arjuna love uols

Sunday, July 21, 2013

Wahai Lelaki


WAHAI LELAKI ! 
Andai WANITA itu JAGA AURATnya, maka KAU jagalah PANDANGAN MATA mu, Andai WANITA itu JAGA MARUAHnya, maka KAU jagalah NAFSU mu, Andai WANITA itu JAGA HATInya, maka KAU jagalah AKAL mu, Andai WANITA itu JAGA AGAMAnya, maka KAU jagalah PRINSIP mu, Dengan itu PERIBADI mu dan dia TERJAGA.. Dengan ALLAH meredhainya..WAHAI LELAKI ! Andai WANITA itu TERDEDAH dan MENDEDAH AURATnya, maka kau AWASI PANDANGAN MATA mu, Andai WANITA itu MERENDAHKAN MARUAH dirinya, maka BERWASPADA MENGAWAL NAFSU mu, Andai WANITA itu MENJAJA-JAJA HATInya, maka kau GUNAKAN KEWARASAN AKAL FIKIRANmu sebaiknya, Andai WANITA itu MENJUAL AGAMAnya  Lantas kerana itu dia MELAKUKAN KEMUNGKARAN, maka kau BIMBINGLAH, DAKWAHLAH, TARBIYAHLAH dia dengan BERHEMAH SEMAMPUMU. Semoga ALLAH meredhai & memberkati USAHAMU

"andai aku memberimu sebutir bintang jangan kau balas dengan memberiku bintang juga tapi sebarkanlah bintangmu seluas alam semesta semoga menjadi petunjuk didalam gelap gelita."

Tuesday, July 9, 2013

Andai ini Ramadhan terakhir bagi kita!!


Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan!!! Selamat datang wahai penghulu segala bulan..


mari kita perbaiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak kita sebagai tetamu Allah kerana tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir yg akan kita jalani dlm kehidupan kita..jgn sampai disia-siakan....saya pernah dgr seorang ustaz berkata "jika kita ditumbuhi uban, sakit kaki, makan ubat,kerap sakit...ini merupakan tanda bahawa Malaikat maut menyapa kita dan bertanya: Assalamualaikum..are you ready?.."
apakah kita bersedia untuk menjawab jawapan di kubur nanti..


mungkin ini adalah coretan terakhir..mana tahu kan...andai hari ini penghujung bagi hayat kita..hubungilah insan2 yg tersayang..mohonlah keredhaan dari mereka utk kita menyambut Ramadhan..mohon maaf dari semua org..
sebelum menyambut Ramadhan kita siapkan diri..jaga status FB, jaga comment, jaga like, jaga apa saja yg kita share semoga setiap yg kita klik merupakan satu ibadah atau dakwah..


aku sedar..aku banyak khilaf dan silap..mungkin dlm ramai2 org kita tak sedar ada yg tidak menyukai kita...tapi kita kena kuat...tak blh mengalah..kita tak boleh putus asa dan kita kena ingat sifat seorang mukmin itu tidak pernah berputus asa dgn rahmat Allah..bukan semua perkara kita buat orang suka...kalau kita rasa bermanfaat…teruskan..kalau rasa tak dpt apa2 faedah..hindarkan..

orang suka atau tidak itu terpulang..tapi..sebelum tu tanyalah beberapa pendapat..hidup di dunia ini kita tak pernah terlepas dari kesilapan..kalaulah semua orang berasakan dirinya pun byk kesilapan..sehinggakan berasa tidak boleh menasihati orang lain..bagaimanakah nasib org2 lain itu???
tak salah andai kita beri nasihat dgn tujuan utk kebaikan org itu dan Lillahi Taala..kadang2 apa yg kita nasihat itu berbalik pada diri kita..atau bahasa mudah..kita menasihati diri kita sendiri....


SALAMULLAH salam kasih sayang dari saya..maafkan saya andai ada salah dan silap..halalkan segala makan minum saya jika ada..InSyaAllah

"maafkan aku untuk segalanya"
"andai ada kertelanjuran daripada ku, tegur dan pimpin lah daku"