cinta tak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan...setuju atau tidak terpulang kat adik2 abang...
Mencintai seseorang yang tidak mencintai Anda kembali adalah salah satu perasaan yang paling menyakitkan di dunia, kerana hal itu bukanlah sesuatu yang dapat Anda kontrol. Hal inilah mengapa Anda perlu untuk memulai proses penyembuhan. Hal itu bukan kesalahan Anda, tidak ada yang boleh dilakukan, dan satu-satunya yang tertinggal untuk dilakukan adalah dengan moving on.
Mengetahui bahawa si dia ternyata tidak mencintai kita adalah hal sedih dalam kehidupan, namun dengan mengerti ciri ciri cinta tak terbalas mungkin itu lebih baik sehingga tidak menyebabkan kita merasa digantung karena terus menunggu kepastian dari orang yang sebenarnya tidak sayang dengan kita.
Adapun tanda-tanda cinta bertepuk sebelah tangan sebenarnya amat mudah diketahui, hanya saja karena adanya dorongan untuk mengharapkan kasih sayang darinya kadang kita merasa terlalu sakit dengan segala tingkah lakunya. Apa saja yang dia tunjukkan selalu dikaitkan dengan perasaan hati, sehingga menerima kenyataan bahwa dia tidak cinta pada kita itu adalah hal susah untuk dilakukan.
Malas bertemu, ini adalah hal utama yang dapat kamu lihat apakah cintamu berbalas atau tidak.
Wajahnya terlihat tidak suka, ketika secara tidak sengaja dia berhadapan dengan kita maka cuba lihat reaksinya. Biasanya orang yang tidak suka akan terus memalingkan wajahnya.
Tidak mau berkomunikasi, cuba kamu SMS dia. Tidak perlu telefon, cukup SMS saja. Orang yang tidak mempunyai perasaan suka biasanya akan lama sekali membalas sms bahkan meskipun pesanan kamu sampai namun tidak akan dibalasnya.
Ada orang ketiga, ini dapat dilihat ketika kita sedang berjauhan dengannya. Mungkin ada seseorang yang menggembirakannya di FB whatapss atau lain-lain.
Kalau orang yang selama ini kamu fikir tadi ternyata menunjukkan satu diantara beberapa ciri seperti diatas mungkin kamu patut berpikir kembali untuk terus mendekatinya. Karena sebenarnya dia mungkin sudah sangat tidak selesa denganmu namun tidak mau berterus terang...
Dari Kacamata Arjuna
"banyak antara kita yang tidur dengan lena masa hidup tapi akan terjaga dan sedar bila telah mati..hidup dalam dunia ini bukan untuk mencari salah orang lain tapi untuk perbetulkan diri sendiri"
arjuna love uols
Sunday, June 12, 2016
Monday, May 30, 2016
Sudah Ku Tahu
Seringkali aku menduga..Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu..Rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini..Segala apa yang telah ku lakukan
Air mataku mengalir di pipi..Segala yang ku korbankan tuk dirimu
Mengapa masih lagi ku..Berdiri ku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu..Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan..
Sayang Aku kau lupa..Aku kau luka
Tanpa kau sedar..
Sayang Selamat tinggal
Aku kan pergi..Buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku Selamanya..
Engkau adalah orang yang istimewa dalam hidupku, bersama kamu aku pernah melalui kehidupan. Bersama kamu aku tahu apa yang harus aku lakukan dan apa yang harus aku jalani. Kita pernah berjanji, yang kita akan terus bersama. Tapi hanya beberapa waktu kau berjalan meninggalkan aku, sakit dan pedih. Rasanya aku telah dikhianati oleh kamu. Kepercayaanku padamu kau hancurkan begitu saja. Alasan yang tak pernah masuk diakal diucapkan. Aku berfikir, ini memang keputusan kamu atau hanya caramu untuk pergi jauh dariku.
Aku juga tidak terlalu berharap kamu akan menjadi pendamping hidupku selamanya, tapi untuk saat ini, biarkan dan beri aku waktu untuk tetap merasakan hadirnya dirimu dalam hidupku, merasakan kehangatan yang kau berikan padaku.
Berpisah dan menjalani hidup masing-masing, itu memang tak mudah. Setiap kekecewaan pasti selalu munculnya penyesalan. Aku selalu menyesal jika mengingati dirimu, aku menyesal menyayangimu, aku menyesal terlalu mempercayaimu dan aku menyesal berjumpa dengan kamu. Mungkin aku bohong jika aku kata kan yang aku tidak lagi menyayangimu, sesungguhnya, aku masih menyayangimu, bahkan sangat menyayangi. Sebab aku bukan seperti kamu yang dengan mudahnya mendapatkan kenangan yang baru.
“Apakah perasaan ini salah dari awal kami berjumpa? Apakah tidak ada kesempatan buat orang-orang yang merasakan hal yang sama seperti aku? Apakah tak ada cara yang lebih baik selain saling melepaskan? Apakah harus seperti ini balasan yang diterima buat orang-orang yang menjalin hubungan dengan iman yang berbeza?”
Sunday, May 22, 2016
Cantik,molek,lawa,cerdik,bagus,hebat dan sebagainya semua itu dijadikan oleh Allah
Cantik,molek,lawa,cerdik,bagus,hebat dan sebagainya semua itu dijadikan oleh Allah..apa yg kita nak ego sangat? Kita bukan tuhan yg blh menjadikan...abg nak pesan masa nak ego riak takabbur tu, igt2 kat Allah..selalu zikrullah dan igt kita ni manusia insan hina dina, yg tak sanggup ke nerakaNya tp blm tentu layak ke syurgaNya..bawa byk bersabar jgn byk nak melawan ckp, bykkan berdiam diri..kalau emosi egois tu meluap pegi ambil wudhu..InsyaAllah ego tu pandai le padam sendiri..ego tinggi manapun mati kita membusuk terburai dimamah tanah jd makanan cacing juga..
Kalau ada komen yang kita rasa tak puas hati, jawab komen dgn fakta bukannya emosi..kadang2 diam itu lebih baik dari berkata2..jgn cpt melenting dan membuat tanggapan tentang komen yg diberikan kecuali ianya jelas menghentam dan menjatuhkan kita..bergurau blh asal tak melebihi batas...jika kita membuat salah pohon kemaafan walaupun dari yg lebih muda...inilah tanda kematangan yg sebenarnya.
Asalkan kita boleh minum dan tak pernah tipu org cukuplah...org lain nak hidup dengan menipu tu depa punya pasal..bila kena tanggunglah sendiri..Ingatlah ada perkara yg kita tak mahu terjadi tapi harus menerima..ada perkara yg kita tak mahu tahu tapi harus belajar dan ada perkara yg kita tak mahu kehilangan tapi terpaksa melepaskan... SALAMULLAH jangan kecam abang k.

Saturday, May 21, 2016
"hilangnya tongkat untuk berdiri"
kadang2 kita tak ada apa yg org lain ada..tapi kita ada apa yg org lain tak ada..hidup kita adalah apa yg kita ada..sentiasa belajar menghargai.....
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Intro kat atas tu saja je nak bagi korang semua baca hehehe...org sekarang kata baca dan hadam. Aku bukan nak cerita pasal apa yang ada atau apa yang takde cuma mungkin hari ni aku nak cerita tentang satu kata-kata "hilangnya tongkat untuk berdiri" (betoi ke ayat tu hehehe). Ayat tu aku terdengar dari sebuah drama tv baru-baru ni.
Ayat tu ada kena mengena dengan drama tv tu la. Hero kehilangan iseri yang dia sayangi (biasalah cerita melayu). Sakitkan bila kita kehilangan orang yang kita sayang?....sakit tak? sakit kan....maksud orang yg kita sayang tu semua dah tau, takkan aku nak terangkan lagi. Ada yang sakit kehilangan ibubapa, anak, adik beradik, suami, isteri, sahabat, kekasih (yg ni aku tak tau kena masukkan sekali ke) dan bila kita kehilangan orang yang terdekat dengan kita. Itulah kehilangan yang paling besar dan diibaratkan hilangnya tongkat untuk berdiri.
Kenapa tongkat?...sbb orang yang guna tongkat ni adalah orang yang tak mampu berdiri dengan sendiri, jadi tongkat adalah satu sokongan. Bagi aku sendiri ibubapa, isteri dan anak2 adalah tongkat yang penting dalam hidup aku. Kalau kehilangan mereka umpama hilanglah tongkat untuk aku berdiri (terutamanya wife aku dia memang banyak bagi sokongan). Sesiapa yang pernah merasa kehilangan insan yang mereka kasih pasti akan melalui pengalaman yang sedih.
Jadi hargailah tongkat sokongan kita kerana tanpa mereka kita tak mampu berada dimana kita sekarang. Sekian coretan kali ini sebab kat luar cuaca gelap nak hujan, aku nak sambung tidur cari ilham untuk tulisan lain kali ok..bye

Thursday, May 19, 2016
Erti sebuah Cinta
Hidup aku makin lama makin busy..*perasan jer lebih.. Nak update blog pun takda masa..Banyak ajer story aku nak bercerita walaupun tak best..tapi masa pulak menjadi kekangannya..Rindu nak berblogging semula...Hooyeaahhh..!!! kali ini aku berblogging pun sebab aku baru teringat yang aku ada blog..Hahahhaha.
bila kita cintakan sesuatu pasti kita akan rindu perkara atau benda atau insan yang kita cinta..bukan aku nak cerita pasal cinta tapi bila hati rindu nak berblogging ni pasti rindu itu disebabkan "cinta"..kita rindukan ibubapa kita sbb kita cintakan mereka, kita rindukan pekerjaan kita sbb kita cintakan apa yang kita lakukan. Tapi kita harus tahu semua cinta di dunia ini tak akan kekal abadi.
cinta
cinta pada dunia...dunia akan pergi...cinta pada harta...harta tak selamanya disisi...cinta pada manusia..manusia akan mati...tiada cinta yg kekal abadi kecuali cintakan Ilahi...

Sunday, April 26, 2015
13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.
Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.
Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.
Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.
Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut
Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai
# credit to "rahsia hawa FB"
Sunday, April 19, 2015
Resepi Kari Tulang terbaik dari kampung halaman
Kalau anda rasa rindu kampung halaman, rindu suasana kampung, rindu kat mak dan ayah pertama sekali yang terbayang adalah masakkan air tangan mak dan ayah kita. Begitu juga aku. Kali ni intro post aku berkenaan masakkan hehehehe. harap takde yang kata aku dah berubah arah nak jadi chef pulak...beberapa kali aku buat permintaan kat wife tersayang untuk masak kari kegemaran aku terutama kari tulang, berkali-kali dia mencuba akhirnya..perghhhh berjaya...kari tulang rasa kampung terbaik pernah aku makan hasil air tangan wife aku...hah ada yang tersenyum kot kata aku ni ala-ala mamak hehehehe..dari kecik kami adik beradik diajar makan kari boleh kata kari adalah makanan ruji family aku kat kampung lah...ok aku nak share resepi kari kampung kebaboommm hasil air tangan bini aku yang tersayang...cubalah k..(resepi kat bawah ni dia yang type ok..aku tengokkan je hehehe)
Bahan-bahan :
1kg tulang lembu
3 paket kari babas pedas/spicy
2 s/b cili kisar
4 bj bawang kecil mayang halus
4 ulas bawang putih mayang halus
2 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
daun kari
4 biji kentang belah 4
1 labu bawang besar belah 4
air secukupnya
garam & gula secukupnya
Cara-cara :
- tulang cuci besih, rebus tulang hingga empuk
- panaskan myk, tumis cili kisar + bwg merah + bwg putih + halia + serbuk kari + kulit kayu manis + bunga lawang + daun kari hingga naik bau & naik myk
- masukkan sedikit air.. kacau sebati
- masukkan tulang bersama dgn rebusan tulang ke dlm periuk, biarkan mendidih, masukkan kentang
- masukkan garam & gula secukup rasa..
- siap blh dihidangkan bersama nasi putih.
**pastikan kuah kari sedikit pekat baru ummphhhh..
hah kalau korang nak macam2 resepi lagi boleh ke blog bini aku KLIK SINI utk ke blog dia
macam2 resepi ada kat situ, kalau korang nak order kek, kuih, roti atau bahan2 memasak pun boleh....semoga perkongsian ni dapat mengembalikan kenangan di kampung halaman ok..jumpa lagi dalam posting akan datang..Assalamualaikum
Subscribe to:
Posts (Atom)