arjuna love uols

Sunday, January 17, 2010

Allah untuk Islam

SAYA amat bersetuju dengan laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Allah Untuk Islam - Sultan' pada 12 Januari 2010.

Raja-raja Melayu selaku Ketua Adat Istiadat dan Agama Islam seharusnya memainkan peranan yang lebih agresif dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah di negara ini.
Ini melibatkan kesucian serta kredibiliti agama Islam itu sendiri sebagai agama yang berpegang teguh pada konsep tuhan yang satu dan berbeza dengan agama-agama lain di dunia ini.
Membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam agama lain seolah-olah menyamakan Islam dengan agama tersebut.

Hal ini boleh mendatangkan masalah yang serius kerana ia melibatkan persoalan akidah dan pegangan umat Islam. Sebagai orang Islam, kita sedia maklum menyamakan Allah dengan entiti yang lain atau tuhan agama lain adalah salah. Hukumnya murtad!

Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak membiarkan pihak lain mempolitikkan isu ini untuk kepentingan mereka. Isu agama bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata kerana ia melibatkan akidah umat Islam.

Persoalan yang ingin dilontarkan kepada pihak gereja serta para penganutnya iaitu sanggupkah mereka menyamakan tuhan mereka dengan tuhan agama lain?
Rasionalnya, tiada agama yang menyamakan tuhan mereka dengan tuhan agama lain. Perkara ini secara tidak langsung amat menjengkelkan dan memberi gambaran seolah-olah agama Kristian tiada identitinya yang tersendiri.

Hal ini kerana tuhan merupakan pokok pangkal dalam sesuatu agama yang menjadi tonggak pegangan para penganutnya. Dalam Islam sendiri ada menyebut 'Awwaluddin makrifatullah' yang bermaksud "Awal (perkara asas) dalam agama adalah mengenal Allah".

Malah, perbincangan ringkas dengan seorang rakan beragama Kristian juga mendedahkan bahawa beliau agak kecewa dengan tindakan pihak Kristian Katholik yang terus mempertahankan penggunaan kalimah Allah ini.

Menurutnya di dalam ajaran agama Kristian sendiri terdapat banyak nama Tuhan yang sinonim dengan ajaran dan pemahaman agama tersebut. Namun, mengapa kalimah Allah juga yang dipilih?

Sedangkan kita secara umumnya telah sedia maklum bahawa kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu hanya dipraktikkan dalam agama Islam.

Diharap pihak Gereja akan dapat menimbangkan cadangan untuk menggugurkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka atas dasar memelihara kesucian kedua-dua agama serta demi kepentingan bangsa dan negara serta masyarakat Malaysia.


RONZI MOHD. YUSOFF
Sungai Dua, Pulau Pinang

3 comments:

Anonymous said...

Ah....

Nak salah raja2 melayu jugak.. Macamnana kes ini diterima oleh pendaftar mahkamah untok dibicarakan dimahkamah?

Macamna pulak Hakim Mahkamah Tinggi tidak peka apa akan berlaku disebalik keputusan dibuat?

Mana dia peranan Menteri Pondan tu,sebagai Menteri kpd mahkamah?

Tolong semak semula peranan Anuar Ibrahim pencetus sensetiviti orang melayu?

10 BUDAK HITAM said...

Mahkamah Tinggi meluluskan penggunaan kalimah Allah ini kerana terdapat panel2 yang terdiri drp bukan ISLAM yang terlibat dalam membuat keputusan.

Baru2 ini,telah keluar kenyataan menyatakan selepas ini isu-isu yang melibatkan agama yang dibawa ke mahkamah tinggi hendaklah dinilai oleh panel2 terdiri dari org ISLAM shj.

Kerana Org bkn Islam bknlah individu yang dikira layak untuk membuat keputusan tentang isu agama lain.

Anonymous said...

sebenonya yop, kena tenguk banyak sudut nak cakap hakim tu saja yang salah.
Aku mati2 menyalahkan nuar brahim yang memulakan isu ini.
Ko ada tenguk youtube anuar brahim berceramah dihadapan puak2 kristian kat Batang Air Serawak? kerana apa? kerana nak memancing undi dan bernekad nak jadi PM satu hari nanti. Apa nak jadi,jadi lah, nak gadai negara ke, nak gadai melayu ke, nak gadai islam ke, lantaknya. Janji nak tebus malu dia sahaja oleh perangai luar tabie nya terus boleh dia lakukan.
Kerana itu puak2 kristian dah naik toncang, nuar dah membukakan pintu untuk mereka berbahas kemahkamah setinggi mana sekali pun.

Powered By Blogger