arjuna love uols

Sunday, May 26, 2013

Muslimahku...semalumu...imanmu...


Sungguh pilu memikirkan betapa Rasulullah dan para sahabat dahulunya bermandi keringat dan darah demi mempertahankan maruah Islam termasuk adanya peperangan untuk menjaga kehormatan umat Islam.
Kini, muslimah sendiri yang mengurangi nilai diri mereka dengan berlumba-lumba menyertai pertandingan kecantikan demi meraih gelaran, pengiktirafan dan ganjaran, berlumba-lumba posting gambar di muka buku.
Islam datang membawa penawar, agar penyakit masyarakat dapat diubat, tetapi dengan gejala kurang sihat yang melanda ini, penawar akan hilang berganti racun yang akan mematikan hati manusia.
Justeru, muslimahku, tanyalah hatimu. Antara malu dan mahu, yang manakah kalian perlu?
Kutinggalkan kalian dengan barisan kata-kataku yang lahir dari lubuk hati ini :

“ Menatap foto-foto indah mu, terbit persoalan dihatiku: Sudah semakin pudarkah kecemburuan seorang suami terhadap isteri, telah hilangkah kecemburuan ibu bapa terhadap anak dan telah terhapuskah kepedulian sahabat dan teman? Beruntunglah andai suami menegur, bertuahlah andai ibubapa menasihati, bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”

Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.

Muslimahku...semalumu...imanmu...



Peliharalah....

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Thursday, May 23, 2013

Kasih IBU dan sayang Bapa!!





"Kasih seorang ibu kepada anak, walau degil mcm mana sekalipun anak itu, kasih ibu itu tetap utuh... saya tak dapat membayangkan perasaan ibu apabila kehilangan seorang anak dengan keadaan yang tragis dalam sekelip mata" tersentuh hati saya s... rasa hiba.. rasa sayu... semua ada.... tak dapat saya nak luahkan dengan kata-kata...

Saya seorang yang cepat tersentuh apabila sesuatu perkara itu menyentuh isu kekeluargaan.. tak kiralah cerita drama kat tv ke... surat khabar ke... slide kuliah ke... buku cerita ke... memang saya sgt mudah tersentuh dengan isu ini..... 

kasih  ibu membawa ke syurga kasih ayah bekorban nyawa... setiap patah kata ini pada saya sangat menusuk ke kalbu... Ya ALLAH.. sesungguhnya.. aku bersyukur atas kurniaanMu memberikanku ayah dan ibu yang terbaik di dunia dan akhirat... semoga Engkau tempatkan mereka di SyurgaMu yang kekal abadi.... AMIN..

Kasih ibu... Kasih ibu.... Kasih ibu... mereka la yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia... tanpa mereka... tiada la kita... tanpa mereka... terumbang-ambingla kita hidup tanpa kasih sayang dan belaian mesra... mereka mengasuh kita... mendidik kita untuk jadi insan terbaik... insan berguna... Ya ALLAH... Engkau bimbingla hati kami ini utk menjadi anak yang soleh dan solehah... jadikanla kami ini anak yang dapat berjasa kepada kedua ibubapa kami... bimbingla kami agar tidak menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa kami... Jauhila kami dari sifat-sifat anak yang tidak mengenang budi kedua ibu bapa... Ya Allah.. sesungguhnya Engkaula yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui... Ibu.. engkaula permata hatiku... 

Kasih ayah... Kasih ayah.... Kasih ayah.... setiap keringatmu yang menitik ke bumi tak ternilai harganya... Siang dan malam mencari rezeki dan sesuap nasi utk kami... Setiap permintaan dari kami tak pernah kau endahkan walaupun dalam keadaan susah mahupun senang tetap akan kau kabulkan... begitu besarnya pengorbananmu ayah... Membesarkan dan memberikan kelengkapan yang mencukupi utk kami... Sedaya upaya menyediakan yang terbaik utk kami nikmati.... Ayah... terima kasih atas segalenya... xterbalas segala jasamu ayah....

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu dan bapa. Ibu adalah insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita menjadi insan sempurna. Bapa adalah insan yang selalu bersusah payah demi memenuhi keperluan kita.kasih ibu kepada anak2 tak pernah dibeza2kan....kadang2 anak yg terasa diri dibezakan oleh org tua...kasih ibu dalam memberikan yang terbaik utk anak2 dia...kasih ayah yg sentiasa ambik berat dan bertanya khabar...cuma tidak ditunjukkan...kita anak seharusnya memahami situasi ni...sbb kita akan bergelar IBU BAPA kelak...

Betullah pepetah orang Melayu ada mengatakan, "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia"

Wednesday, May 22, 2013

Kami merinduimu!!!

Meniti hari demi hari. Waktu demi waktu . Lembaran hari semalam tak mungkin kan kembali. Mungkin cuma hanya dalam memori. Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Tanpa kita sedari, masa yg terus terus terus berjalan tanpa henti ini menandakan  ajal kita makin hampir. Kiamat jua makin dekat.dan  Umur pula makin meningkat.  Tiada siapa tahu, bila masanya kita akan meninggalkan dunia yg fana ini. Yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati. Itu satu kepastian!. Sebentar lagi kah, 2 minit lagi kah, sejam dari sekarang kah, esok kah lusa kah, atau panjang lagi peluang dan masa yang Allah berikan kepada kita? Hanya DIA yg Maha Mengetahui.


"Di saat Orang yang mendekati ajalnya, dia akan dapat melihat sekumpulan malaikat seluas luas mata memandang. Dan seketika  ajalnya benar benar sudah tiba, disaat itulah malaikat izrail akan turun di atas kepala..jika hamba Allah itu seorang yang soleh dan solehah, semua malaikat tersebut akan tersenyum kepadanya.maka, tersenyumlah hamba Allah tadi kerana seakan2 tahu akan berita gembira yg dibawa..malaikat izrail akan mencerita kan perihal gembira..akan ditunjukkan keindahan syurga kepadanya..supaya kesakitan sakaratul maut itu dapat dikurangkan.ada 2 cara untuk nyawanya ditarik. bagi manusia yg baik, Malaikat Izrail akan berkata  “keluarlah roh yg  diredhai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah meredhai kamu.. Maka akan keluarlah roh itu dengan mudah bak sabda Rasulullah, ibarat air yg keluar daripada gelas.

tetapi, sebaliknya yang akan terjadi  jika hamba Allah itu tidak beramal ketika hidupnya didunia.

Sebaliknya? Apa yg terjadi jika kita dalam golongan yg sebaliknya?
Disaat nyawa mereka ditarik, Malaikat Izrail akan berkata “keluarlah roh yg dimurkai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah memurkai mu!. Namun begitu, roh akan ketakutan dan tidak mahu keluar dari jasad dan bersembunyilah ia dlm jasad manusia. Maka, Rasulullah ada bersabda. Roh bagi golongan itu akan direntap dengan sekali rentapan!. Dan terputuslah segala urat2 dan kejanglah otot manusia tersebut. Sakitnya mati  seakan didalam keadaan mengejut.

Maka terputuslah hubungan kita dengan dunia buat selama lamanyaa.. sudah cukupkah amalan yg kita akan bawa ke akhirat nanti?

Ajal tak mengenal usia.

Allah.. Begitu besar ujian buat keluarga kami, begitu tabah hati ibu yang memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anaknya dengan didikan agama. Ibu teresak-esak, kami terpaksa gelak kecil diiringi airmata yang tak henti mengalir. Gelak yang dibuat-buat kerana hati tak mampu menahan lagi sebak....sekadar mengembirakan hati ibu.Betapa insan teristimewa dalam keluarga kami sedang diuji, yang terlantar di katil, yang akan diusung ke sana mengadap Ilahi.

Alhamdulillah urusan arwah dipermudahkan. Benarlah, hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya, maka khusnul khatimah buatmu. Ya Allah, matikanlah kami hamba-hambaMu dalam khusnul khatimah, dan jauhkanlah kami daripada su'ul khatimah, Ya Allah...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, semoga Engkau tempatkan hambaMu ini dalam kalangan orang yang beriman, di sisiMu Ya Allah... Dan berikanlah kekuatan pada keluarga kami semoga kami tabah mengharungi dugaan dariMu, semoga dipelihara keluarga ini dan semoga diberi sihat tubuh badan dan kebahagiaan... Teruskanlah menjadi pejuang di jalan Allah, doa kami sentiasa mengiringi....


Inilah dinamakan qada' dan qadar..setiap manusia telah ditakdirkan bila harinya akan tiba..hanya kita perlu bersedia untuk membawa semua amalan di dunia utk ditimbang tara..

Moga rohnya sentiasa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..


Al-Fatihah..untuk arwah adikku tersayang "mohd haffizi mohamad rosdi' yang kembali ke Rahmatullah awal mac lepas (04 Mac 2013), semoga ditempatkan bersama orang2 beriman Aamiin

Thursday, April 25, 2013

berpadalah dalam kehidupan

org kata bila memasak api tak blh besar sgt dan tak blh kecil sgt..api besar sgt akan jadi hangit kalau kecil sgt nanti tak masak..melebihkan politik dari hubungan silaturrahim sama sekali tdk boleh dimaafkan..begitu juga dlm berdakwah atau mengajak manusia kpd kebaikan..kutukan hinaan dan kekerasan menunjukkan kelemahan pemikiran..

org yg sdp sgt kutuk mengutuk ni mcm tak hiraukan sensitiviti org sekeliling...kalau kita sentuh dia pulak apa akan jadi??..jgn dok buat kat org kalau tak suka org buat kat kita...

#Alhamdulillah berpada2lah dlm berpolitik..kita semua mencintai keamanan

(dulu orang Melayu, kalau mak kerja pesawah, mereka juga pesawah, sekarang tidak lagi..mereka sekarang dah jadi doktor, pilot dan mcm2 lagi kerja yg bagus2)

Wednesday, April 24, 2013

janji bukan utk ditepati, benarkah!!

saya suka ikut hway sbb cepat dan mudah..itu pun time blk kampung je kalau kat area KL ni cuba elak kalau blh sbb byk jln altenatif lain..pusat bandar ni hway pun jammed..bg saya setiap "perkhidmatan" yg kita terima mesti ada bayarannya..jln lama pun kena byr melalui cukai jalan..hway ni sama juga mcm LRT atau train (kereta api)..perniagaan mereka memberi perkhidmatan..blh dihapuskan tetapi dengan bayaran yg agak tinggi..cuma bila dihapuskan nnt pasti memberi kesannya kpd 99% pekerja bumiputera yg ada dlm syarikat hway tersebut..pepatah ada mengatakan "al-jazaa’ min jinsi al-‘amal" (balasan adalah drpd amalan yg sama).

ada yg inbox saya dgn komen "Pekerja tol sendiri mahu ingat la selepas nie..siap2 la cari keje laen.."
#utk menghapuskan tol tak blh la guna ayat mcm tu..maaf saya tak menyokong mana2 pihak tp kalau berjanji mcm utk menghapuskan tol kena juga tgk kebajikkan pekerja tol sbb mereka juga pengundi (mungkin mereka mengundi anda yg nak hapuskan tol)..sepatutnya ayat mcm ni "kami berjanji akan memberi kerja baru dan menjaga kebajikkan kpd semua pekerja tol" (walaupun janji tak semestinya ditepati)..itu salah satu cara utk meraih undi..mcm saya kata td 99% pekerja tol adalah bumiputera dan lebih 80% mereka berkeluarga..cuba bayangkan salah seorang dari mereka adalah saudara kita..maaf saya tdk tujukan pada mana2 pihak cuma ini pandangan peribadi saya sbg seorang ayah dan abang..
~bijak pandai pernah berkata "berubah dari suatu keadaan kpd keadaan lain yg lebih baik biasanya memerlukan pengorbanan..kita mungkin terbiasa inginkan perubahan yg mudah nampak seperti dlm berbentuk kebendaan" Wallahualam

Tuesday, April 23, 2013

Sekadar menegur!!


Salam Alaik
Lama sungguh tak buka blog ni, bukan sbb dh tukar minat dari berblogger kpd benda lain tp terlalu sebok dgn urusan "dunia" (kerja itu juga satu ibadah hehehe)..kadang2 bila ushar2 blog sahabat2 terfikir juga knp terlalu byk cerita2 yg lebih menjurus kpd fitnah kebelakangan ini.
dlm zaman yg moden dan canggih ini tangan kita cukup memainkan peranan yg penting...tangan dan jari2 yg kita gunakan utk menekan "keyboard" akan menjadi saksi dihadapan Allah SWT..akhirat nnt kita akan ditanya "apakah usaha dan peranan kita utk menegakkan hukum2 Allah?"..kita tdk akan ditanya sama ada berjaya atau tdk yg penting tugas dan tanggungjawab kita telah dipenuhi..
#saya amat risau dgn fitnah yg makin berleluasa sekarang ni..fitnah blh memecahkan perpaduan ummah..memutuskan silaturrahim sesama manusia..menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal..harga diri..harta dan sebagainya...SUBHANALLAH

Saturday, February 16, 2013

cinta kecewa gembira marah dan suka


Assalamualaikum pengunjung yang dirahmati Allah.

Lama benar rasanya tak menghadirkan diri di medan dakwah ini lantaran tuntutan duniawi yang semakin menghambat masa... Sudah hampir dua bulan rasanya blog ini tak berusik,... Rindu rasanya nak berkongsi ilmu yang sedikit ini..

Baiklah, sebagai seorang manusia yang lemah, sering kali kita rasa tension, penat, bosan dengan tuntutan kerja atau pelajaran yang menghimpit masa kita. Semakin cuba untuk mengelak semakin kuat desakan terhadap pekerjaan ini... 

Sehingga satu tahap,kita terfikir bila agaknya kita boleh berehat sebentar, berfikir dengan tenang dan tidak tertekan dengan segala kerja...

Hari ini barulah saya tahu dan faham dengan jelas, betapa HEBATNYA ganjaran buat orang yang menyimpan perasaan kasihnya buat seseorang. Namun, bukan mudah untuk memendam perasaan bukan?? Terasa ingin pecah dada apabila tak mampu nak luahkan perasaan tak kira marah, suka, kecewa, gembira mahupun cinta.

Tapi, tak sukar bagi orang yang benar2 mahukan tempat yang indah di sisi Allah... Adakah kita sanggup memendam perasaan yang indah itu, semata-mata untuk mengejar cinta dari Allah?? Kalau jawapan anda ya, ALHAMDULILLAH... kalau masih tidak, mungkin kita sama-sama perlu bermusahabah diri..

Kesimpulannya, cinta itu adalah satu perasaan hebat yang dikurniakan oleh Allah...Jangan kerana cinta, kini tersungkur di lembah neraka... Jadikan cinta, pusat dakwah menuju syurga...Keberkatan itu ada di mana2, hanya kita yyang mesti pandai mencarinya...

Semua yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari hamba yang lemah seperti saya... perbetulkanlah dimana kesilapan saya... kerana diantara kamu, sayalah yang paling lemah dan hina... 
Powered By Blogger