Sunday, November 8, 2009

PAS hilang sokongan

Seminar Memperkasakan Pas hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.

Lebih mengejutkan para peserta seminar turut dimaklumkan bahawa rakyat mula hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan kajian terkini oleh Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding 67 orang menyokong.
Pensyarah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu memilih 2,100 orang sebagai responden bagi Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dijalankannya dengan tumpuan ke atas Abdul Hadi.

Abu Hassan berkata, selain itu, 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif.
"Bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong," katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam seminar di Markas Pas Taman Melewar itu ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pakar Perlembagaan Persekutuan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut membentangkan kertas kerja.

Abu Hassan menambah, kebanyakan mereka dari golongan berusia antara 41 dan 50 tahun yang berpandangan negatif terhadap Pas adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara.
"Kepimpinan Pas perlu memandang serius perkara ini kerana kebanyakan jawapan positif atau yang menyokong adalah dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz mengingatkan pemimpin Pas bahawa pengaruh mereka ketika ini datang daripada protes rakyat terhadap UMNO semasa PRU-12.
Katanya, sokongan tersebut sangat rapuh kerana ia berasaskan protes dan boleh berubah bila-bila masa memandangkan yang berkuasa adalah rakyat, bukannya parti.

Beliau menambah, corak politik pada pilihan raya umum akan datang pasti berbeza berbanding PRU-12 ketika rakyat melakukan protes terhadap UMNO.
"Bagi saya, kemenangan berasaskan protes tidak akan bertahan lama dan pada bila-bila masa boleh berubah.
"Pas perlu sedia berubah sepenuhnya terutama dalam isu pemilihan calon terbaik dan menerangkan kepada rakyat dasar parti,'' katanya.
Beliau menegaskan, Pas menjadi amat berdosa jika gagal memberi yang terbaik kepada rakyat.

Abdul Aziz turut mengingatkan pimpinan Pas bahawa hala tuju negara ini bukan ditentukan oleh parti atau pemimpin sebaliknya rakyat yang berkuasa.
Katanya, pimpinan juga perlu dilengkapi satu pasukan jitu dan pada masa sama perlu turun padang menjelaskan konsep parti kepada ahli-ahli akar umbi termasuk konsep negara kebajikan.

"Sesuatu yang konkrit dilakukan kerana pada masa ini terdapat dua parti politik berteraskan bangsa Melayu iaitu Pas dan UMNO, jika tidak akan berlaku konsep duplikasi semata-mata.
"Pimpinan juga perlu menerima teguran jangan terlalu mudah berkecil hati," katanya

sumber utusan

3 comments:

srikandi melayu said...

Salam abg yeop

Sudah terang lagi bersuluh, tu pun kalau ada puak2 PAS yg tak sedar diri parti dah nak hancur..tk tau nk cakap..tapi bagaimanapun tahniah atas seminar yg bole menyodarkan ttg kehendak masyarakat Islam yg mahukan perpaduan umat...

pandaqwer said...

umasyaAllah mike ni......
sekali sekala ade le PAS dapat seat dun atau jadi MP kat negeri kita......PU12 mungkin yang ade 5 kerusi state yang deme dapat tu SEBAB umno bertolak ansur sangat dengan komponennya terutama mic....
PASIR PANJANG
kalau teman bertanding sebagai calon umno....tak ade sape yang kenal nizar tu sekarang
....ini di letak sekali lagi calon yang 2004 orang pasir panjang dah kabo deme tak andak calon tu...first round deme bagi le mic tu menang(2004)....TAPI second round, ngamok le deme....undi tu ke nizar...
sebenonya, PAS dapat seat d.u.n tu...undi protes dari ahli ahli UMNO.....kawan teman, orang kuat PAS yang open minded mengakui hakikat ini iaitu kalau harapkan undi dari ahli PAS.."jawabnya K.O
parti aku" kata kawan teman tu...
insyaAllah sama sama kita berdoa memohon dari Allah swt agar merestui perjuangan UMNO dalam PU13.....kalau perak, jika UMNO diizinkan Allah swt dapat 31 kerusi.....
ALHAMDULILLAH
tak ade ape bezenye islam PAS dengan islam UMNO

sdrahiman said...

Salam brader,

Pelik juga ye, seminar yang PAS buat lengkap dengan kajian tu hanya mengkaji populariti Hadi Awang je. Ustaz Nik Aziz camner? Tak payah sukat ke?

Pelik betui orang PAS ni.

Oh ya...berdosa agaknya kalau buat kajian untuk ustaz Nik Aziz....maklumlah dia tu wali.

Wali ni bawah sikit dari nabi.
Sebab tu seliparnya pun berkat.

sembang kedai kopi

blog pakatan