arjuna love uols

Saturday, May 21, 2016

"hilangnya tongkat untuk berdiri"

kadang2 kita tak ada apa yg org lain ada..tapi kita ada apa yg org lain tak ada..hidup kita adalah apa yg kita ada..sentiasa belajar menghargai.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Intro kat atas tu saja je nak bagi korang semua baca hehehe...org sekarang kata baca dan hadam. Aku bukan nak cerita pasal apa yang ada atau apa yang takde cuma mungkin hari ni aku nak cerita tentang satu kata-kata "hilangnya tongkat untuk berdiri" (betoi ke ayat tu hehehe). Ayat tu aku terdengar dari sebuah drama tv baru-baru ni.

Ayat tu ada kena mengena dengan drama tv tu la. Hero kehilangan iseri yang dia sayangi (biasalah cerita melayu). Sakitkan bila kita kehilangan orang yang kita sayang?....sakit tak? sakit kan....maksud orang yg kita sayang tu semua dah tau, takkan aku nak terangkan lagi. Ada yang sakit kehilangan ibubapa, anak, adik beradik, suami, isteri, sahabat, kekasih (yg ni aku tak tau kena masukkan sekali ke) dan bila kita kehilangan orang yang terdekat dengan kita. Itulah kehilangan yang paling besar dan diibaratkan hilangnya tongkat untuk berdiri.

Kenapa tongkat?...sbb orang yang guna tongkat ni adalah orang yang tak mampu berdiri dengan sendiri, jadi tongkat adalah satu sokongan. Bagi aku sendiri ibubapa, isteri dan anak2 adalah tongkat yang penting dalam hidup aku. Kalau kehilangan mereka umpama hilanglah tongkat untuk aku berdiri (terutamanya wife aku dia memang banyak bagi sokongan). Sesiapa yang pernah merasa kehilangan insan yang mereka kasih pasti akan melalui pengalaman yang sedih.

Jadi hargailah tongkat sokongan kita kerana tanpa mereka kita tak mampu berada dimana kita sekarang. Sekian coretan kali ini sebab kat luar cuaca gelap nak hujan, aku nak sambung tidur cari ilham untuk tulisan lain kali ok..bye


No comments:

Powered By Blogger