Semasa muda tidak banyak yang berbicara atau merenung bagaimana dengan hari tua. Gembira, kaya, miskin, sunyi atau riuh-rendah dengan anak-anak cucu atau sepi-sepinya hati seorang manusia.
Saya banyak bertanya, mengkaji, menemuramah orang tua yang sepi, yang gembira, yang sunyi dan yang sibuk sehingga keakhir-akhir hidupnya. Rumusan yang saya dapati, hanya 3 perkara yang hampir memastikan kita masih relevan dan ‘ditegur sapa’ oleh masyarakat atau anak-anak kita sendiri.
1. Kita mempunyai ilmu yang tinggi sehingga menjadi rujukan lepada anak cucu atau masyarakat, tidak kira sebagai ulama, PhD atau Semarang ilmu ilmiah.
2. Kita mempunyai harta yang banyak atau aset yang banyak sehingga menjadi rujukan keluarga, mayarakat untuk memohon bantuan.
3. Kita mempunyai keupayaan luarbiasa seperti mengubati orang sakit sebagai doktor, bomoh, pengamal perubatan tradisional, sembahyang hajat yang mabruk, dan seumpamanya.
Hanya dengan 3 perkara di atas maka kita akan ‘ditegur sapa’ kerana hari tua kita sudah semakin tiada nilainya kepada orang muda. Mungkin ‘menjaga’ dengan erti kata mereka seperti hanya bertanya khabar, telefon, ‘singgah sebentar’ dirumah mak dalam perjalanan, atau masa cuti.
Persoalannya, berapa kali kah dalam satu hari kita atau anak kita akan mengingati ibu bapanya? Lazimnya yang ingati dan disebut ialah anak-anak kita atau anak-anak mereka dan bukan ibu bapa.
Selainnya mereka akan lupa kita, mereka sibuk dengan kerja seharian, mereka sibuk dengan keluarga mereka sendiri, mereka terasa hati mungkin atas sebab tertentu dan terus menyendiri walhal dari kecil kita bela mereka sehingga dewasa, berhutang sana sini, akhirnya mereka ‘terasa hati’ kerana sesuatu perkara.
Mungkin mereka lupa, dari kecil hingga mereka besar kita tidak pernah terasa hati, mengeluh dan terasa penat membelai mereka. Itulah bezanya antara anak dan ibu bapa.