arjuna love uols

Friday, October 31, 2008

Renungan Untuk Remaja Islam

Disaat ini dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja palestin gigih bertempur menghadapi Israil yang biadap. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja terkorban kerana mempertahankan negara yang tercinta seperti seorang pemuda yang bernama Wael Imad, apabila bertempur dengan tentera Israil. Dia hanya berumur 14 tahun. Tambah mengharukan dan mengagumkan apabila dia syahid dalam keadaan bersama anak batu di tangan.Hospital Shifa' menyebut ramai remaja lelaki yang terkorban syahid dengan batu tergenggam ditangannya.

Dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam?Kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia,bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?
Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja. Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat.

Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya.

banggakah kita jadi melayu kerana melayu itu islam..
adakah melayu itu islam jika tidak mengamalkan ajaran islam...
yang sepatut lebih bangga adalah bangsa arab kerana...
Nabi Muhammad S.A.W adalah bangsa ARAB..
melayu akan hancur jika tidak mengamalkan ajaran ISLAM..

Thursday, October 30, 2008

PUISI untuk bangsaku

Di bawah Pohon Rumbia
Ada tanah
Ada rumput
Ada aku
Ada cengkerik

Hatiku tenang

Di sana ada jelapang padi
Milik ayahandaku
Di sana ada surau
Di sana ada rumah nendaku

Di sini ada aku
Terduduk
Tertiarap
Di bawah Pohon Rumbia ini
Termenung resah
Kerana di sana...

Di sana ada
Dato' Bendahara
Dato' Laksamana
Bertarung
Bergaduh
Kerana pohon rumbia ini

Yang di atasnya ada ...
ada apa...

Wednesday, October 29, 2008

Istimewa Untuk Melayu

kadang2 rasa spesel sgt jd anak melayu..
kadang2 hii rasa bangga jd anak melayu..
tp kadang2 rasa sebaliknya...
ntah lah
kenapa perlu rasa sebegitu..
lihat shj disekeliling kita..
apa yg sudah berlaku..
melayu sama melayu bergaduh sesama sendiri..
dengki sesama sendiri..ingin menjatuhkan sesama sendiri...
merosakkan diri sendiri..
seolah2 semakin layu...
adeih..
kenapa perlu ade perasaan sebegitu..
bukan ke elok sekiranya melayu sesama melayu bantu antara satu sama lain..
bak kata pepatah..
berat sama dipikul..
ringan sama dijinjing..
bukan ke melayu terkenal ngan adab dan kesopanan..
tp kenapa kini seolah2 semua perkara itu hilang..
adakah disebabkan terlalu terpengaruh dengan budaya barat..
melayu cpt melatah..
salah yg dilakukan xde la sebesar mana..
tp kalutnya..satu kampung tau..benar spt kata Tun M...
melayu mudah lupa..
erm..akan hilangkah melayu di dunia..spt kata pujangga..
entah laaaa.....
kaum lain tengok ermmm..
tah la kome...

PERISTIWA BUKIT KEPONG

Peristiwa ini berlaku pada 23 Februari 1950. Pada waktu itu Bukit Kepong hanyalah sebuah pekan kecil dan kedai2 kecil kebanyakannya dimiliki oleh kaum cina terletak di tebing sungai Muar. Pekan ini hanya bersambung dengan jalan rentas, rumah-rumah penduduknya berselerak anggaran dua hingga empat buah rumah sebatu. Bilangan penduduknya kira-kira seribu orang. Perhubungan utama pekan ini ke Bandar Maharani hanyalah melalui Sungai Muar.
Subuh itu merupakan hari yang paling malang bagi penghuni di sebuah berek polis Bukit Kepong. Sedang beberapa orang anggota pasukan keselamatan selesai menunaikan solat Subuh dan ada diantara ibu-ibu yang membancuh susu untuk anak kecil yang terbangun, dengan tiba-tiba saja seluruh berek itu dihujani dengan peluru-peluru ganas.
Kira-kira jam 5.30 pagi meletus tembakan yang bertalu-talu menghujani ke Balai Polis di situ dan ledakan senjata otomatik sekurang-kurangnya lima bren-gun.

Pihak polis yang sedikit bilangannya itu membalas tembakan tersebut. Dalam tembak menembak itu, kedengaran suara dari pengganas komunis menyuruh pihak polis menyerah. Tetapi tiada jawapan dari pihak polis, malahan membalas tembakan dengan bertalu-talu lagi.
Pihak pengganas makin lama makin mara untuk masuk ke Balai Polis. Namun pihak polis dapat menghalangnya dengan tembakan bertalu-talu. Di bahagian rumah kelamin mula-mula sekali diserang. Beberapa isteri anggota polis turut mencapai senjata mempertahankan kediaman mereka sehingga kehabisan peluru.
Apabila tiada tembakan dari rumah kelamin, beberapa orang pengganas menyerbu masuk dan menangkap salah seorang isteri anggota polis dengan mengacu pistol di kepalanya sambil memekik kepada pihak polis yang masih mempertahankan Balai supaya menyerah diri. Tetapi jawapan yang diberi ialah mereka rela mati dari menyerah diri.
Akhirnya isteri anggota polis ini ditembak di situ juga. Kemudian rumah kelamin ini dibakar. Beberapa orang anak kecil yang berada di rumah itu juga turut terkorban dalam kebakaran ini.
Balai Polis Bukit Kepong terus diserang dan pasukan polis yang tinggal masih terus mempertahankannya. Beberapa anggota polis telah mati dan tidak kurang yang cedera. Selama tiga jam berjuang, akhirnya beberapa anggota polis terpaksa keluar balai kerana bahang kepanasan api yang membakar. Beberapa anggota yang keluar itu menembak sambil mencari tempat perlindungan. Kerana tiada tempat perlindungan yang baik sebahagian dari mereka akhirnya mati ditembak.
Pengawal-pengawal kampung yang berdekatan datang menolong. Walaupun mereka menggunakan senapang patah, tetapi semangat yang kental, akhirnya mereka dapat mengundurkan pengganas itu.
Sebelum pengganas berundur, mereka sempat membakar pejabat penghulu dan beberapa rumah yang lain termasuk Balai Polis. Sebuah motobot polis turut dibakar.
Di akhir tragedi ini, seramai dua puluh lima anggota polis dan isteri telah terkorban dan lima orang lagi tercedera. Dipercayai serangan pengganas diketuai oleh Muhammad Indera dengan anggotanya seramai 200 orang.

Penglibatan beliau dengan serangan Balai Polis Bukit Kepong masih kontroversi. Ini dikatakan beliau hanya melihat dari jauh semasa serangan tersebut. Beliau telah ditangkap British semasa sedang tidur setelah diberi makan makanan yang memabukkan oleh orang kampung. Semasa tidur ini "tangkal' yang dipakai beliau telah ditanggalkan dan tidak dapat melepaskan diri. Beliau ditahan di penjara Batu Pahat dan kemudian di bawa ke Penjara Ipoh untuk di hukum gantung sampai mati.

yeop pun pikio ramai lg ke tali barut dlm bangsa kita ni...
kalau kita sanggup tak pertahankan agama bangsa dan negara hingga ketitisan darah terakhir..
ataupun kita lari nyorok dekat kedutaan asing...

Saturday, October 25, 2008

Siapa Melayu

Akhir2 ini ramai antara kita memperkatakan asal usul orang melayu.
Orang2 melayu...
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Istimewanya MELAYU

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

Tanah untuk Orang Melayu:
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebihi luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.
Jawatan dalam Kerajaan:
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
Peruntukan biasiswa :
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Bantuan Ekonomi :
Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Friday, October 24, 2008

SEJARAH TADIKA

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Zaman Abdullah Ahmad Badawi
Pada tahun 2003, Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia selain PAS mengekalkan Kelantan.

DIMANA KEKUATAN MELAYU

Bermula dengan isu penyingkiran dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan parti pada September 1998 yang membawa kepada kewujudan gerakan refomasi dan penubuhan parti baru Parti Keadilan Nasional (KeADILan) untuk menentang Umno dan BN. Kemudian kedengaran pula laungan slogan Malaysian Malaysia oleh parti pembangkang, khususnya DAP.
Penentangan pemimpin Umno terhadap slogan itu membuktikan semangat asal penubuhan Umno - menentang Malayan Union (iaitu gagasan pemerintahan tajaan British yang cuba menghapuskan ketuanan orang Melayu dan Bumiputera) - tidak pernah luntur, malah terus kuat dan menebal.
Tentunya, tindakan itu bukan atas dorongan sentimen politik semata-mata tetapi nama aspirasi perjuangan mempertahan hak dan ketuanan masyarakat Melayu supaya mereka tidak menerima nasib seperti kaum pribumi di Australia atau penduduk kulit hitam di bawah rejim apartheid Afrika Selatan.
DAP yang melaungkan teriakan dan laungan Malaysian Malaysia sebenarnya mewarisi apa yang cuba ditonjolkan oleh People's Action Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew dari Singapura pada 1969, ketika ia masih dalam Malaysia - dengan suatu pendekatan memberi hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Jika ini dilakukan, bermakna ia menyanggah hak orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia, umpamanya seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sementara krisis dalaman Umno pula, penyingkiran Anwar tidak menggugat keutuhan parti secara keseluruhan. Berbanding isu ketika pemilihan pada 1987 apabila wujud Team A dan B - dengan pelbagai tohmahan didedahkan melampaui batas susila dan budaya orang Melayu, kemudian menyebabkan Umno diheret ke mahkamah, krisis kali ini sebenarnya lebih menjurus kepada personaliti individu semata-mata. Suara-suara sinis yang kedengaran mempertikaikan kewibawaan pimpinan parti akhir-akhir ini, sebenarnya cetusan daripada perasaan simpati segelintir rakyat terhadap hero mereka.
Natijah daripada pengalaman yang dilalui, harus dijadikan kekuatan untuk menjadikan Umno terus kekal sebagai wadah perjuangan yang sesuai bagi bangsa Melayu. Umno banyak berjasa kepada bangsa dan negara, justeru setiap mereka yang pernah bernaung di bawah panji perjuangannya jangan seperti kacang lupakan kulit.

Pemimpin tertinggi parti sering memperingatkan ahli mengenai wujudnya percubaan melakukan penjajahan bentuk baru oleh anasir luar yang memperalatkan konco-konco dalam negara ini. Sejarah ketika negara dijajah oleh British dahulu akan berulang jika Umno berpecah. Mengikut catatan sejarah, ia bermula apabila pembesar orang Melayu di Kedah dan di Perak berbalah sesama sendiri dan seorang daripada mereka meminta bantuan kuasa asing.
Jadi dengan senario sedemikian, seharusnya setiap ahli perlu waspada terhadap tindakan bekas ahli Umno yang kini berjuang menentang Umno dengan mendapatkan simpati daripada pemimpin negara luar serta masyarakat antarabangsa.
Secara perbandingan, parti pembangkang yang cuba mewujudkan satu benteng menentang BN, tiada tandingan dengan keutuhan tunjang Umno. Pas tidak mungkin mampu merubah keadaan. Bagi Umno, sejak awal lagi ia tidak berganjak daripada perjuangannya, berbanding Pas yang sehingga hari ini masih cuba menggunakan pendekatan agresif, fanatik dan tidak berasaskan gerakan nasionalisme serta double standard.
Hakikatnya, kekuatan Umno terletak pada kekuatan umat Melayu dan rakyat umumnya. Disebabkan nasib dan masa depan umat Melayu dan Bumiputera bergantung kepada Umno, maka ia perlu dipastikan tidak tergelincir daripada perjuangan asal. Obor perjuangannya perlu disemarakkan agar Umno terus dominan memerintah...

Thursday, October 23, 2008

fikir semula mengenai TUGU NEGARA

kesinambungan dari KONTROVERSI REPLIKA

Ada pihak memperkatakan pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas dalam tindakan memberi penghormatan terbabit kepada (Tugu Negara) sebelum mempertikaikan sesuatu perkara.

Akibat daripada itu, ia berkemungkinan besar menjadi dorongan kpd penyokong PKR di kawasan itu bertindak utk membuat replika pemimpin mereka.

Islam memang tdk menggalakkan krn kurang sesuai seolah-olah terlalu menganggungkan pemimpin.

Namun, itu inisiatif utk menghargai pemimpin kesayangan mereka dan rasanya tdk kisah jika dibuat dan jika tiada pun tdk mengapa.

APA BEZANYA TUGU NEGARA & REPLIKA GERGASI ANWAR..APA HUJAH ANDA..

Wednesday, October 22, 2008

WAJIB AURAT DITUTUP

Assalamualaikum..yeop rasa terpanggil utk publishkan tajuk pasal tutup aurat ni. Semua org tahu..org bukan islam pun tahu..tutup aurat tu ada lah mesti "wajib" bagi umat2 nabi Muhammad s.a.w yg beragama ISLAM.

Bila di tengok2 zaman sekarang ni..mcm2 fesyen tutup aurat..YEOP MINTA MAAF YE TERLEBIH DAHULU KEPADA KAUM HAWA..kerana ramai dikalangan kaum2 hawa ni..tak kira la siapa..dr golongan ATASAN VVIP atau BAWAHAN macam kita ni..tutup aurat tak seperti yg dikehendaki oleh agama kita..apa kata ala kadar aje..kira ala kadar tu ok la jugak (tu bg yg persepsi ala kadar)..yg tk tutup terus tu..masyaallah..lagi la..siap pegi saloon set rambut..angin tiup ala2 storm tak jejas langsung..betapa mentennya rambut dia..pakai tudung nampak jambul..kadang2 ada terperasan fesyen bahu pulak yg kena pakai selendang apatah lagi trend sekarang ni..siap kaler2 lagi rambut tu..(golongan adam pun ada)..jadi apa kata mari lah sama2 kita MENUTUP AURAT SEBAGAI UMAT ISLAM YG PALING DIHORMATI DI DUNIA.

p/s : "tak payah ler kite nak nunggu2 KASIHKU SERU sampei baru nak menutup ape yg terbuke..buatnyer SERU terus ke batu 2..innalillahhiwainna ilaihiroji'un..

biasa dengar statement jika di interview.."Belom sampai SERU" lagi tutup aurat..yeop suka satu pepatah ni..apa2 pun "LU PIKIR LA SENDIRI"

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

2. Tidak menampakkan tubuh
Wanita khusunya tidak digalakkan memakai PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
Seseorang itu memakai pakaian yang cantik dan mahal..Selepas itu dia bangga dengan pakaian yang mahal tersebut. Tambahan pula, pakaian yang mahal itu adalah pakaian yang tidak menutup aurat..

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Ingat tue kawan…Kekadang tue jumpa macam tue la..kekadang sampai dah tak kenal yang mana satu perempuan dengan lelaki.jadi elakkan la ek?

6. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada.

7. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

8. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

9. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”
Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya.” (Riwayat Muslim).

10. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

Wednesday, October 15, 2008

HAYATILAH LAGU KEBESARAN INI

Lirik lagu kebesaran negeri PERAK'

Di lanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah Memerintah watan
Ditaati rakyat Kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan
negeri dan Sultan


Allah Lanjutkan Usia Sultan adalah lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan.
Lagu Kebesaran Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (Marhum Rahmatullah - 1887-1916), semasa Baginda berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan di Raja di London, sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta dari Almarhum Raja Mansor, Juruiring Baginda, nota Lagu Kebesaran Negeri Perak untuk dimainkan semasa Baginda berangkat masuk ke dalam Majlis-majlis Rasmi yang diadakan di Istana Permaisuri kelak.
Pada masa itu Negeri Perak tiada mempunyai Lagu Kebesaran. Mengikut cerita untuk mengelak kesipuan, di atas kebijaksanaan dan dayausaha Almarhum Raja Mansor, telah menyatakan bahawa beliau terlupa membawanya dan sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, Almarhum boleh membunyikannya secara bersiul dan semenjak itulah juga lagu yang menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak, yang dimainkan secara rasmi buat pertama kalinya di kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888.
Lagu Kebesaran Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles. Ketika itu, Raja Muda Raja Abdullah telah dikenakan tindakan buang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dalam peristiwa pembunuhan Residen British JWW Birch di Pasir Salak. Sebagai seorang peminat seni, baginda terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan.
Selepas dimainkan pada hari kemahkotaan Permaisuri Victoria di London pada 1888, Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah ibni Al-Marhum Sultan Ja'afar Safi ud-din Mu'azzam Shah telah memperkenalkan lagu tersebut yang kemudiannya diperkenankan sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak sekitar 1888. Baginda telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Negaraku.
Lagu ini kemudiannya diambil sebagai lagu Terang Bulan sekitar 1920-an dan dipentaskan oleh kumpulan bangsawan di Singapura. Ia kemudiannya diambil sebagai irama lagu Mamula Moon, yang dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn dan kumpulan Hawaiian Serenaders.

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG ANAKPERAK
SEGALA CATATAN AKAN BERKAITAN DGN KISAH ANAK2
PERAK DARUL RIDZUAN..
NEGERI YANG TERCINTA