arjuna love uols

Tuesday, May 28, 2013

Kau Bidadari


Satu.dua.tiga atau empat...
Hanya satu akan abadi...Bagi makhluk, dua itu satu jika benar dirasai,Ada kanan, pasti ada kiri.Ada lelaki pasti ada perempuan disisi.Bercantumnya mereka, maka ia abadi.Kerana abadi punya misteri.Yang bukan mudah untuk ditelusuri,Segala jejak yang ia pernah lalui,Dan segala memori yang terlekat pada diri.

"dua hati yang berdegup sebagai satu...mereka tidak pernah berpisah...yang satu pergi, yang satu akan menjadi si pari-pari..."

Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'..Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari..Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari..Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran SANG BIDADARI!

"ketahuilah, kita sememangnya tidak pernah berpisah...kemanapun kau pergi, aku akan ikuti...walaupun ia berupa fitrah bagi diri, tapi sebenarnya lebih kepada sayang dalam hati..."

"Selagi ia mengalir, maka cinta kita abadi, wahai sayangku...aku tidakkan menuntut apapun janji...tetapi benarkan aku mengenang segala kenangan di dalam hati..."


    Sunday, May 26, 2013

    Andai lelaki tau!!!

    andainya lelaki tahu..
    apabila seorang perempuan jatuh cinta,
    lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
    tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

    andainya lelaki tahu..
    apabila seorang perempuan mengalirkan airmata,
    itu bukan berrmakna dia lemah,
    tetapi dia sedang mencari kekuatan,
    untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

    andainya lelaki tahu..
    apabila seorang perempuan marah,
    memang dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya,
    tapi percayalah,itulah maknanya,
    dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

    lihat saja pada pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh,
    tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
    semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

    andainya lelaki tahu..
    apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
    itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
    tetapi dia mahu menjadikan anda yang lebih baik,
    bukan untuk dirinya,
    tetapi untuk masa depan anda.

    andainya lelaki tahu..
    apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
    bukan bermakna dia tidak sayang,
    tetapi dia terlalu sayangkan anda,
    dan masih menganggap anda anak kecil,
    yang masih perlu kan sepenuh perhatian.

    kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
    anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi,
    dia hanya mahu kan yang terbaik untuk anda.

    andainya lelaki tahu..
    apabila perempuan merajuk,
    jangan kata dia mengada-ngada,
    dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen,
    tetapi cukup dengan perhatian,
    yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

    andainya lelaki tahu..
    apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
    dia benar-benar maksudkannya,
    apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.

    andainya lelaki tahu..
    apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
    jangan percaya kata-katanya,
    kerana dia mahu menguji kamu,
    dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya,
    walaupun sebenarnya memang kamulah yang tebaik di hatinya,
    selagi dia dengan kamu,percayalah,
    walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
    tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

    andainya lelaki tahu..
    apabila perempuan menjadi degil,
    dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
    tapi dia mahu lihat,
    sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya,
    percayalah,hati perempuan sangat lembut,
    andai kena dengan caranya,
    jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

    sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

    jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda,
    kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja,
    tetapi dia juga ada kekuatan untuk membuatkan hidup anda lebih sempurna

    #dulu aku amat bodoh, bila cikgu ckp bidadari tu amat cantik aku mcm "blur" tak faham apa dia itu bidadari tp semenjak aku melihat wajahmu baru aku tahu yg bidadari itu amat cantik secantik dirimu

    Muslimahku...semalumu...imanmu...


    Sungguh pilu memikirkan betapa Rasulullah dan para sahabat dahulunya bermandi keringat dan darah demi mempertahankan maruah Islam termasuk adanya peperangan untuk menjaga kehormatan umat Islam.
    Kini, muslimah sendiri yang mengurangi nilai diri mereka dengan berlumba-lumba menyertai pertandingan kecantikan demi meraih gelaran, pengiktirafan dan ganjaran, berlumba-lumba posting gambar di muka buku.
    Islam datang membawa penawar, agar penyakit masyarakat dapat diubat, tetapi dengan gejala kurang sihat yang melanda ini, penawar akan hilang berganti racun yang akan mematikan hati manusia.
    Justeru, muslimahku, tanyalah hatimu. Antara malu dan mahu, yang manakah kalian perlu?
    Kutinggalkan kalian dengan barisan kata-kataku yang lahir dari lubuk hati ini :

    “ Menatap foto-foto indah mu, terbit persoalan dihatiku: Sudah semakin pudarkah kecemburuan seorang suami terhadap isteri, telah hilangkah kecemburuan ibu bapa terhadap anak dan telah terhapuskah kepedulian sahabat dan teman? Beruntunglah andai suami menegur, bertuahlah andai ibubapa menasihati, bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”

    Pandanglah pohon semalu,
    Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
    Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
    Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
    Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.

    Muslimahku...semalumu...imanmu...



    Peliharalah....

    Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

    Thursday, May 23, 2013

    Kasih IBU dan sayang Bapa!!





    "Kasih seorang ibu kepada anak, walau degil mcm mana sekalipun anak itu, kasih ibu itu tetap utuh... saya tak dapat membayangkan perasaan ibu apabila kehilangan seorang anak dengan keadaan yang tragis dalam sekelip mata" tersentuh hati saya s... rasa hiba.. rasa sayu... semua ada.... tak dapat saya nak luahkan dengan kata-kata...

    Saya seorang yang cepat tersentuh apabila sesuatu perkara itu menyentuh isu kekeluargaan.. tak kiralah cerita drama kat tv ke... surat khabar ke... slide kuliah ke... buku cerita ke... memang saya sgt mudah tersentuh dengan isu ini..... 

    kasih  ibu membawa ke syurga kasih ayah bekorban nyawa... setiap patah kata ini pada saya sangat menusuk ke kalbu... Ya ALLAH.. sesungguhnya.. aku bersyukur atas kurniaanMu memberikanku ayah dan ibu yang terbaik di dunia dan akhirat... semoga Engkau tempatkan mereka di SyurgaMu yang kekal abadi.... AMIN..

    Kasih ibu... Kasih ibu.... Kasih ibu... mereka la yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia... tanpa mereka... tiada la kita... tanpa mereka... terumbang-ambingla kita hidup tanpa kasih sayang dan belaian mesra... mereka mengasuh kita... mendidik kita untuk jadi insan terbaik... insan berguna... Ya ALLAH... Engkau bimbingla hati kami ini utk menjadi anak yang soleh dan solehah... jadikanla kami ini anak yang dapat berjasa kepada kedua ibubapa kami... bimbingla kami agar tidak menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa kami... Jauhila kami dari sifat-sifat anak yang tidak mengenang budi kedua ibu bapa... Ya Allah.. sesungguhnya Engkaula yang Maha berkuasa dan Maha Mengetahui... Ibu.. engkaula permata hatiku... 

    Kasih ayah... Kasih ayah.... Kasih ayah.... setiap keringatmu yang menitik ke bumi tak ternilai harganya... Siang dan malam mencari rezeki dan sesuap nasi utk kami... Setiap permintaan dari kami tak pernah kau endahkan walaupun dalam keadaan susah mahupun senang tetap akan kau kabulkan... begitu besarnya pengorbananmu ayah... Membesarkan dan memberikan kelengkapan yang mencukupi utk kami... Sedaya upaya menyediakan yang terbaik utk kami nikmati.... Ayah... terima kasih atas segalenya... xterbalas segala jasamu ayah....

    Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti mempunyai ibu dan bapa. Ibu adalah insan yang mengandungkannya dan melahirkan serta membesarkan kita menjadi insan sempurna. Bapa adalah insan yang selalu bersusah payah demi memenuhi keperluan kita.kasih ibu kepada anak2 tak pernah dibeza2kan....kadang2 anak yg terasa diri dibezakan oleh org tua...kasih ibu dalam memberikan yang terbaik utk anak2 dia...kasih ayah yg sentiasa ambik berat dan bertanya khabar...cuma tidak ditunjukkan...kita anak seharusnya memahami situasi ni...sbb kita akan bergelar IBU BAPA kelak...

    Betullah pepetah orang Melayu ada mengatakan, "Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia"

    Wednesday, May 22, 2013

    Kami merinduimu!!!

    Meniti hari demi hari. Waktu demi waktu . Lembaran hari semalam tak mungkin kan kembali. Mungkin cuma hanya dalam memori. Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Tanpa kita sedari, masa yg terus terus terus berjalan tanpa henti ini menandakan  ajal kita makin hampir. Kiamat jua makin dekat.dan  Umur pula makin meningkat.  Tiada siapa tahu, bila masanya kita akan meninggalkan dunia yg fana ini. Yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati. Itu satu kepastian!. Sebentar lagi kah, 2 minit lagi kah, sejam dari sekarang kah, esok kah lusa kah, atau panjang lagi peluang dan masa yang Allah berikan kepada kita? Hanya DIA yg Maha Mengetahui.


    "Di saat Orang yang mendekati ajalnya, dia akan dapat melihat sekumpulan malaikat seluas luas mata memandang. Dan seketika  ajalnya benar benar sudah tiba, disaat itulah malaikat izrail akan turun di atas kepala..jika hamba Allah itu seorang yang soleh dan solehah, semua malaikat tersebut akan tersenyum kepadanya.maka, tersenyumlah hamba Allah tadi kerana seakan2 tahu akan berita gembira yg dibawa..malaikat izrail akan mencerita kan perihal gembira..akan ditunjukkan keindahan syurga kepadanya..supaya kesakitan sakaratul maut itu dapat dikurangkan.ada 2 cara untuk nyawanya ditarik. bagi manusia yg baik, Malaikat Izrail akan berkata  “keluarlah roh yg  diredhai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah meredhai kamu.. Maka akan keluarlah roh itu dengan mudah bak sabda Rasulullah, ibarat air yg keluar daripada gelas.

    tetapi, sebaliknya yang akan terjadi  jika hamba Allah itu tidak beramal ketika hidupnya didunia.

    Sebaliknya? Apa yg terjadi jika kita dalam golongan yg sebaliknya?
    Disaat nyawa mereka ditarik, Malaikat Izrail akan berkata “keluarlah roh yg dimurkai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah memurkai mu!. Namun begitu, roh akan ketakutan dan tidak mahu keluar dari jasad dan bersembunyilah ia dlm jasad manusia. Maka, Rasulullah ada bersabda. Roh bagi golongan itu akan direntap dengan sekali rentapan!. Dan terputuslah segala urat2 dan kejanglah otot manusia tersebut. Sakitnya mati  seakan didalam keadaan mengejut.

    Maka terputuslah hubungan kita dengan dunia buat selama lamanyaa.. sudah cukupkah amalan yg kita akan bawa ke akhirat nanti?

    Ajal tak mengenal usia.

    Allah.. Begitu besar ujian buat keluarga kami, begitu tabah hati ibu yang memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anaknya dengan didikan agama. Ibu teresak-esak, kami terpaksa gelak kecil diiringi airmata yang tak henti mengalir. Gelak yang dibuat-buat kerana hati tak mampu menahan lagi sebak....sekadar mengembirakan hati ibu.Betapa insan teristimewa dalam keluarga kami sedang diuji, yang terlantar di katil, yang akan diusung ke sana mengadap Ilahi.

    Alhamdulillah urusan arwah dipermudahkan. Benarlah, hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya, maka khusnul khatimah buatmu. Ya Allah, matikanlah kami hamba-hambaMu dalam khusnul khatimah, dan jauhkanlah kami daripada su'ul khatimah, Ya Allah...

    Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, semoga Engkau tempatkan hambaMu ini dalam kalangan orang yang beriman, di sisiMu Ya Allah... Dan berikanlah kekuatan pada keluarga kami semoga kami tabah mengharungi dugaan dariMu, semoga dipelihara keluarga ini dan semoga diberi sihat tubuh badan dan kebahagiaan... Teruskanlah menjadi pejuang di jalan Allah, doa kami sentiasa mengiringi....


    Inilah dinamakan qada' dan qadar..setiap manusia telah ditakdirkan bila harinya akan tiba..hanya kita perlu bersedia untuk membawa semua amalan di dunia utk ditimbang tara..

    Moga rohnya sentiasa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..


    Al-Fatihah..untuk arwah adikku tersayang "mohd haffizi mohamad rosdi' yang kembali ke Rahmatullah awal mac lepas (04 Mac 2013), semoga ditempatkan bersama orang2 beriman Aamiin

    Powered By Blogger