arjuna love uols

Saturday, June 8, 2013

Perompak yang bijak


Semasa kes rompakan di sebuah bank.

Perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:
"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa adalah kepunyaan anda sendiri..."
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

(Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!)

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya:
"Tolong bersopan sikit! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

(Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!)

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata:
"kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

(Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!)

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya:
"Tunggu Mari kita ambil 10 juta daripada bank untuk diri kita sendiri dan tambah lagi 70 juta untuk kita langsaikan hutang!".

(Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!)

Penyelia berkata:
"alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

(Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!)

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu:
"Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

(Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!)

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

(Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!)

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Wednesday, June 5, 2013

FB Page Link utk pengguna FB membaca blog saya


saya cuba bangunkan satu link FB utk pengguna FB membaca blog saya, dan setiap posting saya akan share disana juga..gunakan segala channel yg ada utk berkongsi segala pengalaman dan dakwah.
InsyaAllah
sila ke link dari kacamata Arjuna FB

Monday, June 3, 2013

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…


Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi…samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian..ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan..anak-anak, cita-cita dan harapan tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sapulah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Bagaimana IMAN kita hari ini??
Bersediakah kita untuk menghadapi KEMATIAN?
kematian yang sudah tertulis pada suratan takdir kehidupan ini..
Tapi.. hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita akan tiba,
yang PASTI ia akan tetap terjadi,
semua makhluk tidak dapat lari daripada ini...

Adakah kita sedar saat kematian itu semakin lama, semakin menghampiri kita??
Apabila setiap kali menyambut hari kelahiran kita, 
ingat kah kita tentang usia yang kian meningkat ini bakal menemui kematian??
Detik kematian itu semakin menghampiri kita tanpa sebarang Petanda atau Petunjuk diberikan kepada kita...
Pabila tiba detik ini, tiada seorang pun kan dapat melarikan diri..
Tidak takut kah kita dengan KEMATIAN??

Inilah HAKIKAT dan sesuatu yang sangat PASTI,
akan berlakunya KEMATIAN dalam diri setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi Allah ini..
Tidak kira lah mereka yang miskin, kaya, tua, muda, perdana menteri, ulama', raja, semua akan melaluinya..
KESAKITAN KEMATIAN yang dirasa tidak terkata sakitnya,
apabila dipisahkan ROH dari JASADnya..
Hanya amalan yang SOLEH/SOLEHAH yang boleh redakan bebanan derita diambang KEMATIAN kita..
Jadi, pilihan sudah ada di tangan anda, hendak menjadi soleh/solehah ataupun anda rasai lah KEMATIAN yang begitu dahsyat sekali..

Akhirnya.. terhentilah denyutan nadi dan nafas itu kerana ROH telah meninggalkan pergi kepada jasadnya untuk menghadap Ilahi.. Seterunya ROH nya lah yang akan dihitung dan dihisab oleh ALLAH AZZA WAJALLA..

SAAT KEMATIAN itu pasti tiba, adakah kita sudah bersedia dengan amalan-amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak?? Sama-sama lah kita muhsabah diri kita..

Sunday, June 2, 2013

Pengorbanan seorang bapa


Sekadar kongsi cerita.

Di suatu pagi :
Di sebuah bank, berhampiran mesin cash deposit atm. Ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public pulak..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dimasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Duit dimasukkan lagi utk anak kedua.

Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50 dan rm100. Semua duit berjaya masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata menjeling ke dlm beg pakcik itu. hanya tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan sambil berdoa.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajah pakcik.

Berlalu pergi dgn perlahan..

Ingin kutahu pakcik itu naik apa..

Motor...Astaghfirullahaladzim
Dlm hujan yg kadang-kadang renyai dan kadang2 lebat..
Terlihat wajah kepayahan seorang bapa.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Hanya tinggal sikit utk dirinya sudah memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk AYAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..