arjuna love uols

Friday, March 28, 2014

Apabila Rindu Menguasai Hati

Hidup aku  makin lama makin busy..*perasan jer lebih.. Nak update blog pun takda masa..Banyak ajer story aku nak bercerita walaupun tak best..tapi masa pulak menjadi kekangannya..Rindu nak berblogging semula...Hooyeaahhh..!!! kali ini aku berblogging pun sebab aku baru teringat yang aku ada blog..Hahahhaha.

Bila Hati Terlalu Rindu..Ada masanya kita lupa dengan apa yang kita katakan.Kita lupa tentang segalahnya.Bila hati terlalu rindu,kita lakukan apa yang kita tidak terfikir untuk lakukan.

Kuasa hati siapa juga yang tahu.Pernah tak anda merindui seseorang sehingga anda menangis?
Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tak.Bila berlaku situasi seperti ini, melihat gambar orang yang anda rindu pun sudah boleh membanjirkan rumah anda. Apatah lagi mendengar suaranya di corong telefon. Semakin kuat anda tersedu-sedan menahan tangis.
Pernah atau tidak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.

Rindu, bukan untuk orang yang jauh dari kita. Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2011 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa rindu.