semoga perjuangan kita untuk agama bangsa dan negara akan membuahkan hasil ditambah pula dengan semangat yang kita semua ada akan terbeliak dan terjojol keluor le mata2 dema yang semakit sakit dengan perkembangan ini...

Friday, November 7, 2008

KALAULAH AKU

kalaulah aku pohon merimbun,
akan kupayungi insan yang kerdil,
dari panas hujan dan embun...

kalaulah aku pohon berbuah lebat,
akan ku gugurkan buah manis dan lazat,
untuk insan kerdil yang memang berhajat...

kalaulah aku air mengalir tiada putusnya,
akan kubiarkan insan kerdil kehausan,
meneguk daku sepuas-puasnya...

dan...

kalaulah aku halilintar ganas,
akan kulibas semua insan kejam,
yang selama ini menindas,
agar hancur berkecai ditelan bumi...

alangkah bahagianya kehidupan,
kalau semuanya saling bergandingan,
tiada penindasan,
tiada pertelingkahan,
tiada penipuan...

kalaulah keamanan dan keadilan,
dapat ditegakkan,
nescaya bersinarlah cahaya kedamaian....

langkah sumbang sindirkan lantai,
binasa badan bicara tak terkawal,
pinggirkan ketuanan negara tergadai,
hilang maruah bangsa terjual...

tanah ini tanah melayu,
pedagang datang ingin berniaga,
serahkan budi bukan tanahmu,
pertahankan negara pertahankan bangsa.

Sunday, November 2, 2008

Pesanan dari sahabat untuk sahabat

Akhir2 ini ramai rakan2 blogger kita yang suka menggunakan perkataan kesat terhadap rakan2 lain...ini amat mengecewakan kita semua...

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untukmenghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar...

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Friday, October 31, 2008

Renungan Untuk Remaja Islam

Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama anak batu di tangan.Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya.

Dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam?Kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia,bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?
Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat.

Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya.

banggakah kita jadi melayu kerana melayu itu islam..
adakah melayu itu islam jika tidak mengamalkan ajaran islam...
yang sepatut lebih bangga adalah bangsa arab kerana...
Nabi Muhammad S.A.W adalah bangsa ARAB..
melayu akan hancur jika tidak mengamalkan ajaran ISLAM..

Thursday, October 30, 2008

PUISI untuk bangsaku

Di bawah Pohon Rumbia
Ada tanah
Ada rumput
Ada aku
Ada cengkerik

Hatiku tenang

Di sana ada jelapang padi
Milik ayahandaku
Di sana ada surau
Di sana ada rumah nendaku

Di sini ada aku
Terduduk
Tertiarap
Di bawah Pohon Rumbia ini
Termenung resah
Kerana di sana...

Di sana ada
Dato' Bendahara
Dato' Laksamana
Bertarung
Bergaduh
Kerana pohon rumbia ini

Yang di atasnya ada ...
ada apa...

Wednesday, October 29, 2008

Istimewa Untuk Melayu

kadang2 rasa spesel sgt jd anak melayu..
kadang2 hii rasa bangga jd anak melayu..
tp kadang2 rasa sebaliknya...
ntah lah
kenapa perlu rasa sebegitu..
lihat shj disekeliling kita..
apa yg sudah berlaku..
melayu sama melayu bergaduh sesama sendiri..
dengki sesama sendiri..ingin menjatuhkan sesama sendiri...
merosakkan diri sendiri..
seolah2 semakin layu...
adeih..
kenapa perlu ade perasaan sebegitu..
bukan ke elok sekiranya melayu sesama melayu bantu antara satu sama lain..
bak kata pepatah..
berat sama dipikul..
ringan sama dijinjing..
bukan ke melayu terkenal ngan adab dan kesopanan..
tp kenapa kini seolah2 semua perkara itu hilang..
adakah disebabkan terlalu terpengaruh dengan budaya barat..
melayu cpt melatah..
salah yg dilakukan xde la sebesar mana..
tp kalutnya..satu kampung tau..benar spt kata Tun M...
melayu mudah lupa..
erm..akan hilangkah melayu di dunia..spt kata pujangga..
entah laaaa.....
kaum lain tengok ermmm..
tah la kome...
Powered By Blogger